Khamis, Ogos 13, 2020

Handmade Greeting Cards Box Set

Assalamu'alaikum,

Bersiaran dari bilik kraf. Pagi ini ada beberapa tempahan kad ucapan yang perlu disiapkan. Rehat sekejap sebab mata dah berpinar-pinar susun diamentes. Heheheh masuk bloglah.

Saya ingin kongsi tentang box set yang saya buat. Ini antara produk kraf kertas saya yang dapat permintaan. Handmade greeting cards box set. Dalam satu kotak akan ada enam kad ucapan yang boleh diguna pakai untuk keraian atau tujuan tertentu. Satu kotak satu tema berbeza. Seperti di bawah ini, kad-kad dihasilkan menggunakan kertas bercorak ukiran atau tekstur kayu dengan sentuhan kemasan garis emas. Sesuai untuk diberi kepada sesiapa sahaja. Baik penerimanya lelaki mahupun perempuan. Ada juga box set yang bertemakan bunga-bunga hutan, motif dari negeri matahari terbit, anyaman dan rekaan yang hanya menggunakan washi tapes. Box set yang lain, ada peluang nanti saya akan muat naik di sini gambarnya.



Secara peribadi, saya memang suka jika ada kad ucapan yang sedia untuk digunakan. Kebetulan kehidupan saya sekarang, dengan jadual tidak menentu, masa jadi tak sama dengan orang. Sukar nak berjumpa dengan kawan-kawan dan luangkan masa. Makanya, kad-kad inilah yang boleh mewakili diri saya. Hari lahir ke... nak ucap tahniah ke... or just a simple card saying 'Thinking of You'. Sekurang-kurangnya, dapatlah titip tanda  ingatan.

Belum campur lagi kalau Cekebon dan ahli keluarga yang lain perlukan kad ucapan. Mentang-mentanglah saya ni hantu kad dan kertas, time nak guna atau beri pada orang, time tulah minta kad siap depan mata. 😅 So, untuk situasi sebeginilah these cards will become handy.


Satu box set ada enam keping kad. Didatangkan dengan enam keping sampul surat yang sepadan. Untuk box set yang ini, ada:
  • Best Wishes
  • With Love
  • Thinking of You
  • Thanks
  • Hello
  • Congratulations

Terdapat juga beberapa box sets yang saya buat, keenam-enam kadnya sama. Misalnya, semua untuk hari lahir... atau yang umum dan boleh guna dalam situasi harian seperti Just For You, Hello, Have A Great Day!


Di bahagian dalam kad, biasanya saya biarkan kosong. Jadi, ada banyak ruang untuk menulis.


Kad dan sampul diletakkan di dalam kotak, mudah untuk tujuan penyimpanan. Mungkin lepas ni saya nak cuba buat bentuk folder pula. Pakai folder, lebih praktikal rasanya. 

Ingin tanya pandangan peribadi kalian. Jika diberi pilihan, kalian prefer yang mana? Satu kotak ada enam kad yang berlainan atau satu kotak dengan enam kad yang sama?  

13 ulasan:

  1. Suka kotak dengan kad-kad lain.
    Minimalis kad Farrah buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pandangan yang diberi, NA 😊

      Padam
  2. saya suka yang thinking tu..
    kalo kat luar negara ada Etsy.. kat malaysia ada x ? huhu..
    kalo ada mesti best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada gak. Tapi, Etsy tu tak 'mesra' ngan akak hahahah. Rasa canggung pula nak guna. Tu yang akak prefer guna Carousell. Alang-alang dah ada akaun kat situ.

      Padam
  3. terkadang teringin nak bagi kad ucapan hari lahir kpd kwn2 spt zaman muda2 dulu. skrg ramai ucap guna socmed aje.

    BalasPadam
  4. Akk prefer yg berlainan so that boleh guna utk different occasions/celebrations.

    BalasPadam
  5. Cantiknya. Suka giler kalau dapat hadiah kreatif macam ni. Nice sangat kak

    BalasPadam
  6. ok sgt letak dlm kotak. kalau tanya sy, sy prefer 1 kotak 1 jenis je kad ucapan. contoh, kad utk birthday 1 kotak. so org ramai ada pilihan yg guna kad yg mn 1. kalau utk yg mix ni, buat ikut permintaan hehehe

    BalasPadam
  7. GV prefer satu kotak enam kad berlainan kak. variasi lebih best. huhu

    BalasPadam
  8. Lama tak singgah.. mcm biasa tak pernah tak cantik. Bila ada box senang nk simpan dan tak cepat kotor

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum.. Kak farah lama xsinggah sini baca entri pasal kraf.. Comel sangat thinking card tu kalau rumah dekat nak g berguru ni hahaha

    BalasPadam
  10. macam mana sis buat box tu..menarik laa

    BalasPadam
  11. kalau saya...saya pilih greetings sama. which mean saya nak birthday je sume..sebab saya suka wish kawan saya

    tpi bole jdi sy akn pilih dua2...mana thu berguna..ngeh3

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.