Jumaat, April 15, 2022

Tips Pilih Cili Benggala

Capsicum. Cili benggala. Lada benggala. Lada besar. Bell pepper. Pelbagai nama untuk sayur yang satu ini. Hari ini saya ingin kongsi tips bagaimana untuk pilih lada benggala. Nak sediakan hidangan enak penuh kasih sayang, bahan-bahannya mestilah yang terbaik kan?

OK, seperti yang kita sedia maklum, lada benggala di pasaran ada beberapa warna - hijau, kuning, oren dan merah. Ada beza ke sebenarnya? Bolehkah kita guna mana-mana lada benggala atau ada hidangan yang memerlukan penggunaan warna tertentu?

Kredit imej : Tesco

Terdapat pihak yang mengatakan semua lada benggala sama. Maknanya datang dari satu sumber, pokok atau spesies yang sama. Berlaku perbezaan warna disebabkan lada benggala itu dipetik pada tahap kematangan yang berbeza. Lada benggala hijau belum cukup matang. Apabila dah matang sedikit jadi kuning, diikuti oren dan merah apabila lada benar-benar masak.

Hakikatnya, pandangan ini kurang tepat. Bukan semua lada benggala datang dari satu sumber yang sama. Ada lada benggala yang dari awal pertumbuhan berwarna kuning atau merah dan kekal dengan warna berkenaan walaupun sudah matang. 

Cuma kadangkala ada kemungkinan lada benggala hijau yang kita beli itu sebenarnya lada benggala merah yang belum cukup masak. Macam beli cili hijaulah. Pernah tak kalian beli cili hijau dan perasan yang rasanya agak pedas berbanding cili hijau yang biasa dibeli? Atau setelah beberapa ketika, cili hijau yang disimpan bertukar menjadi cili merah? Saya biasa terkena bab beli cili hijau tetapi sebenarnya cili merah ni 😅


Tips #1 - Warna dan Rasa

Ada perbezaan rasa (walaupun tidak begitu ketara) untuk setiap lada benggala yang berlainan warna.
  • Hijau - Lada benggalanya agak bitter. Kita dapat rasa the bitterness kat hujung-hujung lidah. Tetapi, yang warna hijau agak crunchy berbanding yang lain. Saya selalu guna untuk salad dan buat sandwic. Ada kalanya, saya guna untuk masak nasi goreng Cina.
  • Kuning dan oren - Fruity taste, less bitter than the green one. 
  • Merah - Paling flavourful dan manis. Lada benggala merahlah yang paling sedap kalau kita gril dan masukkan dalam salad atau hidangan BBQ.

Oleh itu, jika kalian suka lada benggala yang manis manis, jangan beli yang hijau. Kalau inginkan hidangan kalian nampak lebih menyelerakan penuh dengan pelbagai warna, gabungkan penggunaan beberapa lada benggala. Bayangkan buat cekodok letak lada benggala hijau, kuning dan merah. Colourful tempting cekodok gitu!


Tips #2 - Pilih yang 'betina' untuk lada benggala yang lebih manis.

Ilmu baru buat saya. Menarik ni. Tidak sangka lada benggala pun ada jantina! Jantan dan betina.

Seperti yang dinyatakan di atas, jika ingin membeli lada benggala yang manis, pilih lada benggala betina. Bagaimanakah cara untuk kenal pasti lada tu jantan atau betina? Kita lihat bahagian 'punggungnya'. Jika punggung ada tiga - jantan. Yang punggung empat, betina. Inilah yang kita cari! Lada benggala betina lebih manis dan sesuai dimakan mentah contohnya dijadikan ramuan salad.

Lihat juga:



15 ulasan:

  1. haah ..green jalapenos nihh. :p

    BalasPadam
  2. Ads dengar lada benggala jangan dan betina tapi waktu pilih memang tak teringat pun nak tengok. Hehe. Ingat balik fakta ni. Harap tak lupa balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe nak kena ingat ni kan...saya pun selalu begitu, bila dah sampai tempat shopping abis semua tips lupa ;)

      Padam
  3. Salammmmm akakkkkk

    lamanya kita tak datang sini.

    sungguh lama....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Wah, VIP datang! Kena bentang karpet merah ni! :D

      Padam
  4. frankly speaking, aida x pernah beli lada benggala.
    tak reti! ha ha ha ha...
    ari ni dah reti. merah la kan yg paling sesuai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa kalau Aida nak mula guna untuk masak, disarankan cari yang merah. Lembut dan manis sikit rasanya berbanding yang hijau.

      Padam
  5. Bagus entri ni...saya suka sebab berkait dengan bidang saya...terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak jauh lebih mahir. Banyak yang saya kena belajar daripada Kak Fida ni :)

      Padam
  6. wah.. lada pun ada jantina betina dan jantan ye.. baru sha tahu.. Patutlah bila guna yang hijau lebih rangup dari merah dan kuning.. tq share ilmu baru kak farah..

    BalasPadam
  7. memang yang betina je nak kena ada banyak bumps eyh.. sexist !! haha..
    saya tibai je kak beli warna apa je tengok hidangan saya masak tu.. sebab nak cantik ahahah.. tapi saya suka je semua =D

    BalasPadam
  8. Baru tahu ya cili ada jantina juga...hehe...haah kadang2 makan yg hijau rs macam pahit sikit..kelat2

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.