Rabu, Disember 09, 2020

Resepi Berasaskan Pasta Bahagian 1

Assalamu'alaikum. Salam sejahtera.

Selamat hari Rabu! Saya masih ber-PKPB. Siapa yang sama seperti saya? Apa pun, semoga kita semua terus tenang, terus kuat dan tidak leka untuk jaga diri dan keluarga masing-masing.

Hari ini saya luangkan lebih masa kemas blog. Update entri baharu, gali-gali entri lama, blasa komen dan blogwalking perlahan-lahan. Sudah alang-alang meluangkan masa di tower ini, saya buat entri kompilasi resepilah ye. Resepi-resepi pasta dalam Bahagian 1 ini kebanyakannya merupakan entri-entri awal saya ketika mula aktif berbloging.

Baiklah, di bawah ada beberapa resepi berasaskan pasta yang pernah diterbitkan di blog ini. Jom intai-intai. Mana tahu kalian bisa peroleh inspirasi.


Penne Bakar Berempah

Penne Bakar Berempah

Asalnya hidangan ini ialah Makaroni Bakar Berempah. Satu-satunya hidangan pasta yang Cekebon suka. Cekebon tekak orang Minang. Manalah masuk pasta-pasta ini semua dengan seleranya. Tetapi, Makaroni Bakar Berempah is an exception. Masa Cekebon requested hendak makan makaroni bakar, stok pasta yang ada di rumah hanya penne. Makanya, jadilah Penne Bakar Berempah. Resepi ni kira balance. Not too cheesy and not too spicyJust nice untuk orang yang tekak macam Cekebon. Pada masa yang sama penggemar pasta dan keju tetap boleh enjoy this dish :) Resepi? Klik sini.

Makaroni Goreng Mudah

Too complicated? Boleh cuba Makaroni Goreng Mudah. Semudah namanya. Cara penyediaan dan ramuan memasak boleh ikut cita rasa masing-masing. Guna bahan apa yang ada di dalam dapur kalian. Pada dasarnya, pilihlah mana-mana resepi mi atau nasi goreng kegemaran kalian. Tukarkan dengan pasta. Boleh intai resepi cara saya  di sini.

My version of Makaroni Goreng Mudah.

Makaroni Marmite

Inginkan kelainan? Pada masa yang sama mahu dish simple yang cepat dimasak? Cuba Makaroni Marmite. Dengan syarat, dua bahan utamanya kena ada di rumahlah. M&M. Mentega & Marmite. Ini antara comfort food saya. Lazimnya, di rumah saya memang akan ada Marmite untuk dimakan dengan bubur. Mentega pun penting tau. Kalau nak hasil yang super-duper yummy, jangan substitute mentega dengan marjerin atau minyak sayuran. But if you opt for a healthier version, use a good quality of olive oil.


Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino

Selain itu, boleh cuba Resepi 'Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino'. Pedas-pedas sedikit, rasa bawang putih lebih sikit. Dah nama pun Spageti Minyak, Bawang Putih & Cili. Hidangan ini lebih lazat kalau kita guna makanan laut sebagai rencahnya. Ini kegemaran Bott.

Resepi 'Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino'

Jangan lupa cuba teknik mudah untuk merebus pasta ni. Tidak perlu guna air banyak-banyak dan jimat masa!

Enjoy The Rest of The Weekend!

16 ulasan:

  1. Unik guna Marmite untuk perencah pasta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tau, NA. Nanti ada kesempatan boleh cuba.

      Padam
  2. Alahai...fav SA tu kalau aglio olio seafood...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau aglio olio seafood memang sukar nak kata tidak, kan SA :)

      Padam
  3. Kebetulan pula, akk masak pasta for dinner tonight :) Macaroni goreng to be exact

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita geng! Sep sikit. Macaroni goreng ... yumms!

      Padam
  4. Lama tak dengar marmite.
    Terima kasih kongsi teknik mudah merebus pasta.

    BalasPadam
  5. marmite yeast tu ke ??? ini sangat-sangat rareeeee..
    jadi bahan masakan ya.. hehe..

    BalasPadam
  6. Spagetti oglio olio paling best. Masak basah-basah sikit.

    BalasPadam
  7. Macaroni Marmite tu nampak macam unik dan menarik untuk dicuba..

    BalasPadam
  8. Saya! Masih mood PKPB. Macaroni goreng tu biasa buat. Penne Bakar Berempah dan Makaroni Marmite tak pernah cuba lagi. So sedap semuanya

    BalasPadam
  9. makaroni atau pasta goreng paling mudah nk masak.. campak2 dh siap. hehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.