Rabu, 30 September 2020

Kad Resepi Tesco

Assalamu’alaikum. Apa khabar hari ini? Ada apa dengan kad resepi Tesco? 🤔 Sebenarnya, masa mengemas tempoh hari terjumpalah kad-kad resepi Tesco ini. Banyak juga yang ada dalam koleksi saya. Mana taknya, setiap kali pergi shopping barang di Tesco (sekitar penghujung 2018 - 2019) jika ada kad resepi baharu, si Bott akan rajin ambil untuk saya. 

Resepi-resepi yang dikongsi not bad. Banyak juga yang menarik. Konsepnya, bila kita dapat kad resepi tertentu dan berniat untuk cuba, bolehlah terus dapatkan bahan-bahannya di sana. Tidak silap saya, resepi-resepi di bawah promosi ‘Kisah Rasa Sayang Tesco’ ini juga ada video penyediaannya di Youtube.

Tetapi, tidak pasti pula saya, sekarang Tesco masih ada edarkan kad resepi begini atau tidak. Dah lama tak ke sana. 


Kad-kad resepi ini berbaloi untuk dikumpul. Dicetak atas kertas keras dan bersaiz lebih kurang sekeping poskad, kad-kad ini boleh disimpan di dalam recipe box atau diletakkan di peti sejuk. Boleh jadi rujukan dan sumber idea untuk memasak. So far, saya sudah cuba beberapa resepi. Cuma tak sempat buat entri lagi. 

Walaupun sekarang ini, kita semua dah main google resepi di internet atau tonton klip video masakan di Youtube dan Instagram, saya tetap suka kumpul kad resepi begini. Old school sikit ;) Saya ada satu buku besar ala-ala buku skrap penuh dengan resepi-resepi yang saya potong dari majalah atau catatan melalui tontonan rancangan masakan di TV. Bila selak buku resepi tu, feeling lebih sedikit sebab saya buat buku tu masa saya mula-mula belajar masak. Siap ada remarks tertentu untuk resepi-resepi yang telah dicuba.

Untuk kad-kad resepi Tesco ini, saya cadang nak simpan dalam album gambar je. Rasanya ada somewhere kat rumah ni album saiz 4R yang tak digunakan (sekarang semua simpan dalam phone atau photobook kan...). Rasanya muat kot kad ini dengan kad-kad resepi saya yang lain.


Kalian pula bagaimana? Gemar baca buku/kad resepi, google resepi atau tonton video masakan?



6 ulasan:

  1. Gemar tengok buku resipi.Lepas itu hafal bahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya selalu fail bab hafal2 bahan. Tengok resepi pun kadang2 ada bahan yang tertinggal 😅

      Padam
  2. menariknya kad resepi ni..
    tp tu la.. zmn skrg nk tgk resepi buka fb.. buka ig..
    hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan... skrg lagi mudah tengok video. Senang nak faham prosesnya 😊

      Padam
  3. Lama dah tak shopping di Tesco sejak berpindah. Tak sangka Tesco ada bagi kad resepi, pertama kali dengar.

    BalasPadam
  4. jarang pegi tesco so mmg x penah jumpa kad2 resepi ni😊

    BalasPadam