Jumaat, November 27, 2020

Jualan Black Friday & Cyber Monday di E-Sentral

 Assalamualaikum. Hai semua! 👋

Kalian gemar membaca? Ingin dapatkan e-book menarik dengan harga terbaik? Kunjungi portal e-book E-Sentral segera. Bermula hari ini, Jumaat, 27 November sehinggalah Isnin, 30 November 2020, E-Sentral mengadakan Jualan Black Friday & Cyber Monday. Banyak buku yang ditawarkan dengan potongan harga antara 10% sehingga 30%.

Bersempena dengan jualan ini, ada potongan 10% untuk pembelian ‘Lelaki Langit Bumi’ saya di E-Sentral. Bagi penggemar novel romantik, bolehlah cuba baca LLB. Di sini saya sertakan sedikit cuplikan khusus buat kalian.



Tunggu apa lagi? Selain ‘Lelaki Langit Bumi', ada banyak buku pelbagai genre dengan potongan harga hebat di sana. Inilah masanya untuk tambah koleksi peribadi dan dapatkan karya penulis kegemaran kalian.

Jika tidak beli untuk diri sendiri, kalian boleh juga hadiahkan e-book ini kepada yang tersayang atau teman-teman ulat buku. Mudah sahaja. Di bawah ini saya tunjukkan caranya.

Mula-mula, pergi ke laman E-Sentral dan pilih buku yang ingin dibeli. Pastikan kalian sudah log masuk ke E-Sentral terlebih dahulu. Tiada akaun? Cipta akaun secara percuma.


E-book Lelaki Langit Bumi

Tekan 'Buy Now'.


Kalian akan dibawa ke halaman seterusnya seperti di bawah.


Tatal lagi ke bahagian bawah.

Jika ingin belikan e-book sebagai hadiah untuk seseorang, sila isikan alamat e-mel penerima di ruangan berkotak di atas. Setelah itu, jangan lupa tekan 'tanda betul'. Kalian akan dibawa ke halaman berikutnya.

Apabila muncul 'You are buying this as a gift for another person', bahagian e-mel bertulisan kelabu dan tidak boleh diubah, maknanya e-book sudah sedia untuk dihantar kepada penerima. Pastikan alamat e-mel penerima betul. Jika hendak ubah, tekan butang pangkah dan ulang langkah yang sama.


Akhir sekali, lengkapkan pembayaran. Guna Paypal pun boleh tau!

Sesudah selesai membuat pembayaran, si penerima akan menerima e-mel berserta arahan untuk menebus e-book yang kalian hadiahkan. Mudah, bukan? 

Selain daripada 'Lelaki Langit Bumi', di bawah ini ada beberapa judul yang saya sarankan untuk kalian. Insya-Allah, pasti terhibur, peroleh sesuatu yang baharu dan bermanfaat.

4 ulasan:

  1. Pembaca buku secara elektronik mesti teruja sebab dapat diskaun.

    BalasPadam
  2. Peluang istimewa buat peminat e-book.

    BalasPadam
  3. Wah peluang bagus ni dan hujung2 tahun ni tak dapat ke mana walaupun cuti perayaan banyak boleh isi masa membaca enovel.

    BalasPadam
  4. Best best. Sesiapa pembaca e book ni mesti teruja! Discount? Yg tak minat pun boleh minat *blink blink*

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.