Rabu, April 08, 2020

Paddington Bear tapi Dog

Tengah layan bosan scroll instgram, tiba-tiba lalulah makhluk comel ini menyapa pandangan mata. Alahai, apahal comel sangat ini! Teruja pula apabila lihat anjing ini dipakaikan persalinan seperti si Paddington Bear. Terus sengih-sengih saya seorang diri.




Dahulu saya tidaklah minat sangat Paddington Bear ni. Tak tengok pun kartunnya. Cuma zaman di kampus, kalau jumpa fail keras yang ada gambar Paddington Bear saya akan beli untuk simpan nota. Suka tengok karakter beruang ni dengan topi merah dan kot labuh berwarna biru. Sangatlah comel!

Kesukaan pada Paddington Bear jadi membuak-buak setelah saya tonton filem Paddington (2014) dan sekuelnya Paddington 2 (2017) dua tahun lepas. Masa tu pergi rumah adik lelaki saya. Tekan-tekan remote Netflix nak cari cerita best, adik saya suruh tonton Paddington. Dia kata mesti saya sukalah. Memang betul. Dari minit pertama, terus melekat depan TV layan Paddington dan Paddington 2 back-to-back.

Apa yang saya tentang filem ini sebab filem ini bukan animasi. So, Paddington tu nampak real sangat. Comel dan sweet. The best part is this bear is very courteous. Berbudi bahasa dan sopan sangat! 



Filem Paddington yang pertama mengisahkan tentang perjalanan hidup Paddington yang berhijrah ke London untuk mencari 'The Explorer'. Makcik si Paddington ni yang suruh dia cari 'The Explorer' kerana kawasan yang diorang tinggal dilanda gempa dan dah tak selamat untuk didiami.

Sesampainya di London, Paddington macam hilang arahlah sebab tak tahu nak buat apa. Kebetulan terserempak dengan keluarga Brown dan Mrs. Brown, dengan naluri keibuan yang tinggi tak sampai  hati nak tinggalkan Paddington begitu sahaja.

Bermulah kehidupan Paddington bersama keluarga Brown. Puaslah dia cuba nak sesuaikan diri sebab lifestyle dia as beruang jauh berbeza dengan cara manusia. Tapi, akhirnya dia berjaya juga got along with all the family members especially the kids.

Paddington 2 pula berkisar tentang nasib Paddington yang hidup di penjara sebab was wrongly accused for the crime that he didn't commit. So, keluarga Brown cuba sedaya upaya untuk buktikan yang Paddington tak bersalah. Paddington seperti biasa, dia bawa karakter sopan santun dan berbudi bahasa dia tu ke mana-mana walaupun dalam penjara. Dia masih lagi angkat topi sebagai tanda hormat dan greet inmates lain. Comel kan?

Cerita Paddington ni memang ringan dan sesuai untuk tontonan keluarga. Jadi, bagi yang belum tonton lagi, bolehlah buat movie night dengan keluarga. Cuma saya tak pastilah sama ada filem ini masih ada di Netflix atau tidak.

Selalu kalau nak buat kerja depan komputer, saya memang akan pasang Paddington di TV. Biar ada bunyi sedikit teman saya. Tak adalah sunyi sangat. Dek kerana cerita ini dah biasa tonton, dapatlah saya fokus buat kerja. Kalau tengok filem atau cerita baru, mahu mata tertancap terus dekat skrin, jari-jemari kaku atas keyboard. Sudahnya apa kerja pun tak jadi!

Oh, berbalik pada anjing yang macam beruang di atas, kalia rasa comel tak si Paddington Dog tu?



9 ulasan:

  1. Teringat masa time degree dl, akak pun ada juga file keras n pink gambar paddington bear besar. Lecturer akak nampak, dia tegur you tau tak paddingtor bear ni harganya paling mahal di dunia... hehehe... tiber masuk topik paddington bear

    BalasPadam
  2. Comel. Hehe pernah dengar tapi belum pernah tengok cerita ni.

    BalasPadam
  3. Comelllllnya Paddington ni ... rasa nak hugs sangat.

    BalasPadam
  4. Saya tak pernah buat patung2...tapi buat bunga gubahan bunga minat la... teringat sekali buat topeng dari suratkhabar terpakai...

    BalasPadam
  5. makcik saya pon ad belikn keychain paddington bear..mahal..kalau tukar ke duit malaysia rm80 gitu...uish

    BalasPadam
  6. saya suka Paddington Bear sbb accent dia...british kan? movie dia tu yg pertama best sikit

    BalasPadam
  7. ahahha muka anjing dia pun ada iras2 Paddington Bear dats whyy le tu dia pakaikan gitu. hehehe anjing ni kalo blh pegang lama da yang comel2 tu semua kena cubit..

    BalasPadam
  8. Saya tak pernah tengok lagi Paddington ni tapi memang muka anjing tu serupa macam Paddington tu.

    BalasPadam
  9. tak tengok lagi paddington nie.. tapi memang comel anjing tu dipakaikan seperti paddington..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.