Memaparkan catatan dengan label Doa dan Zikir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa dan Zikir. Papar semua catatan

Khamis, Januari 12, 2023

Doa Menghilangkan Tekanan

Saya ingin kongsi satu potong doa mudah untuk menghilangkan stress.


Doa untuk hilangkan tekanan atau stress

Ahad, April 03, 2022

Doa Harian untuk Sepanjang Ramadan

Assalamualaikum. 
Salam Ramadan 1443. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadan sekali lagi.

Photo by Thirdman from Pexels

Bagaimanakah hari kalian setakat ini? Semoga semua baik-baik sahaja.


Doa Harian untuk Sepanjang Ramadan

Perkongsian untuk hari ini - untaian doa yang boleh kita baca setiap hari di bulan penuh kemuliaan ini.

Jom sama-sama kita amalkan doa harian di bawah:

Khamis, Mac 17, 2022

Doa Apabila Dipuji

Assalamualaikum. Apa khabar semua hari ini?

Dahulu pernah saya kongsikan ucapan atau kata-kata yang wajar dilafazkan tatkala kita menerima pujian. Boleh lihat entri ini --> Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku. 

"Eh, orang puji cakap terima kasihlah. Nanti orang kata kita rude atau perasan bagus pula."

Saya tiada masalah dengan ucapan terima kasih sebegitu. Iyalah, kita pun kena ada budi bahasa. Tetapi, andai ada amalan yang lebih baik buat kita ... tidak salah jika kita praktikkan sekali. Mudah sahaja. Sambil cakap terima kasih tanda menghargai kata-kata baik si pengucap, lafazkan sekali hadza min fadhli rabbi.

Saya pun masih dalam proses untuk amalkan perkara ini secara konsisten. Selalu apabila kena puji, sengih macam kerang busuk je. Habis lupa apa yang hendak dibaca. 

Kali ini, saya ingin kongsi satu lagi bacaan berbentuk doa (sumbernya daripada hadith) yang boleh kita baca dan amalkan bilamana menerima pujian atau kata-kata baik. Kredit kepada Jabaran Mufti Negeri Perlis untuk poster doa ini. Perhatikan maksudnya. Elok untuk kita sama-sama amalkan.

Bacaan apabila dipuji.



Ya Allah,
janganlah Engkau hukum salah ke atasku
dengan segala yang mereka katakan kepadaku
dan ampuni semua kesalahanku 
yang mereka tidak mengetahuinya
serta jadikanlah diriku lebih baik
daripada sangkaan yang mereka sangkakan.



Dalam betul intipati doa ini, bukan?

Sesungguhnya, hanya Allah yang mengetahui siapa kita yang sebenar. Baik buruk kita. Kelemahan dan kekurangan kita yang jauh dari sempurna. Jadi, apabila sesekali kita menerima pujian daripada orang lain, jangan terus rasa melambung! Jangan riak! Ini tidak. Baru kena puji sedikit dah kembang lubang hidung. Mula rasa diri bagus dan lebih baik daripada orang lain. Jika diikutkan, kita patut risau apabila dipuji. Bimbang pujian-pujian tu akan buat kita lalai malah boleh memudaratkan kita di kemudian hari.

Orang puji sebab orang cuma nampak sisi baik kita. Sisi kurang baik, aib kita masih terlindung. Allah jaga. Cuba kalau setiap dosa, setiap kelemahan kita dipaparkan secara terbuka, mahu pagi petang siang malam kena kecam! Jadi, sentiasalah beringat untuk mohon keampunan Allah. Senang cakap, jangan mudah lupa diri. 

Moga kita semua diberi peluang untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik di mata Allah juga di mata makhluk-makhluk ciptaan-Nya.

Selasa, Januari 04, 2022

Doa Mohon Hindari Penyakit Nyanyuk

Sebelum ini saya pernah tulis entri berkaitan doa dan  zikir yang patut dibaca apabila kita terlupa sesuatu juga doa untuk elak lupa. Boleh lihat entri ini. Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi doa yang bermanfaat buat kita semua - doa agar dihindari daripada penyakit nyanyuk.

Nyanyuk sering dikaitkan dengan faktor lanjut usia dan kesihatan seseorang. Pada dasarnya nyanyuk merupakan masalah gangguan pada fungsi kognitif sehingga mengakibatkan seseorang itu menjadi pelupa, menghadapi kesukaran untuk berfikir dan mengalami masalah daya ingatan yang teruk. Nyanyuk juga sering dikaitkan dengan Alzheimer dan Dementia.

Dari segi perubatan, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengawal kondisi pesakit nyanyuk dan mengurangkan perkembangan nyanyuk ke tahap yang lebih serius. Saya tidak akan bincangkan tentang itu. Kalian boleh baca pelbagai artikel berkenaan penyakit ini di internet.

Hari ini, saya cuma ingin kongsi doa. Sama-samalah kita konsisten berusaha amalkan doa ini agar dengan izin-Nya kita akan terpelihara dari penyakit nyanyuk. Mudah-mudahan Allah jaga fungsi otak dan daya ingatan kita.

Doa Mohon Hindari Penyakit Nyanyuk



Jumaat, Disember 31, 2021

Doa dan Amalan Apabila Terlupa

Lupa? Tidak ingat perkara penting? Biasa terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari. Tidak perlu cari contoh jauh-jauh. Kadangkala, apabila kita pergi masuk bilik atau ruang tertentu di rumah, kita sendiri lupa atas tujuan apa kita ke situ. Belum kira tengah bermesyuarat, tengah gigih siapkan kerja kejar deadline, waktu itulah kita cenderung terlupa benda-benda penting! 

Situasi yang lebih kurang sama dengan anak-anak kita yang masih menuntut - bersungguh-sungguh jawab soalan peperiksaan tiba-tiba boleh pula buntu. Sukar mengingat kembali apa yang telah dipelajari.

Lupa ni tak kenal usia. Tua ke ... muda ke ... kalau nak lupa tu lupa juga. Jadi, bagaimanakah cara untuk kita atasi permasalan lupa ini?  Ada cara ke? Atau kena simpan stok kismis minda banyak-banyak di rumah? Jangan ambil hati, saya bergurau sahaja. 😀

Hari ini saya tidak akan sentuh bab-bab pemakanan. Makan ini untuk kuat ingatan, elak makan itu supaya tidak jadi pelupa ... tidak.  Hari ini saya ingin kongsikan amalan ringkas yang boleh kita praktikkan apabila berdepan dengan situasi 'tercicir' isi minda ini.


Cuba hafal untaian doa di bawah dan amalkan apabila terlupa akan sesuatu.


Sabtu, Disember 25, 2021

Amalan Agar Dipermudah Urusan Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum. 

Ayat ke 129, Surah At-Taubah ini seeloknya dibaca pada pada pagi dan petang sebanyak 7 kali semoga beroleh kemudahan dalam menjalani urusan kehidupan dunia dan akhirat.


Terjemahan: 'Cukuplah Allah bagiku (untuk menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA; kepada-NYA aku berserah diri, dan Dia lah pemilik Arasy yang agung'.


Dari Abi Darda' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca 'Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul 'arsyil 'azim' setiap hari pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, Allah s.w.t. akan menolong kepentingannya sama ada masalah dunia atau akhirat.

(HR Ibn as-Sunni dan Ibn 'Asakir dan Abu Daud)

Marilah sama-sama kita amalkan.

Jumaat, Disember 10, 2021

Bismillah untuk Jumaat yang Indah

Assalamualaikum. 

Salam Jumaat! Bagi yang bercuti hari ini selamat beristirahat. Buat yang bekerja, selamat menyempurnakan tugasan harian. Langsaikan apa yang perlu supaya kita boleh bersantai dengan tenang pada hujung minggu.

Jom! Bismillahirrahmanirrahim.


Doa Memulakan Kerja

Baca juga untaian ayat ini,  mudah-mudahan Allah pelihara kita daripada sebarang kemudaratan. Moga langkah dan tindak-tanduk kita juga ringan untuk melunaskan tanggungjawab kerana Allah.


Terjemahan ayat: 


Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha  Mendengar lagi Maha Mengetahui.


(Hadis Riwayat At- Tarmidzi)



Jom kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah. Jangan lupa baca surah-surah yang elok diamalkan pada Penghulu Hari terutamanya al-Kahfi.

Sudah bersarapan atau belum? Sarapan apa pagi ini? Saya tengah kembangkan yis. Hendak buat cakoi. 

Jumpa lagi nanti. Jaga diri. Semoga hari kalian bakal berlangsung dengan baik. 

Ahad, Disember 05, 2021

Doa Abu Darda' - Lindungi Diri dan Harta daripada Musibah

Assalamualaikum. Kalian pernah dengar tentang Doa Abu Darda’?

Abu Darda’ (r.a) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad  yang merupakan seorang peniaga terkemuka di Yathrib sebelum pengislamannya. Setelah memeluk Islam, Abu Darda’ meninggalkan perniagaannya dan mula menumpukan kepada beribadah, menghafaz al-Quran serta mengembangkan ajaran Islam.



Doa ini merupakan doa yang diajarkan kepada Abu Darda (r.a.) oleh Rasulullah  untuk menyelamatkan diri dan harta daripada ditimpa musibah atau malapetaka. 

Seperti yang diriwayatkan oleh Thalhah (r.a.), seseorang telah datang kepada Abu Darda’ (r.a.) memaklumkan  bahawa rumahnya terbakar. Tidak lama kemudian, seorang lagi datang memberitahunya tentang perkara itu. Abu Darda’ (r.a.) kekal tenang. Begitu juga keadaannya apabila orang ketiga datang menyampaikan perkara yang sama.


Kemudian, datang orang keempat. “Wahai Abu Darda’, api telah naik dengan marak tetapi apabila sampai ke rumah kamu, ia telah padam.”


Abu Darda’ (r.a.) menjawab, “Saya yakin bahawa Allah سبحانه وتعالىٰ tidak akan membakar rumah saya kerana Rasulullah  telah mengajarkan saya satu doa yang jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala sehingga waktu petang. Maka, saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.”


Doa Abu Darda’




Sabtu, Jun 04, 2016

Persediaan Ramadan - Doa-doa Berbuka Puasa

Selama ini saya hanya amalkan satu doa sahaja ketika berbuka. Cetek betul ilmu saya. Rupa-rupanya banyak lagi doa yang boleh kita baca ketika berbuka. Saya kongsi sebahagian daripadanya.


Doa 1 (Doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w)


Isnin, November 30, 2015

Mohon Cinta Allah

Assalamu'alaikum.
Selamat memulakan minggu baharu. Cinta Allah sewajarnya menjadi satu-satunya cinta yang kita buru.
Mari sama-sama amalkan doa ini. 

Sumber: Perkongsian di Pinterest


Khamis, Oktober 01, 2015

Petua Hilangkan Bengkak Gigitan Kucing

Salam 1 Oktober!

Sekitar minggu perayaan Hari Raya Qurban, jari saya digigit oleh kucing kesayangan. Tak teruk dan tak luka pun tapi terbenamlah sikit giginya yang tajam tu. Si Yuri ni memang jenis suka cakar dan suka gigit. Saya pernah ceritakan di entri ...tapi dia tak calarkan hati kita. Dah biasa kena. Di rumah ni pun, saya seorang je yang berani nak usap, peluk atau gomol dia.

Cuma kali ini, saya cuai. Saya lupa nak bersihkan tangan yang digigit. PENTING! Perkara pertama yang kita kena buat apabila digigit atau dicakar kucing ialah bersihkan luka dengan air yang bersih. Tengok separah mana kecederaannya. Kemudian sapulah dengan antiseptik seperti Betadine. 

Betadine Antiseptic Solution
 Shopee  |  Lazada


Jika teruk, segera jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Bab luka gigitan dan cakaran kucing tak boleh pandang enteng.

Ahad, Ogos 16, 2015

Doa Murah Rezeki

Untuk sama-sama kita amalkan. Sudah agak lama saya tidak buat entri doa dan zikir. Saya sebenarnya sedang dalam usaha untuk compile doa, zikir dan amalan-amalan dimurahkan rezeki. Mudahlah nanti hendak diamalkan apabila sudah dikumpulkan. Saya kongsi dua ini dahulu ya. 


Kredit: darulmurtadza & syifa al-ikhlas

Isnin, April 20, 2015

Selamat Datang Rejab

Selamat memulakan minggu baru. Time flies. Yes, masa berlalu dengan cepat. Pejam celik pejam celik kita dah jumpa bulan Rejab. Selamat beramal ye :)


DOA BULAN REJAB



Sabtu, April 18, 2015

Doa Muntahkan Penyakit

Salam hujung minggu! Hari ini saya nak kongsikan sepotong doa ringkas yang elok dijadikan amalan harian. Baru-baru ni kan I was slightly under the weather. Ada seorang sahabat yang prihatin e-melkan pada saya doa ini. 'Doa Muntahkan Penyakit' ini merupakan antara amalan penyembuhan yang disarankan oleh Ustaz Sharhan Shafie.


Doa Muntahkan Penyakit dari dalam Badan

Surah Al-Anbiya', Ayat 83

Terjemahan Ayat:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata, "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani."

Cara beramal menggunakan ayat ini:
Letakkan tapak tangan kanan ke dada kiri dan bacalah ayat ini. Insya Allah, penyakit dan perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri kita akan keluar dari tubuh.



Khamis, Disember 25, 2014

Doakan untuk Kita Semua … untuk Malaysia

Assalamualaikum. Selamat bercuti dan selamat beristirehat. Jangan lupa selitkan doa buat mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia. Doakan yang terbaik untuk kita semua ... untuk Malaysia.


Surah Hud, Ayat 44
Terjemahan:
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim". 


Jumaat, November 28, 2014

Doa Mohon Sihat Tubuh Badan

Doa yang sangat baik untuk kita amalkan. Doa ni antara potongan-potongan doa yang kita baca dalam Mathurat.


Terjemahan:
Ya Allah, Sejahterakanlah tubuh badanku,
Ya Allah, Sejahterakanlah pendengaranku,
Ya Allah, Sejahterakanlah penglihatanku,
Tiada Tuhan selain Engkau (Ya Allah).


Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, kita akan dikurniakan kesihatan yang sempurna. Tubuh badan yang kuat, pendengaran yang jelas dan penglihatan yang tajam untuk menjalankan rutin harian terutama sekali dalam beribadat.


Selasa, September 30, 2014

Ayat Penggerak dalam Bismillah 5

Bismillah Lima

Terjemahan Ayat:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
Dengan nama Allah Yang Mencukupi.
Dengan nama Allah Yang Memberi Kesejahteraan.
Dengan nama Allah Yang Tidak Memberi Mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Ayat Bismillah 5 ni banyak kebaikannya. Selain daripada elok dibaca setiap kali selepas solat, ayat ini boleh dijadikan sebagai ayat rawatan Syifa' untuk penyakit-penyakit dalam badan. Dipercayai pengamal ayat ini akan dilindungi Allah (dengan izin-Nya) daripada termakan atau terminum racun/benda-benda yang tidak elok.

Tetapi, apa yang saya nak kongsikan hari ini ialah manfaat amalan ayat ke-5 (yang paling panjang tu) sebagai ayat penggerak. Apa yang dimaksudkan dengan ayat penggerak?

Ayat ini sangat berguna buat saya terutamanya apabila tiba hari Selasa. Almaklumlah, orang lain dah selesai dengan Monday blues mereka...dah bersemangat meneruskan hari-hari. Saya pula baru terkial-kial nak memulakan minggu baru. Terbawa-bawa kemalasan cuti tiga hari. Tuesday blues lah kononnya! Ada sedikit elemen mengada-ngada di situ. Kebiasaannya, hari inilah hari paling tidak produktif bagi saya.

Tak boleh ikut perasaan sangat, kan? Jadi, kalau rasa-rasa mata berat, badan berat, langkah berat, nak buat apa pun malas...bacalah ayat yang dipanggil ayat penggerak ni. Saya akan zikirkan kalimah bismillah yang ke-5 tu banyak-banyak kali. Mudah-mudahan digerakkan hati kita untuk rajin, lebih ikhlas melakukan sesuatu. Insya-Allah, kemalasan berkodi-kodi tu akan terangkat! Kita akan diberikan kudrat dan semangat untuk menyempurnakan tugasan dan urusan harian kita.Semoga entri ini bermanfaat untuk kalian :)


Khamis, September 25, 2014

Doa Mohon Keampunan Buat Diri & Keluarga

Assalamu'alaikum,
Perkongsian untuk hari ini. Moga-moga membawa manfaat untuk kita semua.


Doa Agar Tetap Mendirikan Solat & Memohon Keampunan Buat Diri & Keluarga 

(Surah Ibrahim, Ayat 40-41)

Terjemahan Ayat:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"



Isnin, Ogos 25, 2014

Amalan dan Rawatan untuk Sakit Sendi

Sebelum ini, saya pernah dengar yang lendir aloe vera mujarab digunakan untuk merawat sakit sendi. Dahulu keliling rumah arwah nenek ada banyak tanam pokok aloe vera. Selalulah jiran-jiran nenek minta untuk buat ubat sakit lutut dan sendi-sendi yang 'ketat'.

Baru-baru ni, seorang teman yang memikirkan saya masih cemerkap suka jatuh suka terseliuh e-melkan saya kaedah rawatan Islam untuk diamalkan. Dalam gurau-gurau pun ada perkara bermanfaat yang dititipnya. Benda baik, kenalah kongsi ramai-ramaikan.


Cara Rawatan untuk Sakit Sendi

1. Dapatkan lendir dari keratan aloe vera. 

Potong kulit luar untuk dapatkan lendir aloe vera. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk.


2. Baca Surah Al-Fatihah (1X) dan Ayat Kursi (1X).

Jumaat, Ogos 15, 2014

Doa Dijauhkan Perasaan Hasad Dengki dan Dendam

Selamat Hari Jumaat! Perasaan hasad dengki (PHD), iri hati, cemburu melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain,...semua tu penyakit hati yang kadang kala kita tidak sedar menular dan merebak dalam diri. Jom, mari kita sama-sama amalkan potongan doa di bawah ni. Mudah-mudahan kita dapat hindar perasaan tidak baik ini dari terus bersarang di hati.

Sumber Imej: Perkongsian di FB.