Isnin, Oktober 05, 2020

Beli Avokado Murah

Ini kisah lebih kurang dua minggu yang lepas. Saya pergi buat urusan pos, hantar barang untuk pelanggan di Carousell. Alang-alang dah keluar tu, saya singgahlah ke Econsave untuk beli bahan basah dan keperluan dapur.

Semasa saya sampai, masih awal lagi. Sekitar pukul sepuluh pagi. Tengah teruja belek sayur yang segar-segar, ternampak satu bahagian kat tepi kaunter untuk mark down fruits. Kiranya, ruangan ini khusus untuk reduced to clear items lah. Dengan gembira saya memilih pisang, buah pir dan mangga. Semuanya berharga RM2 sebungkus. Tengah pilih-pilih tu, ada satu bungkus buah avokado juga. Punyalah saya excited. Jika diikutkan kondisi buahnya dah lembut, tak boleh simpan lama tetapi macam-macam boleh buat kot! Especially jus alpukat dan smoothie.


Tengoklah ni, dalam satu plastik ada dalam tujuh biji tidak silap saya. RM2 sahaja! Berbaloi-baloi!

 

Balik rumah je, semua pembelian 'mark down fruits' saya proses. Pisang dan beberapa biji buah avokado saya potong kepada ketulan-ketulan kecil. Kemudian, didinginbekukan. Macam pisang tu, senanglah nanti nak buat kek pisang ke, cekodok ke atau buat aiskrim ... stok pisang dah sedia ada. 

Avokado pula, apabila kita dah dinginbekukan, mudah untuk dibuat smoothie. Tinggal campak dalam blender sahaja. Di bawah ini, smoothie avokado saya untuk memulakan hari! Saya punya letak dalam this to go tumbler.


Disebabkan avokado dah mushy, saya tidak letak sebarang gula atau pemanis lain seperti madu atau sirap mapel. Saya hanya kisar dengan susu. Yummehhhh!

Ini pula share si Bott. Dia punya smoothie siap kena hidang dalam double cooler glass. Portion untuk dia sedikit je sebab dah kena cukai dengan saya. Lagipun, yang gemar avokado di rumah ini saya seorang sahaja.


By the time saya tulis entri ini, kesemua avokado saya sudah habis. Puaslah saya dengan menu-menu berasaskan alpukat. Saya buat jus alpukat, kopi alpukat dan dapat juga buat guacamole untuk makan dengan chips dan sapu atas roti bakar. Nanti resepi guacamole saya kongsi kemudian ya.

16 ulasan:

  1. Wah untung untung avocado tu, terbaik.

    BalasPadam
  2. rajin dan gigih tu buat jus alpukat.. untunglar ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gigih wak demi menunaikan hasrat anak tekak 😂

      Padam
  3. berbaloi RM2 utk 7 biji...teringat jus alpukat coklat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhh, jus alpukat dengan sirap coklat mewah memang boleh buat teringat-ingat! 😊

      Padam
  4. Balasan
    1. Alhamdulillah, Puan Hazel. Kenalah dengan cita rasa 😊

      Padam
  5. Hehe peminat alpukat. Pernah minum jus alpukat. Agaknya kalau alpukat terlebih masak tidak pengaruhi rasa kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau terlebih masak tiada masalah. Lagi sedap sebenarnya utk buat jus atau smoothie asalkan jangan buah tu jadi terlalu berair dan masam. Yang itu dah hukum kena buang.

      Padam
  6. alpukat?? kite xpenh rsa lagi avokado original buah, minum yg dah diproses pernah lah, haha..ingtkn timm sorg je excited kalau jumpa brg reduce to clear, ngeh2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Timm nak cuba, try masukkan potongan avocado dalam salad. Dia rasa lemak-lemak.

      Oh, akak kalau nampak barang reduced to clear memang cepat bertindak!

      Padam
  7. Rezeki tu dapat avokadu harga 2 ringgit. Banyak hasilnya dibuat smoothie.

    BalasPadam
  8. wah bestnya! bukan senang nak dapat RM2 untuk 7 biji avokado! buat jus alpukat sangatla sedap! lagi tambah coklat sikit. Nyummy!!!

    BalasPadam
  9. kalau saya jumpa saya pun nak rembat juga😊😊

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.