Selasa, Mei 11, 2021

Si Merah Jambu - Hiasan Jurnal dan Planner

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Kali ini entri tentang hiasan jurnal dan planner yang saya buat. Tengah sort kertas dan kad lebihan projek dulu-dulu, berkenan pula tengok baki kertas merah jambu yang ada.  Pink pekat ada, pink cair ada, design checkered ada, pattern belang-belang pun ada … Siapa penggemar warna merah jambu? Cuba angkat tangan sikit!

Mulalah laju otak saya berfikir, seandainya saya padan-padankan kertas yang ada, boleh buat satu atau dua set hiasan dengan tema merah jambu ni. 🤔

Berkampung sebentar di bilik kraf. Seperti biasa, potong-potong, tampal-tampal dan di bawah inilah hasilnya. Dengan baki-baki kertas yang saya ada, saya berjaya hasilkan dua set hiasan (embellishments) yang berbeza. 


Set 1


Set pertama ini saya dapat buat dua pek sahaja. Satu hendak diberikan kepada seorang teman yang suka hias jurnal manakala satu lagi akan masuk listing Carousell. Saya tidak gemar merah jambu, jadi kita let go set ini hehehe. Hanya guna bahan-bahan yang simple - die-cuts, adhesive diamentes and stickers, tak ada yang fancy sangat.

Set 2

Set kedua ni dapat buat tiga pek. Masuk rama-rama seekor dua. Ada awan pink yang sweet. Ala ala konsep I believe I can fly gitu! Sesuailah untuk tepek dalam jurnal atau planner agar semangat jalani hari.

Gembira saya dapat guna baki kertas merah jambu saya sebaiknya. Sekarang memang dalam usaha mengurangkan koleksi lebihan kertas-kertas projek terdahulu. Hendak buang begitu sahaja, sayang. Yelah, kadang-kadang untuk buat kad atau hias scrapbook saya cuma guna sebahagian kecil daripada kertas. Selebihnya simpan dalam kotak khas.  

Masalahnya, selalu bila nak start projek baharu, saya lupa hendak lihat apa yang ada dalam kotak saya. Main ambil fresh new sheet of paper, tak habis guna masuk kotak. Maka, dari hari ke hari, makin bertambah membukit kotak berisi lebihan kertas saya. Dan saya rasa ini salah satu cara yang baik untuk saya guna kertas-kertas saya tu.

Ada siapa-siapa yang warna baju rayanya merah jambu tahun ini? 😊

18 ulasan:

  1. Comel dan tenang mata memandang hiasan merah jambu.
    Takde baju raya baru tahun ini.
    Saya peminat hijau atau biru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, Na. Saya pun peminat hijau dan biru.

      Padam
  2. Tahunni bj raya kita hitam putih wak... Adoiii x meriah su gguh😅😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti meriah punya, Kak Ret. Kalau orang tanya, cakap tema cik puan loya (lawyer) atau happy zebra :)

      Padam
  3. Warna merah jambu ni sesuai untuk wanita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dikatakan aura merah jambu elok untuk mood wanita :)

      Padam
  4. My favourite colour ni. Sweet warna pink. Cantik hasilnya kak farrah. love your ideas :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, dik. Okey, dah tahu warna favourite Fiza apa. :D

      Padam
  5. Wah,comel nya kak. Pink pink gittuw

    BalasPadam
  6. Sayaaaa! Baju raya warna pink sebab pakai baju konvo kakak, kakak memang peminat no 1 warna pink. Jadi nak tak nak terpaksa lah pakai baju raya warna pink >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti manis Atiqah raya ni berbusana pink. Akak tak boleh pakai pink, lantun hahahah

      Padam
  7. Comelnya set merah jambu.. nak tempah satulah next month.. hehehe..

    BalasPadam
  8. jgn beritahu blogger fiza nnt dia tersuka hahahah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.