Isnin, Disember 14, 2020

Kad Tahniah untuk Orang Kahwin Bahagian 2

Dalam entri sebelum ini (Kad Tahniah untuk Orang Kahwin Bahagian 1), saya telah tunjukkan beberapa kad ucapan tahniah yang saya buat untuk mempelai yang diraikan. Ada yang berbentuk kotak (explosion box); ada yang bertema damask, hitam putih, reben-reben ... flamingo in love pun ada. Kad-kad berkenaan, jika hendak dibuat sendiri memang kena ada material dan peralatan asas untuk kraf kertas seperti border punch, adhesive diamentes, fonts stickers, reben dan macam-macam lagi. 

Untuk bahagian 2 ini, saya ingin kongsikan dua contoh kad tahniah yang boleh dihasilkan sendiri hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang minimal. Jadi, sekiranya kalian hendak buat kad DIY, lebih mudah dan praktik kerana tidak perlu membazir beli bahan-bahan tambahan semata-mata untuk hasilkan sekeping kad.


#1

Kad yang pertama ini saya siapkan tidak sampai lima minit. Dua benda penting yang diperlukan ialah kertas keras/kad untuk dijadikan base kad kita dan kertas bercorak. Saya pilih kertas corak berbunga merah jambu dengan latar biru dan potong menjadi bentuk hati. Kemudian, tampal pada bahagian hadapan kad.

Kebetulan saya ada frasa 'let love light the way', lebihan daripada projek-projek terdahulu.  Kalian boleh cetak sentimen sendiri yang ingin diletakkan di hadapan kad atau tulis cantik-cantik. Saya tampalkan di atas kertas putih untuk buat bingkai kecil dan lekat pada bahagian bawah love menggunakan foam tape (double-sided tape yang jenis tebal sikit tu) untuk dapatkan efek timbul. Walaupun kad yang dibuat simple, biarlah tetap nampak ada kelasss. 

Akhir sekali, saya sudahkan dengan rub-on stickers 'Congrats'. Ini juga boleh kalian cetak atau tulis menggunakan tulisan berangkai. Siap!


#2

Kad nombor dua ini lagilah mudah. Saya hanya menggunakan journaling card. Bagi yang suka tulis jurnal atau buat scrapbook, tentu kalian biasa dengan journaling cards ini. Bagi yang tidak tahu, kad-kad jurnal begini boleh didapati di pasaran (Mr. DIY pun ada tetapi bergantung pada ketersediaan stok kedai). Didatangkan dalam pelbagai tema, corak dan warna jadi sangat sesuai digunakan untuk hias jurnal atau spread scrapbook

Saya memang suka guna kad-kad jurnal sebegini untuk card making. Lagi-lagi jika ada quotes yang menarik.

Tiada kad jurnal? Tiada masalah. Pinterest kan ada. Carilah mana-mana gambar yang dirasakan sesuai. Cetak ikut saiz yang diingini. Kemudian, pilih kad dari tona warna yang sesuai, tampal dan siap!


Untuk kad 'TOGETHER' ini bahagian luarnya memang saya tidak tambah apa-apa lagi. Less is more. Di bahagian dalam baru saya letakkan sentimen dan kata-kata tahniah.

Mudah sahaja, bukan? Selamat berkraf!

11 ulasan:

  1. Saya suka shopping sticker & notebook yg comel di mr diy & eco... sbb anak yg suka buat scrapt book... mak bg support jer.. kalau tunjuk kt dia cara farah ni mst dia suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, anak Kakmim suka buat scrapbook! Boleh geng dengan saya ni 😊

      Padam
  2. Balasan
    1. Yang simple-simple ni kadang-kadang lagi sweet kan....

      Padam
  3. Haah ini lagi senang hendak buat.

    BalasPadam
  4. Cantiknya. Memang kreatif kak Farrah. Betul, boleh jimat bila DIY kad ucapan ni. Then boleh buat ikut kreativiti kita sendiri.

    BalasPadam
  5. simple dan cantik.. ada sentimental value utk penerima

    BalasPadam
  6. mmg cantikkkkk...kalu sy buat entah jd kad ke jd benda lain hahaha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.