Rabu, Mei 05, 2021

Kejutan Ramadan Syawal Sha Mohamed

Assalamualaikum w.b.t.

Petang semalam angin saya memang tak baik. Tengah sibuk hendak siapkan kerja, masa tulah komputer buat hal. Saya pun rehat sekejap, cuba nak blogwalking guna phone. Dua tiga hari belakangan ini, in fact dah nak dekat seminggu dah … saya sukar nak tinggal komen di blog rakan-rakan kalau guna phone. Penat-penat taip tak lepas pun. Keluar error page. Biasanya kalau clear cache akan okey balik tapi kali ni tak! Adalah yang tak kena kat mana-mana tu. 

Malas nak fikir banyak, saya sibukkan diri di bilik kraf sambil layan lagu raya. Tengah-tengah tekun pegang brush pen sambil mencemarkan alam sekitar dengan suara saya 🤣, ada notifikasi Whatsapp masuk. Nombor tak dikenali bagi salam. Saya sambung kerja dulu sambil kerling-kerling skrin dan nampak ‘Happy Reading’. Happy Reading

Apabila buka Whatsapp dan baca betul-betul terus senyum teruja seorang diri. Nak tahu kenapa? Kita dapat kiriman hadiah Ramadan dan Syawal lah. 😊🥰


Jika tadi keadaan saya dah separa murung, muka muram mengalahkan langit mendung, tiba-tiba terus rasa macam dunia saya indah bercahaya! Chewahhh! Kita dapat buku baru! Kalian tentu kenal siapa ‘adik blogger Kasihku Amani’ ini. Betul! Tak lain tak bukan, Dinda Sha Mohamed.

Terkejut, terharu, gembira, teruja … semua perasaan jadi berbaur. Kebetulan, saya memang sudah lama tidak berpeluang membaca karya baharu. Terus muat turun dan simpan cepat-cepat.

EVASIF

Tak sabar nak mula baca. Empat penulis dengan empat karya berbeza berkolaborasi membentuk EVASIF.


Terima kasih banyak-banyak, Sha.

Terima kasih banyak-banyak, Sha. Terima kasih untuk naskhah e-book ini, terima kasih untuk ingatan. 😘 Gembira tak terkata akak menerimanya. Bolehlah nanti baca buku ni untuk lengkapkan book challenge

Semoga Allah sentiasa meluaskan ruang rezeki buat Sha dan keluarga, merahmati kalian dengan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kebahagiaan berpanjangan. Buku-buku yang Sha beri selama ini pun semua akak sayang dan jadikan koleksi peribadi.


Bagi yang masih belum mengenali Sha, ringankan langkah berkunjung ke Blog Kasihku Amani sekarang. Buat yang dah kenal dan dah follow, jomlah ngabuburit ke sana!


*ngabuburit (Indo)  - aktiviti santai yang dilakukan sementara menunggu azan Maghrib (waktu berbuka puasa). 😁



22 ulasan:

  1. Saya belum pernah baca e-book.
    Apapun bagus juga dapat e-book sebagai hadiah Ramadan/Syawal.
    Faham kalau mood tidak elok macam rasa suram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suram bila mood tak elok ni lebih teruk berbanding suasana hari yang suram 😊

      NA belum pernah baca e-book ya… nanti kalau rasa nak beralih selera dari buku tangible ke buku digital, beritahu saya 😊

      Padam
  2. Alhamdulillah.. Selamat membaca Kak Farah.. 😘😘

    BalasPadam
  3. Samaaa lah kak farrah, kita kemain komen pakai telefon, sekali check tak ada punnn! Sedihhh! Hahaha. Wahhhh best tuuuu dapat ebook! Selamat membaca! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa Atiqah pun experienced masalah yang sama ue. Hangin kan… dah komen banyak2 tak muncul! Sekarang ni nak blogwalking kena pakai laptop dulu.

      Alhamdulillah, memang best dapat ebook. Thanks for the wish 😊

      Padam
    2. Sama kak farrah. Sebab tu saya nak komen, terus bukak laptop. Tak nak dah buat kerja sia sia :') Penat je kita komen, sekali tak adoooo. Eiii geram betul hahahaha.

      Padam
  4. tahniah kak farah. selamat membaca :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Tiara. Ni tengah cari masa nak start baca.

      Padam
  5. Selamat membaca.. ������

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Hahaha tak adalah. Yang jaga akak masa kecil dulu orang jawa. Then kebetulan ramai kawan belah sana 😂 tiba-tiba ‘terkacuk’ budaya

      Padam
  7. Tahniah kak Farah rezeki Ramadan hihihi

    BalasPadam
  8. waaahhhh rezeki dapat e-book ni hehe

    BalasPadam
  9. Wah,seronoknya kak.selamat mmbaca kak 😁

    BalasPadam
  10. pandai sha buat kezutan ya... dah habis baca ke? share laa sikit ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.