Memaparkan catatan dengan label Gardening. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gardening. Papar semua catatan

Khamis, Februari 25, 2016

Projek Membantutkan Pertumbuhan Rumput dan Lalang

Projek ini akan saya buat setiap kali selepas potong rumput. Rumah yang saya diami sekarang halamannya luas. Nama nak rajin-rajin potong rumput pakai shears memang tak mampu. Ciput je kawasan yang dapat saya potong. Penatnya dua tiga hari! Jadi, memang kena upah tukang potong rumput. Kebiasaannya, sekali potong sampai pendek, pangkas pokok itu ini, kemas-kemas all in kena dalam dua ke tiga ratus jugalah. (Ini kos untuk satu bulan setengah ke dua bulan.)

Masalahnya, sementara nak tunggu sesi potong rumput yang seterusnya, halaman rumah saya ditumbuhi tompokan-tompokan rumput/lalang yang akan tinggi memanjang mengalahkan rumput-rumput lain! Tak silap saya, orang panggil crabgrass. Sakit mata tengok rumpun-rumpun ni naik mencanak tinggi sedangkan rumput lain masih sederhana panjangnya. Bertambah sakit hati, makin tinggi ala-ala nak jadi skyscrapper, makin kuat akarnya mencengkam bumi. Setiap kali nak get rid of the rumpun-rumpun, kena korek gali hingga akarnya keluar.

Sabtu, Januari 17, 2015

Dari Kebun - Apple Mint

Selamat pagi Sabtu! 

Inilah pokok apple mint yang saya tanam minggu lepas. Setakat ni cantik tumbesarannya :) Pokok pudina memang senang tanam, senang hidup tapi agak susah sedikit nak maintain. Sebabnya, once pokok ni membiak, akarnya akan penuh satu pasu. Then, mulalah menjalar keluar dan 'jajah' kawasan lain.

Pokok Apple Mint dah mula naik :)

Siapa-siapa yang suka daun pudina, bolehlah cuba tanam. Banyak kegunaannya - untuk masak, masukkan dalam jus atau air teh,..Malah daun pudina juga boleh digunakan untuk meredakan hiccups yang berlarutan.


Sabtu, Oktober 25, 2014

Keringkan Thyme Pula

Hari ini hampir seharian di luar. Outing dengan family kecuali Cekengah yang sekarang ni tengah sambut Diwali di bumi India :) Dah balik, sempat lagi melawat taman herba. 'Tuai' thyme. Nak dikeringkan. Sebelum ni saya pernah keringkan daun pudina. Ingin tahu caranya? Jemput baca di sini :)

Thyme. Sesudah dibasuh. Nak diikat untuk dikeringkan.


Insya Allah, esok saya jalan-jalan ke blog kalian. Dah bookmarked dan buat senarai lagi! Hari ni agak letih. Mata dah ruyup! Selamat Malam!


Selasa, September 23, 2014

Pokok Thyme Dah Pindah Pasu

Ingat lagi tak bulan lepas saya ada tulis satu entri 'Projek Tanam Herba' - percubaan saya menanam rosemary dan thyme? Baca mengenainya di sini.

Sayangnya pokok rosemary saya umur tak panjang :( Mati dah semua. Suprisingly, thyme yang saya tanam pula hidup subur. Sekarang dah pindah ke pasu yang lebih besar. Baunya semerbak!

Pokok Thyme
Alhamdulillah, merasa juga Taman Herba saya ada pokok baru hehehe Kena baca buku gardening lepas ni, nak kenalpasti apa silapnya pokok rosemary saya tak naik. Kalau ikutkan, lagi senang tanam rosemary berbanding thyme.

Projek gardening saya yang seterusnya, nak cuba tanam selasih dan kucai pula :)


Khamis, Ogos 21, 2014

Cara Keringkan Daun Pudina dan Herba-herba Lain

Ikat daun pudina dan gantung secara terbalik.
Dalam banyak-banyak pokok di taman herba mini saya, pokok pudinalah yang selalu stoknya berlebih-lebih. Sebabnya, pokok pudina ni from time tu time akan bertumbuh dengan jayanya hingga memenuhi ruang pasu. Jadi, kalau tak banyak guna daun pudina, kenalah trim pokok tu supaya tidak menjalar liar.

Kebiasaannya, apabila saya rasa pokok pudina saya dah 'sarat' dan tangkainya mula menjalar keluar, saya akan potong dan keringkan supaya daun pudina tu tahan lama.

Cara nak keringkan daun pudina dan herba-herba lain sangat mudah. Jangan pisahkan daun dari tangkainya. Basuh bersih-bersih. Keringkan di atas tisu dapur. Kemudian, kumpulkan tangkai-tangkai herba dan ikat dengan tali. Kalau ada banyak, buatlah beberapa ikatan. Gantung secara terbalik di tempat yang bersih dan tidak lembap. Selalunya, pada siang hari saya akan jemur ikatan pudina ni di luar supaya lebih cepat kering.

Apabila daun pudina dah kering, barulah pisahkan dari tangkai. Simpan dalam botol atau bekas rempah. Sedia untuk digunakan apabila perlu :)



Isnin, Ogos 18, 2014

Projek Tanam Herba


Semalam semasa mengemas stor, saya jumpa beberapa biji gelas plastik lama. Sayang nak buang, saya gunakan sebagai pasu untuk tanam pokok herba. Kebetulan, saya sedang cuba nak tanam 'rosemary'. Melalui pembacaan, rosemary ni senang nak tanam sama macam pudina jugalah. Pada masa yang sama, saya cuba-cuba tanam thyme. Hari tu beli thyme, tapi belum sempat lagi nak guna untuk masak. So, cucuk jugalah setangkai dua. Kalau ikutkan, thyme ni kena tanam guna seeds. Tengoklah nanti, jadi ke tidak :)

Pudina, Rosemary & Thyme

Personally, saya suka tanam herba dalam pot kecil-kecil begini. Bila herba-herba ni bertumbuh, boleh beri pada jiran dan kawan-kawan. Letak kat tingkap dapur. Tak susah pun nak maintain.



Isnin, Jun 30, 2014

Dari Kebun - Pokok Pudina Aduka


Ini antara pokok pudina yang saya tanam. Saya ada empat pasu pokok pudina setakat ni di taman herba saya. Memang suka dengan daun pudina. Selalu guna untuk buat teh pudina, buat salad dan setiap kali makan laksa, saya akan petik daun pudina yang fresh untuk menambah rasa.

Cara nak tanam pokok pudina? Senang je. Ambil tangkainya, potong bahagian atas sedikit (untuk beri ruang pucuk baru tumbuh) dan cucuk je dalam pasu. Nak maintain pun senang. Pastikan cukup air. Rasa-rasa pokok tu dah menjalar-jalar, potong tangkainya dan cucuk dalam pasu baru. Kalau rajin, tanam balik dalam pasu-pasu kecil. Then, bolehlah beri pada jiran-jiran. Daun pudina ni boleh dikeringkan. So, tahan lebih lama. Nanti saya kongsikan caranya dalam kesempatan lain.

Oh, nama 'Pokok Pudina Aduka' ni sekadar propaganda je! Bukanlah spesies istimewa ke apa. Kisahnya, semasa saya sedang edit gambar ni, Cekebon (yang confirm-confirm muka tengah boring) datang masuk bilik.

"Kak, nanti mainkan ibu lagu 'Aduka'..." 

Lagu Aduka? Lagu baru ke? Pusing juga kepala saya cuba nak recall lagu apa yang Cekebon maksudkan. Hahahah! Rupa-rupanya Cekebon nak lagu Arjuna Beta, Fynn Jamal! Itu memang lagu favourite Cekebon sekarang nih ;) Aduka pun Aduka lah, Bon! So, secara tidak langsung, pokok pudina saya ni dapatlah tempias 'Aduka'nya.

Jumaat, Jun 20, 2014

Dari Kebun - Pokok Belalai Gajah


Selama ini saya hanya dengar tentang pokok belalai gajah tetapi tak pernah tengok bagaimana rupanya. Inilah pokok baru yang 'menghuni' taman herba saya :) Err, tak nampak macam belalai gajah pun! Tapi, pokok ni banyak khasiatnya tau.

Selalunya orang ambil daun belalai gajah, rebus airnya dan minum. Boleh turunkan darah tinggi, turunkan paras kolestol, turunkan kadar gula dalam darah dan buang toksin dalam badan. Ada yang ambil pucuknya untuk dimakan sebagai ulam. Saya dah cuba. Sedap juga tapi kat hujung-hujung ada rasa pahit sedikit.

Pengambilan daun belalai gajah turut digunakan sebagai rawatan alternatif untuk penyakit kanser dan buah pinggang. Sejauh mana keberkesanannya, saya kurang pasti. Lain orang, lain tindak balasnya terhadap pengambilan daun-daun ni.

Oh, nak tanam pokok belalai gajah senang sangat! Ambil keratan batangnya dan cucuk je dalam pasu. Tak susah langsung nak jaga. Nanti, bila pokok ni dah bertumbuh sihat, buatlah keratan batang dan tanam dalam pasu lain pula.

Rabu, Jun 11, 2014

Dari Kebun - Pegaga

Hari ni bersiaran dari kebun pulak ye. Dah lama tak buat entri mengenai 'gardening'. Saya sebenarnya dalam usaha mewujudkan semula taman herba saya yang jadi tandus dan gersang (konon-kononnya terlalu sibuk sampai lupa nak jaga pokok-pokok!)


Ini pokok pegaga. Daun pegaga dipercayai banyak khasiatnya untuk kesihatan. Sesuai untuk pesakit kencing manis, darah tinggi, rawat kencing kotor dan kecutkan peranakan yang membengkak. Tetapi maaf, saya tidak begitu pasti kaedah rawatannya secara spesifik bagaimana. Kena tanya pada yang pakar!

Apa yang saya tahu, daun pegaga ni boleh digunakan untuk hilangkan bintik-bintik hitam pada wajah. Kita hanya perlu tumbuk daun ini dan campurkan dengan bedak sejuk. Pakai sebelah malam sebelum tidur. Amalkan sehingga bintik-bintik hitam hilang.

Saya suka tengok warna daun pegaga yang meriah hijaunya! Sejuk mata dan hati tengok pokok hijau! Bott suka makan daun pegaga ni sebagai ulam dan cicah dengan budu. Oh, lupa pula! Pokok ni hidup segar di kawasan bertanah lembap. Jadi kalau nak tanam dalam pasu macam yang saya buat, kena rajin siram :)


Jumaat, Mac 21, 2014

Guna Semula Botol Plastik untuk Dijadikan Peralatan Berkebun

Saya jumpa gambar ini melalui perkongsian di Facebook. Terus saya teringat pada arwah datuk saya. Arwah Tok Ali memang pakar bab-bab ni. Apa yang boleh dibuat sendiri, memang atuk tak beli. Atuk akan buat penyodok/penadah sampah menggunakan tin minyak tanah. Peralatan berkebun lain seperti 'watering can' dan 'spade', atuk hasilkan daripada bahan-bahan terbuang. Tetapi kena ada kemahiran dan peralatan yang sesuailah.

Jangan buang botol-botol plastik anda. Botol detergen ke,...botol fabric softener ke,..kena gayanya kita boleh jadikan peralatan berkebun seperti trowel/ hand-spade / penadah sisa kotoran dan debu.


Mudah dan bermanfaatkan? Let's Go Green!

Ahad, April 01, 2012

11 Biji Tomato

Gardening dah jadi aktiviti santai aku sejak duduk di Kuang. Pokok yang mula-mula aku ada untuk launched hobby ala-ala green-fingers ni -- pokok cili api. [Sila baca entrinya di sini]. Malangnya, jodoh aku dengan pokok cili api aku tak panjang. Pokok ciliku mati diserang ulat daun huhuhu. Selain pokok cili, aku ada tanam beberapa pasu pokok tomato. Dah berbulan-bulan aku tanam. Makin tinggi naik pokoknya dan dah mula berbunga.

Sempat aku komplen pada Bott dan Ar perihal pokok tomato aku yang hanya tahu berbunga tapi buahnya masih belum nampak bayang :) Nak dijadikan cerita, elok je aku ngomel-ngomel pasal pokok tomato, esoknya pokok tu terus berbuah! Alhamdulillah, tuan pokok excited bukan kepalang! Walaupun masa tu, buahnya hanya sebiji, setiap isi rumah aku (termasuk kitten Angah, Yu-Ri) aku khabarkan dengan berita gumbira nih.

Hari ni aku bilang dah ada 11 biji kesemuanya. Super duper excited! Moga pokok tomato aku terus sihat dan biarlah sempat aku rasa buah-buahnya :) Ni gambar buah tomato yang aku sempat snap pagi tadi.

Hehehe...sesungguhnya dalam hati ada tomato!

p/s: Tiba-tiba teringat pulak pada kartun TomatoMan masa aku kecik-kecik dulu.


Tomato tomato tomato-mato!
Tomato tomato tomato-mato!
Tomato ke n ga n  Tomato ke n ga n 
Tomato-Ma-n!