Sabtu, Februari 27, 2021

Gift Ideas - Pek Teh Individu

Ini gambar lama. Projek tahun lepas sebenarnya. Saya sediakan goodies untuk satu majlis kecil. Ada coklat, biskut, kek potong dan teh uncang. Lengkaplah satu set buat sesi fika atau minum petang. 

Semasa sediakan goodies ni, saya tengok teh uncang macam togel je. Item lain ada pembungkusan sweet-sweet, teh uncang pula yang tinggal terkontang-kanting seolah-olah tak belong hahahah. Jadi, saya pun carilah video di Youtube untuk idea pembungkusan pek teh. Kita buat tea bag holder

Sebelum ini pernah lihat di Pinterest, orang selalu kongsi buat pek individu untuk teh, kopi dan air coklat. Single pack begini sesuai diberi pada kenalan, rakan pejabat sebagai hadiah kecil dan tanda ingatan sempena keraian tertentu.

Setelah jumpa video yang berkenan di hati ... sesudah lipat-lipat, potong-potong dan tampal ... inilah hasilnya!

Tea bag favours. Kertas bercorak dilipat untuk hasilkan dua poket. Jadi, boleh letak dua teh uncang sekali gus (depan dan belakang). Saya hias sedikit bahagian depan pek ini supaya lebih berseri dan kemasan terakhir, ikat pek dengan reben.



Set goodies yang sudah siap. Barulah aman damai harmoni macam satu keluarga. Teh uncang dah ada geng. Tinggal masuk dalam beg kertas je. 

Sekarang ni saya tidak sempat hendak buat sebarang tutorial dek kerana kekangan masa. Jadi, tak dapatlah hendak kongsi cara buat tea bag holder ni. Kalau ada yang berminat nak buat, cari video yang sesuai di Youtube ya. Guna kata kunci seperti tea bag envelope, tea bag holders atau tea bag favours.



28 ulasan:

  1. Memang perlukan ketekunan buat pembungkusan untuk teh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe yang penting ukuran dan waktu lipat-lipat tu... the rest tak susah sangat 😊

      Padam
  2. this is good la... thanks sharing idea :)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Memang best. Seronok sikit bila waktu keraian tu.

      Padam
  4. Comelnya. so kreatif kak cari idea untuk tambah seri :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa tak kena sebab nampak kosong je... kasi makeup sikit pek2 teh tu 😊

      Padam
  5. menarik ni.. idea akak semakin berkembang la tak pernah lg jumpa org bt mcm ni kecuali minah saleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kali ni akak minah tak saleh cuba buat 😊

      Padam
  6. wahh nice..menarikkk..kreatif laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kreatif betul orang yang terfikir nak buat tea favour ni, kan...

      Padam
  7. menarik juga ni..boleh pelbagaikan..tq sharing :)

    BalasPadam
  8. santiknyaaaa kaler mengahhhhh😊

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.