Memaparkan catatan dengan label Juadah Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Juadah Ikan. Papar semua catatan

Khamis, November 03, 2022

Ikan Pekasam Kicap untuk Mulut Payau

Dua tiga hari ini memang tidak lalu makan. Dahsyat juga penangan viral fever ni. Biasanya saya sihat ke sakit ke, makan tetap ON. Kali ini tak berselera. Mulut tu payau sepanjang masa.

Cakap dekat Bott, kita makan bubur ya sementara nak sihat. Buat satu periuk, tak tak selera pun kita telan je. 😂 Malam tadi sebelum tidur, saya masak bubur dalam slow cooker siap-siap. Bangun pagi nanti sarapan sudah sedia.

Resepi Bubur Ayam ala McD di sini.


Masalahnya, tekak hanya mampu telan sesudu dua sahaja. Saya pandang Bott, Bott pandang saya. Masing-masing buat muka terkulat-kulat.

Makanya …

Ikan pekasam kicap asam limau

Sabtu, September 11, 2021

Sambal Sardin | Sardin Gulung

Baru-baru ini, seorang kenalan saya telah bermurah hati hantar sebekas penuh ikan sardin berkuah tomato yang dia buat sendiri menggunakan pressure cooker. Punyalah saya dan Bott gembira. Kami berdua ni pantang jumpa sardin. Tetapi, tak adalah diikutkan sangat rasa suka tu. Makanan dalam tin, kan ... jarang masuk menu. Sekali-sekala, apabila teringin baru beli barang setin dua. 

Dah dapat versi homemade, mulalah laju fikir hendak masak apa. Pilihan pertama, tentunya sambal sardin dan kentang. 

Sambal Sardin dan Kentang

Ahad, Julai 18, 2021

Ikan Pekasam Hulu Perak Sedap dan Berbaloi

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu. 

Hari ini saya mulakan hari dengan senyum lebar sedikit. Dah  digugurkan dari PKPD di Selangor. Jadi, sekarang balik semula ke fasa PKP. Syukur. Mudah-mudahan keadaan bertambah baik. Apa yang penting, kita tetap kena terus jaga diri baik-baik. Lagi-lagi adanya varian Delta yang kian mengganas dengan kadar jangkitan lebih tinggi. Jangan keluar rumah jalan-jalan sana sini melainkan jika ada urusan penting. 

Sepanjang tempoh PKPD baru-baru ini, Bott yang akan keluar beli barang-barang keperluan dapur di kedai runcit berdekatan. Saya in charge beli barang online. Kelmarin, balik dari beli barang runcit, Bott hulurkan satu bungkusan kepada saya. Satu pek ikan pekasam.

Pekasam Hulu Perak
Resepi Warisan Ayah dan Ibu
Dijamin Bersih dan Suci

Jumaat, Mei 07, 2021

Resepi Acar Buah Ikan Masin

Seminggu sebelum Ramadan, jiran sebelah beri saya acar buah ikan masin. Sedapnya. Lama dah tak makan acar buah. Dapat pula ada ikan masin sekali. Memang bertambahlah saya makan. Sambil menikmati acar sehingga ke cebisan buah dan titisan minyak terakhir 😅, sibuklah saya buat plan dengan Bott. Rangkanya hendak buat sendiri acar buah banyak-banyak. Stok untuk sepanjang Ramadan. 

Bukan main rancak lagi kami merancang, saya nak acar buah ikan talang, Bott ingin acar buah daging salai ... alih-alih malas hendak keluar cari bahan-bahan. Sudahnya acar ke mana kami pun ke mana.  Tertangguhlah projek acar buah kami.




Alhamdulillah, rupanya masih ada rezeki menikmati acar buah sepuasnya walaupun dah hujung-hujung Ramadan. 



Tadaaa!

Ahad, November 15, 2020

Resepi Asam Pedas Mudah

Bayangkan, semasa perut tengah lapar kita disajikan dengan hidangan asam pedas berkuah pekat dengan nasi panas. Fuhhh, terliur tak? Tidak kiralah protein apa yang digunakan, daging, ikan atau ayam, janji ada bendi dan daun kesum secukupnya!


Sayalah orangnya yang suka masakan asam pedas, yang akan enjoy banjirkan nasi dengan kuah, ratah potongan bendi puas-puas. In fact, di rumah ini, jika buat lauk asam pedas, tidak perlu letak protein banyak pun. Yang penting kuah kena banyak, bendi dan daun kesum kena extra! Apabila bendi empuk tu dikunyah, kuah asam yang meresap dalam bendi meletus di mulut, nikmatnya!


Di bawah ini ialah panduan resepi asam pedas paling senang yang biasa digunakan di rumah. Walaupun saya ini asal dari Melaka, bab asam pedas saya pilih versi termudah. Ini kira resepi asas ya. Jangan pula dibandingkan dengan resepi asam pedas autentik dari Johor atau Melaka. Resepi ini menggunakan bahan-bahan asas sahaja, tidak pakai rempah tambahan lain seperti halba semua tu.



Hidangan asam pedas kegemaran. Tak perlu lauk lain dah! Hadap yang ini sahaja 😊

Khamis, Oktober 10, 2019

Ikan Pekasam Jentik Rasa

Saya kalau makan nasi, saya memang suka andainya ada hidangan tambahan yang boleh bangkitkan selera. Budu, tempoyak, cencaluk, ikan pekasam...semua saya suka! Bahaya sebenarnya sebab confirm makan bertambah sampai dua tiga pinggan. Mana cukup makan sepinggan nasi je kan? 

Kali ini nak cerita pasal ikan pekasam. Saya belajar makan ikan pekasam semasa di universiti. Ada seorang kawan yang ajar makan. Sebelum ini gemar ikan masin dan ikan kering sahaja. Semenjak itu, memang kalau jumpa ikan pekasam saya akan beli buat stok di rumah. Time tak ada selera, tekak pahit...maka keluarlah ikan pekasam sebagai penjentik rasa.



Tiga bungkus ikan pekasam buat stok. Gembiranya! Ikan pekasam yang ini ikannya kecil-kecil. Sedap digoreng sampai garing. Rangup krup krap krup krap gitu!

Isnin, Jun 05, 2017

Resepi Ikan Masak Taucu

Ikan masak taucu ini antara hidangan kegemaran berbuka puasa di rumah. Yelah, rasa masam-masam masinnya tu membuka selera. Memang akan bertambah nasi kalau makan. 😆


Resepi Ikan Masak Taucu

Nak sediakan ikan masak taucu ini mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan:  Ikan (terpulang nak guna ikan apa,..kembung, merah, tenggiri pun boleh), dua labu bawang besar, beberapa ulas bawang putih, dua sudu besar taucu, beberapa batang cili hijau atau jika suka pedas, guna cili api, satu keping asam keping dan sedikit minyak masak untuk menumis dan menggoreng ikan. Oh, jangan lupa serbuk kunyit dan garam secukupnya untuk perap ikan sebelum digoreng.

Rabu, April 27, 2016

Resepi Ikan Bilis Goreng dengan Petai

Satu lagi resepi yang simple tapi super yummy! Siapa penggemar petai di sini? Kita boleh geng! Saya kalau dapat petai, tak kisahlah yang biasa, berebus atau yang berjeruk, memang suka bangat! Pekedai runcit kat area rumah saya pun, kalau ada orang letak petai kat kedai, confirm akan beritahu saya ;)

Kebiasaannya, saya makan cicah dengan budu atau buat sambal petai. Tetapi, kali ini kita buat goreng-goreng, tumis-tumis je. Bahan-bahan yang diperlukan: Hirisan bawang besar (terpulang nak banyak mana), hirisan bawang putih (2 - 3 ulas), hirisan cili merah (2 - 3 tangkai), ikan bilis (digoreng), petai secukupnya dan minyak masak untuk menumis. Oh, bagi yang tidak biasa makan petai raw, boleh rebus petai terlebih dahulu.Orang tua-tua kata, bila kita rebus petai tu, kuranglah sikit bau hebatnya.

Isnin, Mac 28, 2016

Resepi Ikan Pekasam Tumis Kicap

Ikan pekasam memang kegemaran saya. Tetapi, tidak boleh masuk menu selalu sebab Cekebon tak boleh makan. It's a NO-NO untuk dietnya. Faham-faham jelah, bila digoreng baunya menjajah satu rumah. Cekengah yang tengah diet pun boleh cancel dan tukar hari diet jadi cheat day ;)

Kebiasaannya, saya akan goreng ikan rangup-rangup dan goreng bawang bersama cili api (seperti di sini.). Resepi kali ini, kita upgrade sedikit biar sedap berganda. Bahan-bahan yang diperlukan: 2 ekor ikan pekasam, 2 labu bawang besar, beberapa ulas bawang putih, beberapa tangkai cili api (ikut citarasa), beberapa sudu besar kicap makan dan perahan jus limau nipis secukupnya. Oh, jangan lupa, sedikit minyak untuk goreng ikan.

Isnin, Mac 14, 2016

Resepi Sambal Mangga dan Ikan

Sambal mangga dan ikan ini resepi Bott. Selalu kalau jumpa mangga muda, memang akan minta Bott buatkan. Sedappp! Pedas pedas masam masam,...makan nasi sepinggan tak cukup! Tetapi, nak buat sambal ikan dan mangga ni tak ada sukatan yang khusus untuk resepinya. Agak-agak sahaja untuk imbangkan rasa.

Sambal Mangga dan Ikan

Jumaat, Disember 25, 2015

Ikan Percik Bott

Baru-baru ni rengek dekat Bott nak ikan percik. Dah lama tak makan. Dulu-dulu semasa belajar, time bulan puasa, ikan perciklah jadi lauk kegemaran saya untuk berbuka. Hampir setiap hari saya ingatkan Bott minta tolong beli ikan percik. Kenapa tak beli sendiri? Heheheh saya dah membusuk lembik dalam bilik. Nak jalan bukak pintu pun tak larat. Penat puasalah konon-kononnya. Lagipun selalunya kelas Bott habis belah petang. Selayaknya dialah yang membeli juadah iftar.

Ikan percik ni ikan percik Kelantan style. Kuah perciknya warna putih. Tapi, dah siap tetiba kuahnya warna macam purple macam merah gitu. Heheheh itu kita cerita nanti. Jemput jamu mata tengok gambar ikan kena bakar dulu ye. Kasi teaser. Resepinya nanti saya minta dekat Bott. Jaring (err,...jaring ke nama dia?) untuk letak ikan ni beli di Mr. DIY. RM6.90 sahaja! Alhamdulillah, setelah dipakai beberapa kali masih cantik rupawan rupanya. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan akan berkarat. Another pembelian berbaloi saya. Demi ikan percik, gigih memburu jaring ni :)

Khamis, Oktober 16, 2014

Resepi Mudah - Ikan Bilis Air Asam

Mari! Mari! Mari! Siapa-siapa yang suka makan ikan bilis tu, jom cuba buat resepi ni. Sangat mudah untuk disediakan. Wajib buat dalam portion yang besar sebab takut berebut apabila makan ramai-ramai hahaha!


Ikan Bilis Air Asam


Resepi Ikan Bilis Air Asam

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Segenggam atau dua ikan bilis (buang kepala dan bersihkan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 batang cili hijau (hiris serong)
  • 7 batang cili api (hiris serong) *Kalau tak makan pedas, jangan letak.
  • 1 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga rangup. Ketepikan.
  2. Tinggalkan dalam lebih kurang dua sudu minyak. Tumis bawang besar, cili hijau dan cili api.
  3. Masukkan air asam jawa. Jangan terus tuang semua. Agak-agaklah kemasamannya. Perasakan dengan garam. Biarkan hingga mendidih. Siap dah!
  4. Untuk kekalkan kerangupan ikan bilis, masukkan ikan bilis ke dalam kuah asam hanya apabila lauk sedia untuk dihidangkan.

Pertama kali saya cuba resepi simple ni. Best sangat! Licin-licau! Selama ni kalau buat ikan bilis goreng, saya tidak letak air asam jawa. Hanya tumis dengan bawang besar dan cili hijau je. Nanti kalau dah cuba, jangan lupa kongsi pendapat kalian di sini ye!


Rabu, Julai 16, 2014

Resepi Mudah - Ikan Goreng Sambal Taucu

Jom cuba resepi ni. Senang sangat! Ikan digoreng hingga garing kemudian kita lawankan dengan sambal taucu yang pedas-pedas masin.

Ikan Goreng Sambal Taucu


Resepi Ikan Goreng Sambal Taucu

  • 6 - 8 ekor ikan selar kecil (garam & kunyitkan, goreng sehingga garing)
  • 8 biji cili merah (buang bijinya)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar taucu (tanpa airnya)
  • sedikit jus limau kasturi
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara:
  1. Goreng ikan sehingga garing. Ketepikan
  2. Kisar cili merah dan bawang putih dengan sedikit air. Tidak perlu terlalu hancur.
  3. Panaskan lebih kurang dua sudu besar minyak masak. Tumis cili yang dikisar tadi. Masukkan taucu. Biarkan seketika.
  4. Perasakan dengan jus limau mengikut citarasa. Simbahkan kuah sambal taucu ke atas ikan.

Sedap tau! Terangkattt!


Selasa, Jun 17, 2014

Resepi Ringkas - Ikan Tamban Goreng dengan Cili Potong

Ini request daripada Cekebon. Nak makan ikan tamban goreng dengan bawang dan cili api potong.

Bahan-bahan:
  • 2-3 genggam ikan tamban
  • 2 labu bawang besar
  • 10 - 15 cili api
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan ikan tamban. Kemudian, goreng sehingga garing.
  2. Potong bulat-bulat bawang besar dan hiris serong cili api.
  3. Goreng bawang dan cili api dengan dua sudu besar minyak masak. Gaulkan dengan ikan tamban yang telah digoreng tadi.

Isnin, Jun 02, 2014

Ikan Tiga Rasa Brahim's

Ini juadah makan malam last night. Ikan Cencaru Tiga Rasa menggunakan produk Brahim's - Kuah Tiga Rasa. Asalnya Cekengah beli untuk bawa ke London, supaya adik-adik kami yang super busy di sana senang nak prepare benda untuk mamam. Tapi, tak jadi. Masuk stok rumahlah jawabnya.

Sangat mudah untuk disediakan. Tumis kuah dengan sedikit minyak, hirisan tomato & air. Kemudian hanya perlu masukkan nanas. Kat rumah tak ada nanas. So, saya tukar guna hirisan mangga muda. Then, masukkan daun limau dan cili api (untuk kepedasan yang lebih kawwwww!)

Verdict: GOOD! Brahim's Kuah Tiga Rasa berbaloi untuk dibeli ;)

Jumaat, Mac 28, 2014

Resepi Mudah Ikan Terubuk Masin

Hari ni kita intai penyediaan menu ringkas dari Sarawak - Ikan Terubuk Masin. Saya cukup teruja kalau dapat ikan terubuk masin ni. Kegemaran seisi keluarga. Kebiasaannya, jika Cekengah pergi outstation ke Sarawak, memang dia akan beli ikan terubuk masin. Dia lah yang paling suka makan! 

Selalunya, saya hanya sediakan hidangan ringkas ikan terubuk masin. Tidaklah dibuat masak gulai, kari atau berlada. Sekadar menu sampingan pembuka selera untuk makan tengah hari atau makan malam. Ikan terubuk masin yang digoreng rangup-rangup, kemudian dimakan dengan nasi panas -- TERANGKATTTTT!!!

Di bawah ini ada dua resepi mudah ikan terubuk masin.

Resepi #1


Cara-cara penyediaan:
  1. Buang sisik ikan dan bersihkan.
  2. Potong ikan kepada beberapa bahagian.
  3. Salutkan ikan dengan tepung jagung. Salutan nipis sahaja tau. Jangan tebal sangat coating tepungnya.
  4. Kemudian, panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi. Biar tinggal lebih kurang 1-2 sudu sahaja.
  5. Hiris bulat beberapa biji bawang besar. Tumis bawang sehingga naik bau.
  6. Seterusnya, basuh beberapa tangkai cili kering. Potong kepada dua atau tiga bahagian dan tumis sekali bersama hirisan bawang tadi buat seketika.
  7. Setelah masak, angkat tumisan bawang dan cili kering. Letakkan di atas ikan terubuk masin yang telah digoreng. Siap untuk dihidangkan!  



Resepi #2


Cara-cara penyediaan:
  1. Buang sisik ikan dan bersihkan.
  2. Potong ikan kepada beberapa bahagian.
  3. Salutkan ikan dengan tepung jagung. Salutan nipis sahaja tau. Jangan tebal sangat coating tepungnya.
  4. Kemudian, panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi. Biar tinggal lebih kurang 1-2 sudu sahaja.
  5. Hiris bulat beberapa biji bawang besar. Tumis bawang sehingga naik bau.
  6. Seterusnya, masukkan hirisan beberapa tangkai cili api. Tuang tumisan ke atas ikan terubuk masin tadi.
  7. Perahkan dengan jus limau kasturi sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Khamis, Mac 13, 2014

Gulai Lemak Cili Api Ikan Sardin

Niat hati nak makan something yang berkuah, pedas-pedas dan masam-masam. So, buatlah lauk ni. Gulai lomak cili api ikan sardin. Saya tambah beberapa biji tomato, belimbing buluh dan lebih kurang setengah tin kuah tomato sardin nak kasi rasa masam lebih kawwwwww!


Entri resepi lain menggunakan belimbing buluh:



Rabu, Mac 05, 2014

Ikan Tenggiri Masak Taucu dengan Asam Belimbing

Hari ni masak hidangan guna belimbing buluh lagi. Alhamdulillah, stok buah belimbing ni di pokok masih lebat. Buat ikan tenggiri masak taucu. Then, masukkan belimbing buluh untuk rasa masam-masam sikit. Selamat jamu mata!


Lihat juga entri ini: Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh a.k.a Sambal Hitam

Rabu, Januari 22, 2014

Sambal Hijau Ikan Bilis dengan Biji Cempedak

Belakangan ni ibu murah rezeki cempedak. Kawan-kawannya yang ada dusun dan kebun rajin beri ibu buah cempedak. Beraya sakanlah kami sekeluarga makan cempedak goreng. Tak cukup dengan itu, biji-biji cempedak yang tak dimakan kitorang pakat simpan. Tak buang tau! Untuk apa?

Tattadaaaa! Untuk buat lauk. Di bawah ini salah satu menu menggunakan biji cempedak.


Biji cempedak tu direbus terlebih dahulu. Then, dikupas kulitnya. Buat sambal ikut citarasa sendiri. Saya buat sambal hijau. Teringin nak makan pedas-pedas sikit. Dah siap sambalnya, gaulkan dengan ikan bilis goreng dan biji cempedak yang telah dipotong. Bayangkanlah makan sambal yang pedas menyengat bersulam dengan kerangupan ikan bilis dan rasa lemak-lemak biji cempedak. Fuhhh! Terangkat!!