Rabu, Mac 10, 2021

Tempahan Kad daripada Sha Mohamed

Assalamualaikum.

Hari ini kita bersiaran dari bilik kraf. Saya ingin kongsikan rupa paras kad hari lahir bertema burung flamingo yang ditempah oleh rakan blogger, Sha Mohamed.

Kad dengan tona merah jambu ini merupakan antara tempahan kad yang saya seronok siapkan. Salah satu sebabnya, saya memang suka flamingo. Warnanya, positive attitude yang selalu dikaitkan dengan flamingo ... bagi saya memang comellah burung berleher jinjang ini. 

Kemudian, Sha hubungi saya untuk tempah kad hari lahir agak awal, dalam pertengahan Februari sedangkan kad hendak diberikan kepada puteri bongsunya, Nur Imani pada awal Mac. Saya ada banyak masa untuk siapkan. Tidak perlu tergesa-gesa. 

So, both of us took our own sweet time untuk hasilkan kad yang diingini. Mula-mula pilih kertas dan kad. Esoknya tentukan layout, hari lain pilih hiasan sampailah ke proses akhir untuk Sha finalize design.

Antara proses awal. Comel kan burung flamingo tu ...

Inilah bahagian hadapan kad yang sudah siap. Kad ini dipanggil bridge card. Saya pernah tulis  mengenainya di sini. Disebabkan elemen bridge itulah kad ini boleh ditegakkan begini. Pada asalnya, saya hendak letak dua ekor flamingo. Tetapi, disebabkan kad dalam bentuk menegak, tak cukup ruang pula untuk letak nama. Makanya, cuma seekor flamingo buat appearance solo. 



Bahagian belakang kad. Seekor lagi flamingo sebagai penyeri. Memandangkan bahagian hadapan ruang agak terhad untuk menulis, ada panel tambahan di belakang. Bolehlah tulis ucapan hari lahir di panel ini.



Sedia untuk dipos. Sampul surat pun ada sentuhan flamingo. Biar matching dengan kad.



Terima kasih banyak-banyak kerana sudi tempah kad ucapan dengan akak, Sha. I really enjoyed the whole process. Sha tak cerewet, Sha tak berkira. Harap Sha berpuas hati. Mohon halalkan andai ada apa yang kurang sepanjang kita berurusan ya.






23 ulasan:

  1. Cantik sangat! Warnanya menarik betul.

    BalasPadam
  2. Waaah! Vibrant sungguh warnanya. Menarik. Selamat hari lahir untuk Nur Imani tuan punya badan. Nanti saya pun nak tempah kad dengan Farrah lagi. Menjelang suku2 tahun ni makin banyak sambutan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan silakan. Aiedah tahu nak hubungi saya di mana hihihi

      Padam
  3. Balasan
    1. Flamingo tu yang cantik, akak biasa-biasa je ahaks. Thanks, Nad :)

      Padam
  4. this is so cutee!! flaminggggooo

    BalasPadam
  5. patut laa imani teruja membelek kad ni ;-)

    BalasPadam
  6. Cantikkk akak. Ingat nk bt utk sil bongsu bln 7 ni sempena masuk umur 20 thn 😂😂 tp dia peminat unicorn. Boleh bt tak

    BalasPadam
  7. TQ juga dekat akak sudi amik tempahan Sha.. Memang cute, positif vibes dan sweet sangat bila dapat kad tu dekat tangan.. Sha pun sama kak.. Semoga halal dunia akhirat ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-samalah kita. Salam peluk cium untuk anakanda berdua tu ye.

      Padam
  8. Baca hari tu di blog Sha. Kad yang sweet untuk puterinya yang comel. Generasi baru agak2 pelik tak dengan budaya bagi kad ni? Hehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.