Khamis, 12 September 2019

Resepi Airfryer - Ayam Cajun

Satu lagi variasi hidangan ayam - ayam cajun. Cara hendak buat amatlah mudah. Hanya perlu dapatkan rempah cajun di pasaran. Dahulu saya biasa beli rempah cajun keluaran Tesco. Harganya lebih mudah berbanding rempah jenama lain. Tetapi, memandangkan yang keluaran Tesco ini mengandungi gula dan maltodextrin (gula juga), saya beralih ke jenama yang lain.  Maaf, tak ingat nama. 

Saya suka kepelbagaian rasa dalam masakan. Cuma sekarang, saya sedaya upaya cuba kurangkan kandungan gula dalam penyediaan makanan termasuklah di dalam rempah, sos atau perasa yang lain. Jangan pula pening kepala ingat rempah cajun Tesco tidak boleh guna ya. Sebenarnya, tidak kisahlah jenama apa, asal ada rempah cajun, dah boleh masak ayam ini.


Beginilah rupanya ayam cajun saya.


Resepi Ayam Cajun

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • beberapa bahagian dada ayam 
  • 1 - 2 sudu besar rempah cajun
  • garam bukit secukup rasa 
  • beberapa titis minyak masak (Jika anda tidak mahu ayam terlalu kering, lumurkan ayam yang telah diperap dengan rempah cajun dengan sedikit minyak sebelum dimasak).


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Potong dada ayam mengikut saiz yang dikehendaki. Seeloknya potong daging dengan saiz yang lebih kurang sama supaya senang untuk ayam masak sekata.
  2. Perap ayam dengan 1 - 2 sudu besar rempah cajun. Penggunaan rempah mengikut portion ayam yang digunakan. Jika nak lebih berasa, tambahlah lagi rempahnya. Jangan lupa letak sedikit garam bukit. Perap sekitar 30 minit hingga dua jam. (Saya perap sekejap 30 minit sahaja).
  3. Masukkan ke dalam airfryer. Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180 darjah celcius. Untuk hasil ayam yang lebih sekata, balik-balikkan ayam setelah 10/12 minit dimasak.
  4. Sedia untuk dihidangkan.


Ayam cajun ini sedap dimakan begitu sahaja, cicah dengan sos kegemaran atau mayones. Boleh juga dijadikan lauk utama untuk makan dengan nasi. Saya sediakan ayam cajun untuk dijadikan inti sandwic dan juga isi salad. Bakar siap-siap menggunakan airfryer, kemudian apabila nak sediakan hidangan untuk makan tengah hari atau makan malam, isi ayam cajun ini akan dipotong kecil-kecil.

Selamat Mencuba! 


Inginkan lebih banyak resepi-resepi masakan menggunakan airfryer? Dapatkan buku resepi di bawah sekarang.









11 ulasan:

  1. Uish.. sedapnya.. nak datang rumah kak farahlah.. hehehe..

    BalasPadam
  2. kena caridulu nak try buat ayam ni

    BalasPadam
  3. Tak pernah dengar rempah cajun ni baru tahu.
    Alahai Mrs. A takde air fryer sedeh!!!

    BalasPadam
  4. Uishh boleh cari ni nnti p tesco. senang pun senang. kalau bermalas malasan tu boleh la try

    BalasPadam
  5. saya ada air fryer dkt rumah..next time boleh try lah buat ayam cajun ni

    BalasPadam
  6. First time dengar rempah cajun. Btw, nampak sedappppp!

    BalasPadam
  7. tak pernah rasa cajun tapi nampak sedap tu

    BalasPadam
  8. kenapa namanya cajun? serius ni firstime dengar. hehe

    BalasPadam
  9. nak cuba masak ayam cajun la sbb mcm mudah je nak buat...

    BalasPadam
  10. First time dengar ayam cajun. Nampak sedapppp! Tapi Kak Farrah kalau buat apa apa memang nampak sedap pun and confirm rasa lagi sedap hehe

    BalasPadam
  11. sedap nampak tu, boleh cuba resepi ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...