Rabu, Disember 23, 2020

Countdown 2021 - Balang Kegembiraan

Balang kegembiraan? Sebenarnya ini memang aktiviti saya saban tahun sejak 2018 lagi. Pada permulaan tahun, saya akan sediakan satu balang atau bekas bertutup dan jadikan sebagai 'Happiness Jar'. Selain itu, sediakan juga kertas catatan kecil dan pen untuk memudahkan kita mencoret. 

Sebuah balang kegembiraan yang dibuat pada bulan Januari adalah untuk  catat semua memori manis, kenangan bermakna atau perkara baik yang dialami sepanjang 12 bulan berikutnya. Saya peroleh inspirasi balang kegembiraan ini melalui Pinterest. Boleh baca entri 'Happiness Jardi sini

Apa yang penting dan lebih menyeronokkan ialah penglibatan seluruh ahli keluarga atau isi rumah. Sesuatu yang indah berlaku dalam hari kalian; sesuatu yang kalian rasa berbaloi untuk dikenang atau disyukuri ... catatkan momen tersebut dan masukkan ke dalam balang kegembiraan.

Nanti, malam tahun baharu duduk ramai-ramai dan buka balik setiap catatan satu per satu. Kadang-kadang kita terlalu sibuk sehingga lupa hendak hargai detik-detik gembira yang pernah kita lalui. Inilah masanya untuk kenang balik semua itu bersama-sama.


Ini  balang kegembiraan saya. Gambar tahun lepas, masih gunakan bekas Doraemon yang sama. Tak sempat nak snap gambar isi kat dalam. Semalam saya intai, boleh tahan juga penuhnya. Dalam pada ber-PKP, PKPB, PKPP tu semua, ada juga banyak benda best yang berlaku.

Jomlah untuk 2021 kita buat balang kegembiraan ini sama-sama.

Pakai apa?
Tidak perlu botol atau jar yang fancy. Pakai botol Nescafe ke, balang kuih raya ke, guna kotak ke atau apa-apa bekas asalkan muat untuk letak lipatan-lipatan kertas. 

Kertas pula, terpulang jika hendak guna kertas memo yang berwarna-warni, sticky notes atau kertas A4 yang dipotong kecil.

Jika ada kertas-kertas yang sudah tidak kita gunakan tetapi masih ada ruang untuk menulis pun boleh.   Bagi saya, apa yang penting ialah catatan memori kita, bukan jenis kertas yang dipakai.

Misalnya, kertas A4 yang bercetak pada sebelah bahagian sahaja. Bahagian belakangnya kosong suci murni. Tidakpun buku tulis anak-anak untuk sesi persekolahan lalu yang sudah tidak dipakai dan masih berbaki beberapa halaman kosong. Jangan terus buang! Potong kertas cantik-cantik, letakkan di tepi botol  atau balang kegembiraan anda berserta dengan pen.

Apa yang hendak ditulis?

Butiran apa yang hendak ditulis bergantung kepada kalian. Untuk setiap perkara baik atau menggembirakan yang berlaku pada saya, saya akan tulis catatan ringkas berserta tarikh dan masa (supaya dapat keep track bila berlaku) dan tentunya dengan siapa saya lalui perkara itu. Tidak perlu sampai buat karangan. Hanya beberapa baris sahaja sudah mencukupi untuk beri gambaran ringkas apa yang telah berlaku.

Secara peribadi, saya juga berpendapat yang ini merupakan salah satu cara untuk menggalakkan anak-anak agar lebih terbuka berkongsi perasaan mereka - apa yang membuat mereka gembira dan apa yang buat mereka teruja.

Kalian juga boleh wujudkan balang kegembiraan ini di tempat kerja atau sesama kawan-kawan baik. Mesti seronoklah!





8 ulasan:

  1. Menarik. Selalu tulis dalam jurnal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi yang dalam jurnal selalu catatan peribadi. Yang boleh kongsi saya campak dalam balang ni 😊

      Padam
  2. ehh., kan sama mcm updet entri dlm blog., hehehe

    BalasPadam
  3. oh! menarik juga ideanya sbb melibatkan penglibatan semua org kan.. kalo anak sulung kakmim dia suka catat dlm scrap book dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Kakmim. The fun part is melibatkan semua orang, then kongsi sama-sama kegembiraan apabila jar dibuka semula.

      Boleh buat geng dengan anak Kakmim ni, saya suka buat scrapbook dan jurnal juga 😊

      Padam
  4. sy dgr Gucci ada keluarkan brgn 'Doraemon Collection' boleh laa beli nnt heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa? Doraemon? Ala tapi Gucci... orang have-have bolehlah 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.