Selasa, Disember 01, 2020

Disember Dua Kosong Dua Kosong


Assalamu'alaikum.

Salam 1 Disember. Sedar tidak sedar kita dah betul-betul berada di hujung tahun. Ini bab terakhir kita untuk 2020. Bagaimana? Semangat atau lemau?

Saya seawal pagi dah semangat hias planner. Berkobar-kobar semangat tulis perkataan 'December'. Meskipun kita masih disuguhkan dengan angka melebihi satu ribu saban hari, kena pandai-pandailah hiburkan dan sejukkan hati. Hendak buat macam mana, kan? Saya rasa by this time, kita kena terima hakikat yang semua 'norma baharu' - pakai pelitup muka, pakai sanitizer, scan suhu, scan My Sejahtera, jaga jarak, kerja dari rumah, sudah menjadi sebahagian daripada aspek kehidupan biasa. Jangan asyik in denial anggap benda ni sekejap je ... sementara je ....

Maklumlah, kita dah berdepan dengan ancaman wabak ini dah nak dekat setahun! Mustahil masih tak boleh nak adapt. Saya sedikit kecewa dengan sikap segelintir manusia yang masih ambil mudah perkara-perkara ini. Masih tidak pakai mask apabila keluar ke tempat awam. Masih bawa satu keluarga, anak kecil, warga tua berduyun-duyun pergi makan di luar. Masih hendak berhimpit-himpit di tempat sesak. Kesedaran tu kurang. Frustrating, kan?

Apa pun, tolonglah jaga diri baik-baik ya. Moga Allah terus lindungi kita semua.


Apa perancangan kalian Disember ini? December is going to be a busy month for me. Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum melangkah ke 2021. Tak boleh relaks sangat dah. Dah puas berpoya-poya dua tiga bulan ni, Disember kena kerja hahaha.

Aktif semula di Carousell

Inilah antara kesibukan saya bulan ini. Dua tiga bulan belakangan ini, saya memang tangguhkan semua transaksi saya di Carousell sebab saya malas hendak keluar ke pejabat pos atau kurier. Hanya satu atau dua transaksi sahaja itu pun sebab betul-betul penting.


Disember ini 'kedai maya' saya akan mula beroperasi semula. Terima kasih kepada rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan yang sudi menunggu dan faham situasi saya. Jangan risau, saya tahu kalian tak sabar cari handamade embellishments untuk hias jurnal, diari dan planner. Tengok gambar di bawah tu. Ada ... ada .... Nanti dah siap packing ikut tema saya upload di Carousell. Yang dah booking awal-awal, saya akan hubungi apabila barang dah siap. 


Semoga hari-hari Disember bakal berlalu dengan indah dan menyenangkan buat kalian semua. Enjoy  and cherish every moments of your December!

18 ulasan:

  1. Semoga hari-hari Disember bakal berlalu dengan indah dan menyenangkan kita

    BalasPadam
  2. Selamat buka kedai dalam talian.
    Kentang perniagaan.

    BalasPadam
  3. kakmim x penah lg pakai carausell... nnt kalo free share lah ye apa yg best berbanding shopee n lazada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Carousell ni banyak orang jual barang preloved, Kakmim. Tapi barang baru pun ada gak.

      Padam
  4. Alahai so cute 😍
    Ada yg sesuai tak utk bagi teachers for farewell? Lagi 3 minggu sekolah nak habis, akk pening kepala fikir hadiah utk cikgu-cikgu anak akk yg darjah 6 tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaflah, Puan Hazel. Yang saya sediakan ni lebih kepada hiasan dan aksesori utk jurnal. Saya saran Puan Hazel boleh cuba buat diy mudah macam penanda buku bermagnet atau klip kertas berhias. Ada tutorialnya di tab ‘Bilik Kraf’.

      Padam
  5. Hadapi setiap hari yang datang dengan penuh rasa ceria dan syukur. In shaa Allah segalanya akan baik-baik saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, Kak Mie. Moga kita semua sentiasa ceria dan mensyukuri tiap nikmat kurniaannya.

      Padam
  6. semoga akak terus berkarya.. jual brg2 comel

    BalasPadam
  7. Tanpa sedar kita dah di penghujung tahun. saya pun dah siap sedia planner untuk tahun depan. Norma baharu dah jadi normal sekarang. Selagi kita boleh jaga SOP inshaAllah semuanya akan baik baik je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, akak dah tengok Planner 2021 Fizah. Cantik giler!

      Padam
  8. kejapnyaaa masa berlalu.. tau2 da nak habis tahun..
    mana 2020 menghilang ? huwaaaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahun ni kita macam bulan satu, bulan dua, bulan-bulan Covid, eh dah bulan dua belas? 😅

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.