Isnin, April 20, 2020

Layan Jiwang dengan Starbucks Parmesan and Dill Cashews

Saya ni jenis suka mengunyah. Mulut tak boleh nak rehat hahahah. Kalau menonton televisyen, buat kerja di hadapan komputer atau sekadar duduk-duduk rehat di ruang tamu, mesti nak kena ada sesuatu untuk dimakan. 

Inilah tabiat tidak sihat saya yang sukar dikikis sejak dahulu. Asyik 'gatal gigi' sepanjang masa! Dahulu stok kerepek, kacang, maruku dan potato chips (macam-macam jenama dan perasa) memang sentiasa ada dekat rumah. Dah tua nilah baru rasa insaf sedikit, tak sampai hati nak aniaya tubuh sendiri lagi. Jadi, perlahan-lahan ubah kepada snek dan makanan 'kunyah-kunyah' yang lebih sihat, pilihan yang lebih berakal konon-kononnya. Tidaklah junk food semata!

Hari ini nak kongsi salah satu snek kunyah-kunyah kegemaran saya - Starbucks Parmesan and Dill Cashews. Sekali rasa terus jatuh cinta! Sedapnya! Gajus yang diperasakan dengan keju parmesan dan herba dill memang kombinasi terbaik! Cukup rasa lemak, masin berempah semua. Sebelum ini saya agak skeptikal dengan herba dill ni. Tak sangka saya suka rasanya. 

Starbucks Parmesan and Dill Cashews ini memang tak boleh bajet nak makan satu genggam kecil je. Lupakanlah andai punya hasrat konon-konon nak makan/snacking ikut portion. Tahu-tahu tanpa sedar boleh habis satu bungkus terus! 


Starbucks Parmesan and Dill Cashews.
Punyalah excited nak makan gajus Starbucks, tak sempat snap gambar penuh. Tengoklah rupa paras kacang gajus tu. Setiap satu cantik bersalut dengan keju dan dill. Menggoda kan? Duduk seorang diri, layan jiwang, lost in thoughts sambil nikmati Starbucks Parmesan and Dill Cashews ini memang asyikkkk! Setiap satu mewah rasa keju dan dill. Jika tengah bad mood, makan kacang ni confirm boleh terus nampak pelangi.😆


Disebabkan terlalu suka kacang gajus ini, saya siap pasang niat nak cuba buat kacang gajus panggang parmesan dan dil sendiri. Tetapi, disebabkan PKP, projek ini kena put on hold buat sementara waktu. Ada rezeki selepas tu, kena bereksperimen di dapur. Kalau buat sendiri, dapatlah hasilkan banyak sedikit. Jimat pun jimat. Maklumlah, produk Starbucks ni nak beli selalu pun tak boleh. Harganya kusmangat! Mahu berlubang-lubang poket saya dibuatnya. 


Ada siapa-siapa di sini suka makan kacang gajus? Kacang badam ke pistachio ke...Kalian suka makan kosong tanpa garam atau suka yang berperasa?

5 ulasan:

  1. Sama la..asyik makan ja...bila la nak turun2 berat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu betul, kak. Dah jadi seriau nak naik penimbang dah ni ;)

      Padam
  2. Suka badam.. memang kalau dapat, tak berhenti mengunyah.. Gajus ini sesekali makan best.. Yang ini tak pernah rasa..

    BalasPadam
  3. tak pernah cuba sebab jarang ke Starbuck.. but i like cashew i might buy this one day. macam each time makan Garrets popcorn la kak.. konon skit ja sikit ja tengok2 banyak jugak makannyeee..

    BalasPadam
  4. Suka betul kudapan kekacang ni. Lagi lagi cashew camni memang tak henti mengunyah. huhu..tapi belum makan yang starbucks punya ni =__='

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.