Selasa, September 29, 2020

Resepi Kek Epal dalam Mug

Kadangkala apabila datang rasa craving nak makan something sweet, saya akan pilih untuk buat kek dalam mug. Satu, sebab mudah. Guna bahan-bahan asas yang ada dalam dapur dan pantri sahaja. Kemudian, tidak perlu ambil masa yang lama untuk tunaikan permintaan anak tekak. Sekitar satu ke dua minit sahaja hajat dah tertunai.

Dua, jika setakat saya dan Bott nak makan, saya suka buat single serving begini. Sekali makan habis, dah sudah. Tak ada second or third helping. Sebab saya ini jenis yang akan mengulang makanan tu sampai habis selagi ada. Nanti tengah-tengah jogging manja keliling rumah untuk cukupkan tapak boleh pula detour pergi buka peti ais atau intai bawah tudung saji! Bayangkanlah jika saya buat kek dalam loyang, tak ke naya?! 

Sebelum ini saya pernah kongsi kek kurma dan kek lemon dalam mug. Kali ini, kek epal kayu manis pula ya. Beginilah rupa paras kek epal kayu manis dalam mug saya!



Tertarik tak? Jom kita tengok resepinya.


Resepi Kek Epal Kayu Manis dalam Mug

Bahan-bahan yang diperlukan:

A
  • 1/2 biji epal dipotong dadu. Jika epal yang digunakan itu saiznya besar, guna setengah 1/3 biji sudah memadai. Epal merah atau epal hijau? Terpulang. Saya pernah buat kedua-keduanya. Dua-dua sedap!
  • 1/2 sudu teh gula perang
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
B
  • 1 sudu besar mentega atau marjerin yang dicairkan.  Boleh juga guna minyak jagung atau minyak minyak masak sayuran seperti canola.
  • 2 sudu besar susu. Jika ingin hasil terbaik guna susu full cream atau fresh milk. Saya pakai susu rendah lemak sahaja.
  • 1/4 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar gula perang. Mahu kurangkan manis? Tukar kepada 2 sudu teh gula sahaja. Hendak tukar kepada pemanis alternatif seperti madu atau sirap mapel juga tiada masalah. Ikut selera. Lazimnya, saya akan guna 2 sudu teh gula rendah glisemik CSR atau erythritol seperti Lakanto.
C
  • 3 sudu besar tepung gandum atau jika ingin diet dan jaga kalori, guna tepung kelapa 
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik (baking powder)


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Sediakan bahan A. Masukkan ke dalam mug. Kacau hingga sebati. Pastikan setiap butiran epal yang telah kita dadu tu bersalut dengan gula dan kayu manis. Kemudian, masukkan ke dalam microwave selama 30 saat. Langkah ini bertujuan untuk lembutkan sedikit tekstur epal dan cairkan gula.
  2. Setelah itu, masukkan bahan B. Kacau hingga sebati.
  3. Seterusnya, masukkan bahan C. Gaul sekata dan masak dalam microwave selama 1 minit. Suhu dan kekuatan kuasa microwave berbeza-beza. Jadi, jika kek masih belum masak, tambahkan 10 - 15 saat lagi.
  4. Sedia untuk dinikmati!

Tengoklah tekstur kek epal kayu manis ini. Walaupun tidak menggunakan telur, kek tetap lembut, gebu dan yang paling best, ada ketulan epal dalam setiap kunyahan. Gabungan rasa masam manis epal dan rempah kayu manis memang terbaik. Jikalau kalian memang suka pai epal, pasti kek ini akan menepati cita rasa!



Cubalah buat untuk fika atau minum petang. Memang akan puas hati. Mudah disediakan tetapi rasanya tetap wowww!

7 ulasan:

  1. Hai kak Farrah! Ingat saya lagi x? Teringin nak try ni sebab saya suka sangat combination epal dan cinnamon. Bau pun wangi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, Sal! Of course ingat! Terima kasih sudi kunjungi tower akak ni. Akak pun dah lama tak jenguk Sal. Sorry tau. Tahun ni tahun sendu berblogging hahahah

      Haaa... kalau begitu, this one memang Sal patut cuba! You’ll definitely love it. Kita geng! Akak pun suka bau cinnamon 😊

      Padam
  2. Senang itu buat dengan gelombang mikro.
    Hehe saya pernah buat pai epal. Suka rasa ada serbuk kayu manis.
    Nanti cuba.

    BalasPadam
  3. alahaiii sy pk sedap je ni maklum laa tgh lapo😆

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.