Jumaat, November 20, 2020

Apa Itu Puisi Padam | Blackout Poetry

Pernah dengar puisi padam? Blackout poetry? Well, puisi padam atau blackout poetry ini satu seni puisi yang terhasil daripada tindakan kita memilih perkataan-perkataan tertentu daripada satu halaman buku dan menyisih atau memadamkan perkataan yang selebihnya. Perkataan-perkataan yang tinggal (tidak dipadamkan) akan membentuk sebuah puisi.


Contoh seperti di bawah:


A flawless sky
sunk in the sand
a mind clouded with 
shooting flames.

Secara asasnya, apa yang perlu dilakukan untuk hasilkan puisi padam ini ialah mula-mula kita baca dahulu keseluruhan halaman yang dipilih. Kemudian, kenal pasti perkataan-perkataan yang kita rasa boleh jana idea atau digabungkan untuk membentuk frasa-frasa yang menarik. Akhir sekali, padamkan mana-mana perkataan yang tidak berkenaan.

Pada awal kemunculan puisi padam ini, memang keseluruhan muka surat akan dihitamkan dengan pen atau marker hitam. Yang tinggal perkataan-perkataan yang membentuk puisi sahaja.

Tetapi, lama kelamaan, proses menghasilkan puisi padam menjadi lebih kreatif. Seperti contoh di atas, puisi padam dipersembahkan melalui lakaran atau lukisan objek tertentu. Tidak semestinya guna pen atau marker hitam, nak guna pelbagai warna pun boleh. Jika ingin lihat lebih banyak contoh blackout poetry ni, boleh google je atau cari di Pinterest.

Selain itu, puisi padam pun boleh dihasilkan secara digital. Di bawah ini salah satu puisi padam yang saya buat. Sayang nak korbankan muka surat buku fizikal, jadi buat yang versi digital pun okay! Pilih mana-mana halaman e-book. Guna applikasi edit gambar, padam perkataan yang kita tidak mahu, dan gabungkan dengan gambar. Tidak silap saya, untuk yang ini, saya guna aplikasi PicsArt. 


Sugul
semangatnya sama
tidak menjanjikan makna
tanpa erti mencari peduli
menyisir pantulan kegelapan dan kesuraman
dia jadi benci
kaku
benar-benar kosong.


Amacam? Menarik tak konsep puisi padam ni? Saya masa mula-mula tahu tentang perkara ini, punyalah impressed! Kira karya atas karyalah, kan? Sejarah asal-usul terjadinya puisi padam ni pun menarik juga. Tetapi, saya cerita lain kalilah. Penat pula nak menaip hari ni.

Ada siapa-siapa nak cuba buat puisi padam? Musim-musim PKPB ini, mengolah puisi padam boleh dijadikan salah satu  aktiviti untuk melatih minda. 😊



9 ulasan:

  1. Menarik. Boleh buat. Kebetulan saya baru habis baca satu buku.

    BalasPadam
  2. First time dengar pasal Black poetry.
    Menarik juga untuk lesson language.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum... Wah, kali pertama saya tahu mengenai puisi padam ini. memang menarik. Rasa nak cuba buat.

    BalasPadam
  4. Pertama kali saya dengar dan tahu tentang puisi padam ni kak. kreatif dan menarik juga selepas di edit tu. konsep yang menarik of course!

    BalasPadam
  5. Wah... baru tau... best jugak ni... macam main game..

    BalasPadam
  6. Memang menarik.. Nampak lebih deep maknanya bila dibuat begini.. Teringin pula nak cuba..

    BalasPadam
  7. Menarik konsep puisi padam ni!! Tapi rasa sayang pula kalau nak buat pada helaian buku fizikal. Maybe nanti boleh cuba pada helaian digital.

    BalasPadam
  8. kira original ideas juga walaupun ambil dari article ke apa ke..
    because it needs creativity jugak nak susun n padankan words tu..

    BalasPadam
  9. Sangat membantu saya untuk membuat puisi ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.