Ahad, Oktober 13, 2019

Guitar Chords Luka dan Bahagia - Han Byul (Easy)

Saya tidak ikuti sangat program Big Stage Musim ke-2 yang telah tamat bersiaran baru-baru ini. Kadang-kadang tengok jugalah klip di Youtube persembahan-persembahan Neeta dan Fieya Julia (kerana saya suka suara mereka). Selain itu, rajin juga intai persembahan si Han Byul waktu saya dan Bott kebosanan tak ada hiburan. Terhibur kami berdua tengok dia bersungguh-sungguh nyanyi lagu Melayu yang jadi tugasan saban minggu seolah-olah lagu tu lagu dia sendiri. 

Menepati ramalan majoriti, si Han Byul inilah yang dinobatkan sebagai juara. Semua finalis Big Stage berpeluang menyanyikan single baharu masing-masing pada malam konsert final. Lagu-lagu mereka semua not bad. Sedap didengar. Lagu Han Byul, 'Luka dan Bahagia' ciptaan Haqiem Rusli. Lagu-lagu si Haqiem ni seperti biasalah mendayu-dayu. Sesuai sangat dibuat berdendang sambil main gitar. Enjoy the chords!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Luka dan Bahagia - Han Byul Big Stage (Easy Chords


(Intro)
Am F C E

Am G
Hamparan hati lena memaksa
Dm C
terukir indah kasih bermadah
Dm G C
aku cuba tuk meluahkan
F E
kesan yang kau berikan


Dm E Am
Uhhh uhhh uh


Am G
Siang terluka malam bahagia
Dm C
kenangan indah terus bersinar
Dm G C
aku cuba tuk meluahkan
F E
kesan yang kau berikan


(Chorus)
Dm
Tangisan embun pagi
G C
melayari kesedihan ini
F Dm
tak akan ku persia dirimu
E Am
mengapa kau pergi


Dm
Kini engkau merana
G C
harapan dari sisa kenangan
F Dm
ku tak mampu untuk meneruskan
E Am
kau baluti luka yang berbisa


G F E Am


Dm
Sarang hamyeon andoeseo
G C
geuleohge i-jeulsu man itdamyeon
F Dm
geutolog balae watdeon sarangi
E Am
dashi tto iss-eulkka


F G
Memori indah
G E
kita bersama

Am G

Dm
Maafkan diri ini
F E
telah membuat kau tersiksa

Dm E Am 

E Am
Luka dan bahagia

7 ulasan:

  1. tau sket pasal HanByul ade tengok sket2..
    x prasan lew lagu ni kak.. lama x update lagu2 baru..

    BalasPadam
  2. Viral HanByul ni skrg kan sis.. rezeki dia menang Big Stage walau ada yg pertikaikan.. nak dengar lah lagu ni nti..

    BalasPadam
  3. tak tengok big stage. Haih ketinggalan zaman betul saya ni

    BalasPadam
  4. Suka dengar Han Byul nyanyi terutamanya lagu melayu. Memang jelas sebutan dia.

    BalasPadam
  5. Tak pernah dengar lagi lagu nie.. Rezeki dia lah menang kan kak..

    BalasPadam
  6. Dengar haritu mcm best jugak. Even ada la slang2 korea dia tu haha tapi lirik dia syok

    BalasPadam
  7. Lagu ni lama2 dengar makin sedap. Awal2 dengar kat Big Stage macam biasa2 je mungkin sebab baru kot.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.