Isnin, 30 Disember 2019

Hitung Hari 2020 - Happiness Jar

Beberapa tahun lepas, saya ada menulis tentang 'Happiness Jar'. Sebuah balang kegembiraan yang dibuat pada bulan Januari untuk catat semua perkara dan memori manis yang berlaku sepanjang 12 bulan berikutnya. Boleh baca entri 'Happiness Jardi sini. Balang ini kemudiannya hanya akan dibuka dan dibaca pada penghujung tahun, sehari sebelum melangkah ke tahun baharu. 

Sejak 2018 saya sudah buat 'Happiness Jar'. Kadang-kadang banyak perkara baik yang berlaku dan berlalu begitu sahaja. Yelah, masa pantas berlalu. Tanpa kita sedar, kita makin sibuk dengan rutin harian dan lupa hargai perkara-perkara itu. Jadi, sekali-sekala ada peluang kenang balik dan recap, apa salahnya kan? 

Jumpa idea brilliant ni di Pinterest.

Khamis, 26 Disember 2019

Singgang Daging Budu

Sebelum kalian teruskan bacaan, ini entri peram ya. Sudah lama tersimpan dalam bahagian draf. Baru sekarang jadi entri. 😉 

Singgang daging ini dah lama dah saya buat. Pembetulan. Bott yang buat. Kalau bab singgang daging, ini memang kepakaran Bott. Saya pakar bab makan dan habiskan je. 

Sebenarnya, daging lembu bukanlah protein pilihan utama dalam menu di rumah. Kami jarang masak lauk daging. Raya haji beberapa bulan lepas, alhamdulillah banyak pula rezeki dapat daging segar. Jadi, macam-macam menu daging yang disediakan.


Antara yang paling dapat sambutan hingga licin periuk ialah singgang daging budu. Beginilah rupanya. Sedap dinikmati panas-panas. Rasa daging yang bergabung dengan masin budu memang sangat awesome!

Rabu, 25 Disember 2019

DIY Penanda Buku Bermagnet

Saya sentiasa cari cara untuk manfaatkan sebaiknya material kraf yang ada dalam stok saya. Yalah, asyik beli beli dan beli... nampak cantik beli... berkenan beli.... Kadang-kadang barang seperti kertas, kad, hiasan kraf, pelekat dan macam-macam lagi menimbun begitu sahaja tanpa dibuat apa-apa. Rugi je kan?

Jadi, setiap kali saya berkesempatan luangkan masa di bilik kraf, saya akan pastikan saya hasilkan sesuatu menggunakan barang dan peralatan kraf yang saya ada. Siap buat larangan pada diri sendiri buat kesekian kalinya, selagi barang-barang yang ada tidak digunakan, tak boleh beli craft supply yang baharu.

Selain daripada merealisasikan 'cabaran upcycle' Bott (cerita lanjut di sini), sekarang saya kerap buat penanda buku bermagnet menggunakan kertas-kertas skrap yang saya ada. I loveeee bookmarks! Suka sangat-sangat. Saya memang ada banyak penanda buku. Setiap kali nak baca buku baharu mesti akan belek koleksi penanda buku saya, pilih mana satu  yang hendak diguna. 

Saya juga gunakan penanda buku bermagnet untuk tanda halaman-halaman penting pada planner saya. Senang nak selak dan disebabkan cirinya yang bermagnet, penanda halaman tidak akan mudah terlucut. Selain untuk kegunaan sendiri, penanda-penanda buku ini juga saya beri pada rakan atau kenalan yang gemar membaca. Selebihnya, dijual dan hasil jualan goes to charity.


Di bawah ini antara penanda-penanda buku bermagnet yang saya buat.

Simple words tetapi mendalam maksudnya, kan? Penanda buku ini saya beri sebagai hadiah percuma kepada pembeli buku preloved saya di Carousell. 

Selasa, 24 Disember 2019

Hitung Hari 2020 - Tak Sabarnya!

Assalamu'alaikum. Hi semua!
Lamanya saya tidak berblogging. Sibuk menguruskan urusan hakiki, tidak sempat langsung jengah blog. Bulan lepas, hanya mampu tulis satu entri sahaja. Alahai....teruk bebenar tahap sendunya! Ni baru nak aktif balik. Semangat berkobar-kobar sedikit sebab laptop saya sudah kembali ke pangkuan saya. Sebelum ini lama dia bermalam di kedai baiki komputer. Hanged, jammed...macam-macam masalah. Putus angin dibuatnya nak menulis entri blog.

Apapun, terima kasih pada rakan-rakan yang masih sudi datang melawat tower saya ini. Walaupun saya tiada, blog ini tidak pernah sunyi daripada kunjungan dan komen-komen kalian. Saya amat hargainya.