Memaparkan catatan dengan label It's All Terung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label It's All Terung. Papar semua catatan

Khamis, Mac 31, 2022

Resepi Terung Ikan Bilis Cili Api

Tercari-cari idea masakan menggunakan terung? Boleh cuba resepi ringkas yang saya kongsikan ini. Mudah sahaja membuatnya. Waktu makan, pasti bertambah nasi. Juadah terung ikan bilis cili api ni meriah dengan rasa. Ada masin, ada pedas dan ada masam. Masin ikan bilis, pedas cili api dan masam air asam jawa - kombinasi rasa ketiga-tiga bahan memang best!

Jom tengok resepi!

Terung Ikan Bilis Cili Api


Selasa, Februari 22, 2022

Gaji-Namul - Masakan Korea yang Mudah Disediakan

Bagi peggemar masakan dari Korea, pasti kalian pernah cuba satu hidangan bernama Gaji-Namul. Gaji-Namul ialah terung kukus yang diperasakan dengan kicap dan beberapa bahan beraroma lain, merupakan hidangan banchan (side dish) yang biasa disediakan pada musim panas. 

Siapa-siapa yang suka makan terung atau tercari-cari idea untuk masak lauk apa ... saya sarankan kalian cuba Gaji-Namul. Hari ini saya akan kongsikan resepinya. Usah bimbang. Mudah sahaja cara penyediaannya.

Terung dikukus sehingga lembut tetapi tidaklah sampai mushy atau terlalu lembik. Masih mengekalkan tekstur dan rasanya.  Bahan perasa yang digunakan pun sedang-sedang sahaja dan tidak akan overpower rasa terung. Sedap dihidangkan dengan nasi panas, dijadikan salad atau diratah begitu sahaja sebagai appetizer

Tertarik tak? Tunggu apa lagi, jom kita tengok resepi!


Khamis, Januari 07, 2021

Buat Terung Wrap

Assalamu'alaikum. Hari ini entri tentang makanan. Saya buat terung wrap. Ini antara menu pilihan saya apabila saya putus idea hendak makan apa. Kadang-kadang tekak teringin makan sesuatu yang berbeza, jadi kita olahlah buat wrap ikut cita rasa.



Wrap terung saya. Abaikan plating feeling-feeling perasan masuk Masterchef itu. Untuk bahagian inti wrap terung, saya ada beberapa cara. 

Cara pertama - Inti ringkas

Inti terung yang ini memang mudah dan ringkas penyediaannya. Saya guna resepi inti untuk sandwic terung saya. Cuma instead of guna roti bakar, saya gulung inti terung di dalam wrap.


Bahan-bahan (agak-agak ya ikut banyak mana yang hendak disediakan):
  • hirisan terung secukupnya
  • hirisan tomato mengikut cita rasa
  • hirisan bawang besar mengikut cita rasa
  • keju keping atau parutan keju
  • daun salad
  • sedikit mayones
  • sedikit minyak zaitun
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada hitam secukup rasa

Jumaat, April 10, 2020

Resepi Mudah - Piza Terung yang Sihat dan Sedap

*Resepi pizza terung berkeju ini boleh dimasak menggunakan air fryer, ketuhar gelombang mikro dan oven biasa. Masa memasak perlu dilaraskan mengikut kesesuaian.

Pernah dengar piza terung? Ya, kalian tak salah. Saya memang cerita tentang piza yang diperbuat daripada terung. Ini merupakan salah satu olahan piza untuk pilihan yang lebih sihat. Kita tidak guna doh piza seperti biasa sebaliknya isi terung yang akan jadi base untuk piza. Rendah kalori berbanding piza. Usah bimbang, rasanya tetap awesome.

Bagi yang sedang berdiet, kawal makan... tiba-tiba teringin nak makan piza, bolehlah cuba buat resepi ini to satisfy your craving. Failproof (confirm jadi punya) dan rasanya dijamin puas hati. Selain itu, emak-emak yang struggle nak ajar anak makan sayur, apa kata umpan mereka dengan piza terung ini. Selitlah potongan-potongan kecil brokoli atau lobak merah sekali.



Tengok ni piza terung saya. Terliur tak?

OK, jom kita tengok resepi. Bahan-bahan yang digunakan boleh diubah suai mengikut selera kalian. Lately, saya memang ambil kira berapa kalori makanan yang masuk tubuh. Jadi, bahan-bahan yang saya gunakan seboleh-bolehnya rendah kalori, rendah gula dan garam. Tetapi, andai kata ada bahan tertentu yang tiada dalam pantri kalian, tukar je ikut kesesuaian. Misalnya, saya guna keju keping Bega Super Slim. Kalian boleh sahaja guna keju jenama lain seperti Anchor atau Mother's Choice. Ingin guna keju parut pun tiada masalah. Kita yang buat kan....


Resepi Piza Terung (Saiz Hidangan - 2 orang)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 biji terung bersaiz sederhana besar
  • 1 ketul tauhu dipotong dadu. Kalian boleh tukar dengan daging cincang, hirisan ayam atau hirisan sosej. 
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 3 - 4 keping keju Bega Super Slim
  • 2 - 3 tangkai cili api. Saya dan Bott, makan piza pun nak kena pedas!
  • Sedikit sos tomato/sos cili (Optional)
  • Sedikit taburan herba oregano dan parsley kering. (Tak guna pun tak apa)

Isnin, Disember 10, 2018

Resepi Terung Bakar Bersantan

Hari ini saya ingin kongsi satu lagi variasi juadah menggunakan terung. Kita buat terung bakar bersantan. Apa yang menariknya hidangan terung bakar bersantan ini sedap dinikmati dalam keadaan dingin (disejukkan sebelum dihidangkan) mahupun panas-panas.


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 - 4 biji terung. Tidak kiralah sama ada terung bulat ataupun terung panjang. Untuk resepi ini saya gunakan terung bulat.
  • 1 biji kelapa parut - perah untuk dapatkan santan pekat. Agak-agak untuk tenggelamkan aras terung. Jika ingin guna santan kotak pun tak ada masalah.
  • Beberapa tangkai cili merah dihiris nipis. Boleh juga tukar kepada hirisan cili hijau.
  • 1 biji bawang besar, dimayang/dihiris halus
  • Perahan air limau nipis secukupnya
  • Garam secukup rasa


Langkah-langkah penyediaan:
1. Bakar terung di atas dapur hingga kulitnya bertukar kehitaman. Sejukkan sebentar dan siat bahagian kulit yang hitam.

Sabtu, November 11, 2017

Resepi Terung Sambal Hijau

Assalamu'alaikum,
Hujung minggu ini nak kongsi resepi mudah menggunakan terung - Terung Sambal Hijau. Senang sangat cara membuatnya. Sambal terung ni enak dinikmati dengan nasi panas-panas, lawan dengan kicap sedikit. Terangkatttt! Terung, terpulanglah mahu guna terung biasa atau terung bulat. Nak sediakan terung pun boleh pilih sama ada nak guna airfryer (lebih sihat sebab kurang minyak), goreng seperti biasa atau digril. Saya jelaskan satu-satu di bawah ye 😃


Resepi Terung Sambal Hijau

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Beberapa biji terung. Saya gunakan terung bulat.
  • 7 - 10 tangkai cili hijau (bergantung hendak sambalnya banyak atau tidak). Jika ingin rasa yang lebih pedas, masukkan juga beberapa tangkai cili api mengikut selera.
  • 2 labu bawang besar (dihiris bulat-bulat)
  • 2 sudu besar cuka putih
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa.


Langkah-langkah penyediaan:
  • Terung

Jumaat, September 29, 2017

Resepi Terung Telur Asin

Di rumah saya, terung selalu jadi menu utama. Terung masak berlada, pajeri terung, sandwic terung,..dan macam-macam lagi. Sebelum ini saya pernah kongsi beberapa resepi menggunakan terung:

Kali ini, satu lagi olahan resepi berasaskan terung - Terung Telur Asin.

Ahad, Jun 26, 2016

Sambal Berlada Terung Bakar

Hidangan terung sememangnya menjadi salah satu hidangan kegemaran keluarga saya. Tak kisahlah masak macam mana. Buat sambal ke, buat kari, rebus begitu sahaja dan cicah dengan budu atau sambal belacan and even buat sandwich terung

Hari ini satu lagi resepi berasaskan terung, Sambal Berlada Terung Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Sambal Berlada Terung Bakar:

  • 3 biji terung bulat (Nak guna terung biasa pun tak mengapa)
  • 10 - 12 tangkai cili merah (Buang biji dan ditumbuk kasar. Jika malas nak tumbuk, kisar dengan blender je. Air jangan banyak sangat.)
  • 1 - 2 labu bawang besar (Dihiris bulat-bulat)
  • 2 keping asam keping
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam mengikut citarasa