Isnin, Oktober 14, 2019

Kegilaan Ceri Manis

Siapa pernah makan ceri manis segar-bugar seperti dalam gambar di bawah ini? Suka tak? Saya kalau ceri ini ada di depan mata, memang tidak akan tolak. Sekejap je bertangkai-tangkai ceri masuk tekak tanpa sedar. Nikmatnya rasa! Lagi-lagi kalau makan ceri yang sudah disejukkan ke dalam peti ais telebih dahulu. Dingin je masuk mulut.

Tidak silap saya, ceri ini dipanggil Ceri Northwest. Saiznya lebih besar sedikit berbanding ceri biasa. Rasanya pula bolehlah dikatakan sederhana manis. Tetapi, sangatlah addictive! Selain daripada rasanya, saya juga suka tekstur buahnya yang crunchy. Ala-ala makan buah plum saiz kecil gitu. Refreshing!




Walaupun saya suka sangat makan ceri ini, tapi tak boleh selalu makan. Harganya agak mahal. Bayangkan sekilo harganya mencecah sehingga RM60 - RM70! Ada seorang teman pernah sarankan saya cari di padat borong. Dapat murah sedikit. Tetapi, kalau beli dekat pasar borong kena beli dalam kotak. Satu kotak tu ada beberapa kilo, makan ratus jugalah harganya. Dah tu, siapa pula nak makan ceri banyak berkilo-kilo kan? Tak mengapalah, beli yang sekilo je. Buat lepas tekak teringin. Sekali beli, makan puas-puas.

Saya pernah baca somewhere yang ceri ini kalau dibuat pai atau makan dengan aiskrim memang sedap. Huhuhu boleh imagine jelah. Lazimnya apabila ceri ni masuk rumah, tak sempat nak proses jadi hidangan lain pun. Habis makan fresh macam tu je.

Jika tidak habis, saya akan dinginbekukan. Masuk freezer supaya buah ceri tidak mushy dan rosak. Perkara yang sama saya buat untuk buah blueberi dan sahabat-sahabat yang seangkatan dengannya. Barulah tahan lama sedikit.

OK. Saya belanja seorang sebiji! Jemput makan ye. Apapun, have a cherry-on-top kind of day!


Psstt! Nanti saya sempat saya blogwalking terjah kalian ye :)






15 ulasan:

  1. ceri ni dya xpernah rasa sebab mhl sgt harga dia.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mahal huhuhu. Nanti kalau jumpa yang jual dalam pek kecil beli tau. Ceri ni sedap. Moga ada rezeki Dya untuk rasa :)

      Padam
  2. adakah ni buah ceri yang gambar dalam kad maybank? tak pernah makan. nampak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sallllllll! Miss you so much, dik! Terima kasih sudi berkunjung ke blog tenggelam timbul akak ni. Nanti akak dah panas enjin akak datang jengah Sal ye :)

      Padam
    2. Oh dan sekaranh tengah bayangkan ceri kat kad maybank tu...macam betul je 🤔

      Padam
  3. mak aihhh mahalnya rege ceri ni.. haha
    sekali sekala blh kot try mkn.. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sekali-sekala jelah. Kalau selalu memang boleh berlobang poket :)

      Padam
  4. sedapnya, tak pernah beli pun. makan pun kalau ada yang letak kat kek macam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang fresh ni sedap, Eyda. Moga nanti one day ada rezeki Eyda dan anak2 untuk rasa :)

      Padam
  5. Freshnya.. akak tak pernah makan lgi.. nak juga merasa klu ada jual
    Kt sini..

    BalasPadam
  6. Nak kena beli juga satu hari nanti.. mengiurkan betul penerangan kak farah pasal buah nie..

    BalasPadam
  7. Amboii mengancamnya. Sejujurnya tak pernah makan ceri ni. Pernah makan yg atas kek tu je, Sama ke? yg ni nmpk sedap lagi mcm anngur hehe

    BalasPadam
  8. Sedap memang sedap tapi harganya mak ai...berpeluh nak kuar duit dari purse haha!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.