Memaparkan catatan dengan label DIY Mudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIY Mudah. Papar semua catatan

Khamis, Februari 15, 2024

Buat Kerongsang Resin untuk Free Market

Assalamualaikum. Selamat Hari Khamis. Sekejap betul masa berlalu sekarang ini. Tahu-tahu, dah nak dekat hujung minggu semula.

Hari ini saya hendak cerita tentang kerongsang mini yang saya buat untuk acara free market sebuah sekolah hujung tahun lepas. Adik ipar saya dan keluarganya antara yang terlibat dengan aktiviti ini. Jadi, saya pun ‘sibuk’ sama menyelit nak sediakan sesuatu untuk meriahkan suasana. 😂

Puas juga fikir mahu beri apa. Pelajar-pelajarnya semua perempuan. Fikir punya fikir punya fikir… saya putuskan untuk buat kerongsang resin. Kerongsang mini atau yang biasa orang panggil baby brooch tu.


Kerongsang DIY saya 😊

Sabtu, September 04, 2021

Projek DIY Pagi Sabtu

Assalamualaikum. Selamat hari Sabtu!
Selamat berhujung minggu.

Hari ini seawal pagi saya dah lengkapkan rutin senaman. Selesai semua terus masuk bilik kraf. Sekarang bersiaran dari bilik kraf. Rasanya dalam setengah hari juga akan berada di sini.

Sudak agak lama saya enggan terima sebarang tempahan kraf baik kad ucapan, scrap book atau hiasan untuk jurnal atau planner. Saja nak berehat konon-kononnya. Tetapi, apabila dah lama tak buat projek kraf dan DIY, terasa macam ada yang kosong… ada yang tak kena hahahah.

Jadi, saya mulalah ambil beberapa tempahan. Sebelum mula siapkan pesanan orang, panaskan enjin dengan buat projek DIY saya terlebih dahulu. 

Dah nak mula kerja 😊

Rabu, Mac 10, 2021

DIY Mudah - Homemade Febreze

Jom buat homemade Febreze. Sangat mudah! Tetapi, awal-awal saya nak beritahu, homemade Febreze ni tidak sama komposisinya dengan Febreze asli di pasaran. Kalau bab nak mewangikan, hilangkan bau hapak pada fabrik seperti langsir, tilam dan sofa memang berkesan. Cuma kalau nak mengharapkan ada sifat anti bacterial yang boleh kill the germs tu tidaklah :)

OK, apa yang kita perlukan?


  • 1 botol kosong Febreze (Kalau tak ada, gunakan saja mana-mana botol semburan yang ada)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 2 sudu teh Downy Fabric Softener (Saya gunakan 'Sunrise Fresh', stok yang ada di rumah. Kalau nak lebih wangi, guna Downy yang bau macam perfume tu ye..)
  • 320 ml air suam

Cara-cara:
  1. Masukkan Downy ke dalam botol Febreze. Diikuti dengan air suam.
  2. Setelah itu masukkan baking soda. Tutup botol dan kocak kuat-kuat selama beberapa minit hingga semuanya sebati.
  3. Cuba semburkan pada permukaan fabrik. Tengok sama ada tinggalkan sebarang kesan capuk ataupun tidak. Kalau tidak, maknanya menjadilah tu! Hasil semburan perlulah sedang-sedang aja. Tidak terlalu berair dan tidak terlalu sticky.

Siap! Dah boleh sebarkan harumannya ke segenap ruang rumah. Tetapi, hati-hati! Jangan sembur pada fabrik atau perabot anda yang mahal. Tak mahulah Febreze buatan sendiri ni tak pasal-pasal merosakkan belongings berharga kita pula. Selamat Mencuba!


Psst! Minggu ni saya tak sempat blogwalking. Ada banyak urusan di luar. Jumpa nanti ye bila saya dapat curi-curi masa.


Sabtu, Februari 27, 2021

Gift Ideas - Pek Teh Individu

Ini gambar lama. Projek tahun lepas sebenarnya. Saya sediakan goodies untuk satu majlis kecil. Ada coklat, biskut, kek potong dan teh uncang. Lengkaplah satu set buat sesi fika atau minum petang. 

Semasa sediakan goodies ni, saya tengok teh uncang macam togel je. Item lain ada pembungkusan sweet-sweet, teh uncang pula yang tinggal terkontang-kanting seolah-olah tak belong hahahah. Jadi, saya pun carilah video di Youtube untuk idea pembungkusan pek teh. Kita buat tea bag holder

Sebelum ini pernah lihat di Pinterest, orang selalu kongsi buat pek individu untuk teh, kopi dan air coklat. Single pack begini sesuai diberi pada kenalan, rakan pejabat sebagai hadiah kecil dan tanda ingatan sempena keraian tertentu.

Setelah jumpa video yang berkenan di hati ... sesudah lipat-lipat, potong-potong dan tampal ... inilah hasilnya!

Khamis, Januari 21, 2021

Beli Kertas Pelekat untuk Projek Kraf

Assalamu'alaikum. Salam sejahtera.

Baru-baru ini saya beli kertas pelekat di Lazada. Bersaiz A4, kemasan matte (bukan jenis kilat yang mirrorcote or glossy tu), ditawarkan dalam tiga variasi - putih, coklat cair dan kertas kraf. Disebabkan penyakit saya yang memang tidak boleh nampak kertas cantik dan apa jua yang seangkatan dengannya, saya beli tiga-tiga sekali.

Hendak buat apa dengan kertas pelekat ini? Saya nak buat DIY stickers. Belakangan ini, apabila ada masa terluang saya memang super duper rajin buat hiasan kraf (crafts embellishments). Nanti bolehlah saya gunakan untuk hias jurnal dan planner saya.

Untuk 10 keping kertas pelekat bersaiz A4 dengan harga RM2.60, bagi saya amat berbaloi. Malah, lebih murah jika dibandingkan dengan kertas pelekat yang lebih kurang sama, yang saya pernah beli di POPULAR dahulu (di bawah range produk alat tulis keluaran POPULAR sendiri).

Isnin, Disember 28, 2020

Gift Ideas - Memo Board Frames

Assalamu'alaikum,

Hari ini saya nak kongsi gift ideas menggunakan bingkai gambar. Bingkai gambar sebegini, yang ada banyak bingkai yang dicantum sekali, boleh didapati di Ikea dan Mr. DIY. Harga agak berpatutan bergantung kepada jenis dan design. Tidak silap saya, Bott beli bingkai ini bawah RM30.00 di Ikea.



Buat apa dengan bingkai gambar ini? OK, bingkai gambar di atas sebenarnya bukan saya yang buat. Ini hasil kerja tangan Bott. Bersungguh-sungguh dia menyelongkar barang-barang saya dalam bilik kraf untuk siapkan benda ni. Dia nak hadiahkan kepada seseorang sebagai hadiah hari lahir. Jadi, dia beli bingkai, hias dengan Japanese theme untuk dijadikan sebagai memo board. Kiranya ini hadiah 2-in-1. Birthday card a.k.a birthday frame dan memo board sekali untuk tulis peringatan, to do list atau to buy list. Oh, jika nak tengok DIY Birthday Frame - Bingkai Hari Lahir, klik di sini.

Selasa, Oktober 13, 2020

Penanda Buku Bermagnet Lagi....

Ini salah satu aktiviti kegemaran saya apabila saya tidak ada angin nak berbuat apa-apa. Masuk bilik kraf, cari sticker cantik-cantik, ambil magnet sheet dan kad atau kertas keras, buat penanda buku bermagnet.

Saya memang suka penanda buku bermagnet. Selain, dapat tandakan halaman pada buku yang kita baca, saya juga guna untuk tanda halaman-halaman penting pada journal dan planner saya. Kira macam hiasan dan aksesori journal-lah. Boleh pilih-pilih ikut tema layout/spread page. Makanya, bertambah berseri-serilah halaman jurnal kita nanti. Dapat juga beri pada kawan-kawan yang punya minat sama barang sekeping dua. 



Ahad, September 27, 2020

Buat Buku Nota Mini

Ini projek spontan selepas saya mengemas bilik kraf. Seperti biasa, saya akan jumpa banyak kertas. Disebabkan kebanyakan kertas-kertas ini telah digunakan sama ada sebahagian atau separuh, saya malas nak sort ke dalam fail-fail. Apa saya buat? Saya buat buku nota mini.

Ini bahan-bahan yang diperlukan:


Kertas bercorak atau kertas warna sebagai kulit (cover), kertas putih/kosong untuk bahagian dalam, pisau atau paper cutter, stapler, corner rounder dan seketul getah pemadam.

Mula-mula, potong kertas dan pastikan saiz setiap helaian sama. Seterusnya, lipat kertas-kertas putih kepada dua bahagian untuk buat bahagian dalam buku. Kemudian, letaklah kertas bercorak sebagai kulit di bahagian luar. Berapa banyak kertas nak guna bergantung kepada ketebalan yang kalian inginkan. 

Setelah itu, proses binding buku. Saya tidak jahit buku nota ini untuk bind. Kalau buat buku jurnal sendiri, rajin jugalah saya jahit. Itu pun guna simple stitch sahaja. 

Nak cepat siap, untuk buku-buku ini kita guna stapler sahaja. Jangan bimbang jika kalian tiada stapler jenis panjang. Guna stapler biasa sahaja pun boleh. Di sinilah peranan getah pemadam.

Caranya mudah sahaja. Buka lipatan buku dengan kulit buku menghadap ke arah kita (bukan isi buku ye). Pada bahagian yang kita dah lipat, pilih tempat yang sesuai untuk kita stapler. Ikutlah nak stapler sekali je ke ... dua atau tiga. Bergantung juga pada saiz buku nota yang dibuat.

Rabu, Disember 25, 2019

DIY Penanda Buku Bermagnet

Saya sentiasa cari cara untuk manfaatkan sebaiknya material kraf yang ada dalam stok saya. Yalah, asyik beli beli dan beli... nampak cantik beli... berkenan beli.... Kadang-kadang barang seperti kertas, kad, hiasan kraf, pelekat dan macam-macam lagi menimbun begitu sahaja tanpa dibuat apa-apa. Rugi je kan?

Jadi, setiap kali saya berkesempatan luangkan masa di bilik kraf, saya akan pastikan saya hasilkan sesuatu menggunakan barang dan peralatan kraf yang saya ada. Siap buat larangan pada diri sendiri buat kesekian kalinya, selagi barang-barang yang ada tidak digunakan, tak boleh beli craft supply yang baharu.

Selain daripada merealisasikan 'cabaran upcycle' Bott (cerita lanjut di sini), sekarang saya kerap buat penanda buku bermagnet menggunakan kertas-kertas skrap yang saya ada. I loveeee bookmarks! Suka sangat-sangat. Saya memang ada banyak penanda buku. Setiap kali nak baca buku baharu mesti akan belek koleksi penanda buku saya, pilih mana satu  yang hendak diguna. 

Saya juga gunakan penanda buku bermagnet untuk tanda halaman-halaman penting pada planner saya. Senang nak selak dan disebabkan cirinya yang bermagnet, penanda halaman tidak akan mudah terlucut. Selain untuk kegunaan sendiri, penanda-penanda buku ini juga saya beri pada rakan atau kenalan yang gemar membaca. Selebihnya, dijual dan hasil jualan goes to charity.


Di bawah ini antara penanda-penanda buku bermagnet yang saya buat.

Simple words tetapi mendalam maksudnya, kan? Penanda buku ini saya beri sebagai hadiah percuma kepada pembeli buku preloved saya di Carousell. 

Jumaat, November 22, 2019

Challenge Accepted - Cabaran Upcycle 1

Dua tiga minggu ini saya sibuk mengemas bilik kraf. Jenuh juga nak clear-kan barang-barang, buang apa yang tidak pakai, donate apa yang masih boleh dipakai dan jual semula material atau peralatan kraf yang saya tidak gunakan lagi di Carousell.

Masalah terbesar saya ialah mengasingkan kertas-kertas. Kusmangat! Bila tengok stok kertas saya, saya sendiri rasa nak pengsan! Sampai terlintaslah di kepala...terpakai ke semua kertas ni?! Pantang ada kertas yang cantik designnya, saya beli. Last-last selambak depan mata tak tahu nak buat apa.

Saya juga ada beberapa folder besar yang berisi kad jemputan kahwin, kotak bahulu, sampul duit raya dan kertas-kertas terpakai yang saya simpan sebab saya rasa cantik. Sayang nak buang! Bab-bab mengemas kertas, saya memang gagal! Setiap kali nak sort mesti tidak akan ke mana sebab akhirnya saya simpan semua semula.

Jadi, perlu campur tangan Bott di sini. Bott nampak folders kertas terpakai saya dan dia bagi ultimatum - do something with it atau dengan folder-folder sekali masuk kotak recycle! Katanya there's a very thin line yang membezakan antara saya dengan seorang hoarder! Huhuhuhu. Nampak tak kena guna kekerasan pada saya yang pantang tengok kertas cantik ni.


Khamis, Mei 23, 2019

DIY Stamping Tool

Stamping tool ini saya perlukan untuk kerja-kerja cardmaking saya. Sebenarnya, hajat hati nak beli Misti Stamping Tool seperti di bawah ini.

Tetapi, apabila difikir-fikir, rasa macam tidak berbaloi pula untuk dibeli. Harga mencecah ke tiga ratus untuk peralatan satu fungsi - pastikan keseragaman dan ketepatan corak apabila kita menggunakan clear stamps

Bagi yang tidak dapat gambaran, alat ini sebenarnya digunakan bersama clear stamps dan ink pads. Satu, apabila kita guna stamping tool ini, kita dapat cap secara precise clear stamp/s yang kita guna. Andai kata, masa kita cap tu ada bahagian yang tak cantik atau tidak jelas cetakannya, kita boleh re-ink stamp dan cap semula sebab stamp kekal di kedudukan asal (diletakkan di bahagian tingkap yang jernih tu) tidak berubah. Kalau selalu, tanpa stamping tool, mungkin kita tidak dapat kedudukan yang tepat. Silap-silap hasil cetakan jadi berbalam atau bertindan.

Lagi satu, stamping tool will become handy apabila kita hendak buat kad yang sama dalam kuantiti yang banyak. Nanti seragamlah semua kad. Tak adalah satu senget ke kiri, satu coraknya herot ke kanan.

Khamis, Mac 07, 2019

Photo Accordion Card

Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Lama saya tak jengah blog ni. Sibuk memanjang. Asyik tak cukup masa. Makanya, update blog dalam mimpi jelah. Bangun pagi dengan harapan memang betullah ada terbitkan entri, hampa. Hahahah.🤣

Hari ini punya sedikit kelapangan. Jadi, nak tunjukkan kad kotak bergambar yang saya panggil Photo Accordian Card

Apa istimewanya Photo Accordian Card? Kad ini boleh letak banyak gambar. Ala-ala macam buat kolaj/scrapbook. Kenapa pula dipanggil accordian card? Sebab bahagian dalamnya yang berlipat-lipat seperti alat muzik accordian.


Inilah rupa luarannya. Kad kotak ini, panjang lebar dan tingginya lebih kurang macam saiz kotak pen. Dapat gambaran? Seperti biasa, apabila cuba buat kad design baharu, saya akan pilih warna hitam putih. Tema kad - butterfly. Ini kad hari lahir yang saya buatkan untuk rakan pejabat Cekengah yang dah jadi adik angkat saya. 😀

Photo Accordian Card

Isnin, Julai 09, 2018

Hiasan untuk Sudut al-Quran

Bulan puasa yang lalu, saya banyak habiskan masa di rumah. Kemas apa yang patut. Buang barang-barang yang dah tak guna. Tak mahu jadi hoarder. Penat mengemas, masuk bilik kraf buat kad, hias scrapbook. Kemas bilik kraf sekali. Semasa mengemas tu, terpandanglah bingkai gambar IKEA yang dihadiahkan pada saya. Masa mula-mula dapat dahulu, saya niat nak print gambar di Photobook untuk isi slot-slot bingkai ini. Sampai ke sudah tak jadi apa-apa.

Kebetulan, saya memang sedang dalam usaha nak buat satu sudut al-Quran di rumah. Selain di bilik masing-masing (setiap seorang ada al-Quran sendiri yang dia prefer), naskhah-naskhah al-Quran lain akan saya kumpul dan letak di satu sudut di ruang tamu. Nak baca Quran, nak baca tafsir atau nak tadabbur senang. Niat saya, sudut itu akan jadi peringatan buat saya, ahli rumah dan mungkin juga tetamu yang datang berkunjung supaya baca kalam suci Allah ini setiap hari, bilamana ada peluang. Tak dapat baca banyak, satu halaman pun dah cukup. Tak mampu baca satu halaman, dua tiga ayat pun jadilah.

Oleh itu, saya gunakan bingkai gambar IKEA untuk projek sudut al-Quran saya. Saya pilih tema hitam, putih kelabu - guna kertas-kertas kraf yang ada dalam simpanan. Kemudian, saya cari khat Iqra', ayat Quran dan terjemahan hadis yang sesuai. Cetak dan tampal atas kertas kraf. Salah satu slot bingkai saya jadikan sebagai tempat letak memo. Boleh guna sticky notes/white board marker untuk tulis catatan kecil.

Sabtu, Jun 02, 2018

Gift Ideas - Gardening Gift Basket

Sekarang ni zaman orang bagi chocolate bouquet sebagai hadiah dan kejutan untuk keraian-keraian istimewa. Selain daripada chocolate bouquet, boleh juga hadiahkan gift basket atau gift jar. Saya suka sediakan gift basket sebab macam-macam tema gift basket yang dapat dihasilkan. Misalnya baking tools gift basket, manicure and pedicure gift basket, coffee lover gift basket, movie night gift basket dan banyak lagi.

Gift basket sesuai dihadiahkan sebagai hadiah hari lahir, anniversary atau sebagai goodie bags untuk bridal shower party dan reunion.

Di bawah ini saya ada buat satu gift basket bertema gardening. Khusus untuk si penerima yang gemar berkebun. Si penerima gift basket saya ini baru berpindah ke rumah baru. Dia ada beberapa flower beds di balkoni dan sekarang ni tengah aktif menanam dan menjaga bunga-bunga cantiknya.

Jadi, sebagai tanda sokongan hehehe, saya sediakanlah gift basket gardening ini. Apa isi kandungannya?

Well, memandangkan dia dah pun tanam bunga-bunga di flower beds,..tinggal nak maintain je...maka saya tidak letak sebarang biji benih/seeds di dalam gift basket ini. Saya letak barang dan peralatan yang sesuai untuk maintain the flower beds.

Rabu, Mei 30, 2018

DIY Kad Hari Raya Guna Colouring Pages

Assalamualaikum,
Salam Ramadan ke - 14.

Hari ini entri berkenaan kad hari raya DIY.

Jika tahun kepas, saya kongsi tutorial DIY Kad Hari Raya Menggunakan Decorative Tape yang dibeli di Mr. DIY, tahun ini saya guna colouring page atau colouring book pula. Jangan bimbang, kebanyakan tutorial kraf kertas dan card making yang saya sediakan sempena keraian sebegini berkos rendah, mudah dan mampu dibuat. Jadi, bolehlah buat banyak-banyak dan kirim pada kenalan dan keluarga.


Lihat Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:


Pada asalnya, saya tengah mengemas stationeries dan stok barang kraf. Terjumpa buku colouring for adults yang terabai sebab saya hangat-hangat tahi ayam je nak mewarna. Design dalam buku tu punyalah details, kecil-kecil … sampai naik pening dan stres pula saya sewaktu mewarna hahaha. Nasiblah masa beli harganya sekitar RM5 - RM7/sebuah. 

Daripada terbiar begitu sahaja, baiklah dimanfaatkan sebaiknya. Kita buat kad. Bagi yang tidak ada colouring page atau colouring book, tak perlu bazir duit beli buku mewarna sampai dua puluh ke tiga puluh ringgit tu. Search atau google 'colouring pages for adults', pilih gambar yang berkenan dan cetak. Jimat!

Selasa, November 14, 2017

Photo Booth Props Damask

Baru-baru ini Cekengah minta saya buat party stuff untuk meraikan hari lahir dua rakan pejabatnya. Cekengah dan beberapa rakan sejawat merancang untuk buat sambutan kecil-kecilan, a special birthday lunch as a treat for the birthday girls. Tema yang diminta light blue and black

Light blue and black is a sweet combination. Pada mulanya, saya fikir nak buat tema Breakfast at Tiffany's, berdasarkan sebuah filem terkenal malar segar lakonan Audrey Hepburn. Tema ni antara tema popular yang dipilih untuk majlis-majlis keraian. Saya sendiri pernah ambil tempahan buat party props bertema Breakfast at Tiffany's dua tahun lepas. Jemput baca mengenainya di sini dan di sini.

Fikir-fikir balik,...better buat something else. Lagipun, dua birthday girls yang bakal diraikan tu lebih senior berbanding mereka yang merancang sambutan. We should try to do something yang lebih eksklusif, lebih kelas.

Hence, in addition to the colour theme, saya tambah elemen damask. Sekurang-kurangnya, adalah kelainan sedikit. Lagipun, damask pattern banyak yang cantik-cantik. Kebetulan dalam stok barang-barang kraf saya, saya ada banyak kertas dan kad dengan rekaan damask. Senanglah nak buat apa yang patut.

Untuk parti ini, saya sediakan:

Isnin, Jun 05, 2017

DIY Kad Hari Raya Mudah (Bahagian 2)

Sebelum ini di Bahagian 1, saya tunjukkan cara buat kad hari raya menggunakan decorative tape. Kali ini saya ingin kongsi beberapa kad yang dihias dengan potongan craft punches. Craft punch/punches yang saya maksudkan ini jenis yang murah dan mudah didapati. Harga untuk satu craft punch sekitar RM3 - RM5 jika dibeli di Mr. DIY, dan RM5.90/punch di DAISO.

Kad yang pertama ini, base putih. Saya punched pattern bunga atas kertas merah dan hitam. Boleh pilih kombinasi warna yang kalian suka:- merah + biru, ungu + kuning atau ungu + biru muda.

Susun bunga secara rawak dan tampal menggunakan glue tape. Kemudian, hias dengan adhesive diamentes. Saya lekatkan gold foil alphabet stickers untuk perkataan AIDILFITRI.

Khamis, Jun 01, 2017

DIY Kad Hari Raya Mudah (Bahagian 1)

Jika sebelum ini saya dah kongsi beberapa cara buat kad hari raya diy mudah, untuk tahun ini kita nak buat kad raya guna decorative tape dan craft punches. Barang-barang ini mudah didapati dan murah harganya. Boleh beli di Mr. DIY atau DAISO. Dapatlah kita hasilkan kad raya bajet yang istimewa.

Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:



Khamis, Mei 04, 2017

Tutorial Kraf Kertas - Inspirational Magnetic Bookmark

Hari ini entri tutorial. Sesuai untuk yang gemar baca buku. Kita nak buat penanda buku. Bukan penanda buku biasa tau. Ini penanda buku bermagnet dengan kata-kata motivasi. Di bawah ini, cara-cara mudah membuatnya. 😃

Bahan-bahan yang diperlukan:


Selasa, April 25, 2017

DIY Hiasan Kraf (Crafts Embellishments)

Sebelum ini, ada beberapa pembaca yang personally e-mel saya bertanyakan hiasan kraf yang saya guna dalam projek kraf seperti kad ucapan dan scrap page (scrapbook). Maaf ye, kalau jawapan dan info yang saya beri kurang lengkap atau kurang memuaskan. Ketika itu, saya agak tergesa-gesa dan sibuk melunaskan urusan kerja. Ada yang ingin tahu sama ada saya buat sendiri embellishments atau beli di kedai kraf. Jawapan saya, kedua-duanya. 

Kadang-kadang, untuk isi masa senggang, saya akan buat hiasan kraf sendiri menggunakan barang-barang yang saya ada. Jimat pun jimat. Pada masa yang sama, kita dapat buat hiasan bersesuaian dengan projek kraf yang sedang dihasilkan dan lebih menepati citarasa kita. Ada kalanya, saya akan beli crafts embellishments di kedai terutamanya apabila ada promosi/diskaun dan hiasan kraf itu boleh digunakan dalam kebanyakan projek saya.