Jumaat, April 23, 2021

Terus - Simfoni feat. Ezad Lazim

Sudah dengar lagu terbaharu kumpulan Simfoni? Sebelum ini, lagu kumpulan Simfoni yang saya suka dengar ialah Talbiah yang dikeluarkan penghujung Julai tahun lalu. Lembut mendayu je menerjah indera dengar. Penyertaan mereka dalam Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI 2020) bersama Afad melalui lagu Rahsia Dari Langit pun best! Apabila tengok ada kolaborasi terbaharu Simfoni dengan Ezad Lazim, terus saya klik pautannya. Bertambah berminat untuk dengar lagu ini memandangkan lirik Terus ditulis oleh Ito Lara.

Apa yang cuba disampaikan melalui Terus sangat dekat dengan situasi semasa yang kita alami sekarang ini. Dengan pandemik yang melanda, banyak pihak yang terkesan. Ada yang hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan dan tidak dinafikan ramai yang kehidupan mereka berubah dan terpaksa bermula dari titik kosong demi meneruskan kelangsungan hidup. Perit mana pun, kita kena terus kuat tempuh kehidupan.

Antara bait lirik yang menjentik perasaan saya ialah:


Andai kepenatan kuasai diri

berehatlah tetapi bukan berhenti.


Satu lagi bahagian ini:


Biar tak mengubah dunia

Jangan berubah kerana dunia.


Dalam maknanya, kan? Okey, bagi yang ingin mendengar lagu ini, rajin-rajinkan tangan tu untuk cari video muzik Simfoni di saluran Inteam Digital.

Lirik Lagu Terus - Simfoni feat. Ezad Lazim

Lagu : Fadzli Bakar | Lirik : ITO Lara


(Ezad) Kesilapan seringkali terjadi Rintangan perlulah dihadapi Terus melangkah gapai mimpi indah Pedulikan segala caci jua persepsi (Ifham) Kekurangan jangan jadikan alasan Pamirkan senyuman penuh kesan Andai kepenatan kuasai diri Berehatlah tetapi bukan berhenti (Ezad) Takdir telah ditentukan Kehidupan harus diteruskan Walau berat teruskanlah kau berjalan (Hazran) Biar tak mengubah dunia Jangan berubah kerana dunia gambarannnya mempersona... sementara keasyikan hanyalah sementara (Ezad) Kejayaan dan kegagalan saling melengkapi Keyakinan ditutup jangan dengan kebimbangan (Ifham) Usah berkecil hati kerna kelemahan Bangkit semula terus melawan keraguan (Ifham) Takdir telah ditentukan Kehidupan harus diteruskan Walau berat teruskanlah kau berjalan (Imtiaz) Biar tak mengubah dunia Jangan berubah kerana dunia gambarannnya mempersona... sementara (Ezad) Takdir telah ditentukan Kehidupan harus diteruskan Walau berat teruskanlah kau berjalan


Selamat mendengar! Ingat, andai kepenatan kuasai diri ... berehatlah tetapi bukan berhenti.



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan mendapatkan lagu, nada dering atau 'caller ringtone'  di platform digital yang sah agar mereka dapat terus berkarya.

8 ulasan:

  1. ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ

    BalasPadam
  2. suka part hazran nyanyi...sedap giler๐Ÿ’•

    BalasPadam
  3. sangat menarik didengar lagu ini.

    BalasPadam
  4. Tak pernah dengar lagi. Tak keluar di sinar fm agaknya. I is oldies, suka dengar radio jer

    BalasPadam
  5. Lirik pun dh menarik.. nanti nk dengar lah

    BalasPadam
  6. Tak pernah dengar tapi liriknya menarik.. Penuh makna

    BalasPadam
  7. Lirik yang menusuk ke hati.. mendalam sangat maksudnya..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.