Ahad, Oktober 25, 2020

Lelaki Langit Bumi | Terima Kasih, Sha Mohamed

Assalamualaikum. 

Selamat berhujung minggu semua.

Bagi kalian yang ikuti blog saya dalam dua tahun belakangan ini pasti perasan yang sekali-sekala saya ada cerita tentang novel 'Lelaki Langit Bumi'.

Terlibat dengan sebuah kajian sosial yang gagal (ambil masa kami dalam dua tahun),  saya dan rakan-rakan sayang pula memikirkan perolehan kajian kami yang ibarat sia-sia. Jadi saya buat keputusan untuk masukkan semua itu ke dalam novel. Dari terbiar begitu sahaja, kita ubah jadi sebuah karya kreatif. 

Setiap kali ada masa terluang, saya akan tulis bab demi bab dan siarkan di Portal Ilham. Saja nak tengok reaksi pembaca di sana. Alhamdulillah, dapat sambutan. Rakan-rakan blogger pun ramai yang beri sokongan baca 'Lelaki Langit Bumi'. Saya siap import beberapa teman saya seperti Sha Mohamed dan Anies untuk buat penampilan istimewa bersama blog mereka di dalam novel itu.

Ada masalah dengan akaun saya di Portal Ilham, saya berpindah ke Wattpad pula. Di sini, sedikit demi sedikit saya mula kumpul pembaca yang setia tunggu kemas kini 'Lelaki Langit Bumi' saban minggu. 

Penghujung 2019, 'Lelaki Langit Bumi' berjaya disudahkan. Ambil masa bertahun! Siap sempat buat giveaway lagi. Ketika itulah ramai yang bertanya tidak mahu terbitkan ke? Saya memang tidak berniat untuk terbitkan sebagai naskhah fizikal kerana bagi saya novel ini sekadar percubaan saya asah bakat menulis. Banyak cacat-cela. Gabung pula tiga bahasa - Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris, dah macam rojak mamak dah! Saya tidak rasa naskhah ini akan diterima oleh mana-mana rumah penerbitan. Tidak lepas piawai. Belum campur sebahagian daripada LLB 'tersangkut' di Portal Ilham lagi, banyak pula isu lain akan timbul - isu hakcipta, karya basi/ second hand.

Tiada naskhah fizikal, ramai yang bertanya hendak beli e-book. Jujur, saya tidak tahu menahu tentang budaya jual beli e-book dalam pasaran pembaca di Malaysia. Jadi, saya diamkan sahaja sebab bagi saya dah siap LLB tu dah puas hati. 

Beberapa bulan lepas, Bott jumpa pasal swaterbit di Laman E-Sentral. Saya pun buat 'kajian segera' tentang e-book. Kacau Sha, tanya tentang e-book sebab siapa tak tahu kan, Sha dan buku memang dah sinonim. Dipendekkan cerita, e-book LLB berjaya kami terbitkan di E-Sentral.

Kami tidak letak sebarang target. Asalnya hanya untuk tunaikan hasrat pembaca-pembaca LLB yang mahu beli e-book untuk koleksi peribadi. Harga pun letak cincai-cincai sahaja. Bayangkan, untuk 988 m.s berformat e-pub, LLB dijual dengan harga RM18. Biasanya harga itu untuk 200-250 m.s. Alhamdulillah, bukan sahaja dapat sambutan daripada pembaca-pembaca lama, tetapi berjaya tarik perhatian pembaca lain.

Saya betul-betul gembira. Satu benda yang saya buat suka-suka turned out jadi something good. Walaupun jauh dari sempurna, banyak perkara baik yang saya peroleh sepanjang menulis LLB. Antaranya, sekarang saya dalam proses belajar menulis dengan lebih baik dengan seorang sifu yang sangat berpengalaman dalam bidang ini. Saya hendak baiki mutu penulisan. Mana tahu selepas ini berjaya terbitkan novel fizikal yang baik. Tolong doakan saya ya.

Jadi, hari ini secara rasmi saya kongsi e-book 'Lelaki Langit Bumi' dengan kalian. 

Lelaki Langit Bumi - Girang Fashali

Ingin tahu lebih lanjut mengenai LLB? Kalian juga boleh baca 10 bab pertama dan sedikit cuplikan di sini.


Terima Kasih, Sha Mohamed

Jika sebut tentang Lelaki Langit Bumi, saya memang selamanya akan terhutang budi pada Sha Mohamed. Sha lah yang banyak bantu saya promosikan LLB. Dari Portal Ilham ke Wattpad sehinggalah LLB jadi e-book, macam-macam yang dah dibuat untuk saya. Kalau dihitung, entri mengenai LLB lebih banyak di blog Sha berbanding di blog saya sendiri. Hehehe tidak cukup itu, Sha siap buatkan page Goodreads khas untuk 'Lelaki Langit Bumi'. 

Thanks so much, Sha. Akak sangat hargai setiap pertolongan Sha. Terima kasih untuk setiap semangat, sokongan dan bantuan. Walaupun kadang-kadang akak hilang sebab sibuk entah apa-apa entah, you are always in my prayers. Insya-Allah, ada rezeki apabila keadaan di luar pulih, kita spend time sama-sama ya.


OK, itu sahaja ocehan untuk hari ini. Insya-Allah, nanti saya blogwalking ziarah kalian dan balas komen-komen. Belakangan ini tak sempat. 

 

16 ulasan:

  1. Wah. ika memang ada nampak kak sha review haritu. Nanti ada rezeki ika nak beli and review juga :)

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, Ika! Terima kasih kerana berkunjung ke mari. Selamat berkenalan 😊

      Jemput baca LLB di Wattpad dahulu, kalau kena dengan selera, boleh beli melalui E-sentral ya.

      Padam
  2. Amin. Insya Allah moga panjang langkah ke buku fizikal.
    Tidak sangka Farrah menulis buku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, NA atas doanya.
      Hee asalnya menulis begitu-begitu je, buat isi masa. Inilah baru nak belajar menulis betul-betul 😊

      Padam
  3. Firstly, Tahniah kak Farrah. Alhamdulillah, finally karya akak semakin kedepan dan diterima ramai yang suka membaca novel. Nanti kita terjah di wattpad ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Fizah 😘 Alhamdulillah, bolehlah buat pemacu semangat untuk akak yang masih kerdil dalam bidang ni.

      Jemput intai di Wattpad ya jika ada masa. Andai ada teguran atau komen untuk akak baiki penulisan, bagi tahu k 😘😘😘

      Padam
  4. Tahniah Farrah. Mudah-mudahan LLB akan terbit dalam bentuk buku. In shaa Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak atas doanya, Sis Amie. Amin. Mudah-mudahan ada rezeki saya :)

      Padam
  5. Segan Sha.. (sorok muka balik tangan..)
    Tahniah sha ucapkan dekat kak Farah untuk ebook yang pertama.. Memang cukup rencahnya.. Sha tak sangka berjaya baca dua kali.. hehehe.. selamanya tetap menyokong akak.. Teruskan menulis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ni yang patut sorok muka belakang tangan. Akak punya buku, akak sendiri liat nak promote. Sha lagi advance! Again, terima kasih atas sokongan, bantuan dan jasa baik Sha. Hanya Allah mampu mengurniakan ganjaran yang setimpal atas kebaikanmu.

      Padam
  6. Alhamdulillah tahniah kak. Honestly saya belum baca lagi. Semoga akak terus berkarya and who knows dapat terbitkan novel fizikal pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Terima kasih atas doanya, Sal. Akak amat hargainya 😘😘😘

      Padam
  7. Wah tahniah!! Moga lepas ini ianya diterbitkan dalam bentuk fizikal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Terima kasih banyak-banyak, Cik TK 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.