Khamis, 9 April 2020

Kuih Tepung Bunga untuk Minum Petang

Tercari-cari idea hendak buat kuih apa untuk hidangan minum petang? Apa kata cuba buat kuih tepung bunga. Kuih ini kuih tradisional dari Pantai Timur. Ada banyak versi resepi kuih ini. Bahan utamanya ialah tepung pulut. Kemudian, kita boleh pilih sama ada ingin guna santan ataupun tidak. Jika guna santan, rasa kuihnya berlemaklah sedikit.

Dinamakan tepung bunga sebab rupa dan tekstur kuih semasa digoreng. Kita akan celup adunan yang telah digentel ke dalam telur barulah goreng di dalam minyak panas. Macam kita goreng bergedel lah. Apabila kena minyak panas, telur yang salut adunan tu akan mengembang macam bentuk bunga.  Dari situlah asal usul nama 'tepung bunga'.

Resepi di bawah versi yang menggunakan santan. Jika tidak mahu pakai santan, bancuh tepung guna air sahaja. 


Resepi Mudah - Kuih Tepung Bunga



Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 200 - 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan santan
  • Air secukupnya
  • 1 - 2 biji telur (untuk celup adunan tepung sebelum digoreng)
  • Garam secukup rasa
  • Gula untuk ditabur pada kuih sebelum dihidang. Boleh guna gula putih biasa atau gula perang. Saya gunakan gula CSR rendah glisemik.
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Bancuh tepung dengan santan dan sedikit air sehingga membentuk doh yang tidak melekat. Kalau ingin rasa berlemak yang lebih rich, lebihkan penggunaan santan. Saya pakai santan kotak jenama Ayam Brand yang Fat Trimmed. Musim-musim PKP ini, tak ada stok santan segar di rumah. 
  2. Bentukkan doh menjadi bebola kecil. Kemudian, tekan sedikit di bahagian tengah untuk leperkan doh. Lebih kurang macam nak buat doh kuih puteri mandi.
  3. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan pukul sedikit. 
  4. Celupkan doh ke dalam telur dan goreng hingga warnanya bertukar keperangan.
  5. Setelah diangkat dan ditus minyaknya, taburkan sedikit gula di atas kuih. 
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Sedap makan sambil tengok televisyen. Layan cerita petang petang. Lawan dengan kopi atau teh panas. Fuhhhhh! Nikmatnya! Di rumah ini, Bott yang paling suka kuih tepung bunga. Kalau buat, memang sengih besar dia kegembiraan. Sepiring dah tentu-tentu jadi hak dia.


Kalian minum petang apa hari ini? Ada menu menarik untuk dikongsi? Mana tahu boleh bagi idea untuk saya tambah dalam senarai menu sepanjang PKP ni :)



7 ulasan:

  1. Eh,dia macam kuih getas ke cuma tak ada letak kelapa parut. tak pernah rasa pula kuih bunga. nampak dah senang ..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan kuih getas. Kuih getas kita letak kelapa parut kan...ni basically tepung pulut, gula dan goreng salut telur je...

      Padam
  2. festime dengar nama kuih ni kak..
    hehe..

    BalasPadam
  3. boleh try ni. dah lama tak buat kuih.

    BalasPadam
  4. Nampak menarik dan mudah untuk dibuat..

    BalasPadam