Memaparkan catatan dengan label Lazada. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lazada. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 18, 2022

Semua 1 Kilo

Assalamualaikum. Apa yang semua satu kilo? Meh sini nak cerita. Kacang-kacang yang saya beli di Enrico's, Lazada.

Kisahnya, saya beli kacang tanah, kacang hijau dan kacang kuda untuk stok pantri. Kacang tanah untuk digoreng. Bott kalau buat nasi lemak wajib ada kacang tanah. Kacang kuda untuk direbus dijadikan snek kunyah-kunyah antara waktu makan manakala kacang hijau untuk masak kuih kasturi dan bubur kacang hijau.

Saya pesan 500g kacang tanah, 500g kacang hijau dan 250g kacang kuda (kacang kuda memang tak beli banyak sebab masih ada berbaki di rumah). Semasa bungkusan tiba, saya yang terima. Terdetik juga di hati yang kotaknya agak berat tetapi tak syak apa-apalah.

Sesudah dibuka ...

Kekacang yang dibeli 😊

Selasa, Januari 04, 2022

Beli Teh Kamomil Lale di Mahnaz Food

Saya memang penggemar kopi tetapi pada masa yang sama saya rajin juga bereksperimen dengan pelbagai jenis teh yang terdapat di pasaran.

Sekali-sekala tukar selera apa salahnya, kan? Lagi pula sekarang ini ada beraneka teh di pasaran. Dari daun teh, serbuk teh hinggalah bunga-bungaan yang dikeringkan. Ada yang dalam uncang, dalam bentuk stick yang merembes keluar apabila direndam ... macam-macamlah. Teh cold brew yang uncang boleh terus rendam dalam air sejuk pun ada.

Baru-baru ini saya beli teh kamomil. Sebenarnya, saya tiada jenis atau jenama tertentu untuk produk teh. Tetapi, teh kamomil memang akan sentiasa ada sebab merupakan antara kegemaran saya.

Kamomil ialah bunga dari spesies tumbuhan Asteraceae yang kelihatan seperti bunga daisy. Bunga dan tangkainya dikeringkan untuk dijadikan teh.

Teh bunga kamomil

Rabu, Disember 08, 2021

Sibuk Memburu Si Lazzie

Assalamualaikum. Selamat Hari Rabu! 

Bagi kalian yang biasa membeli-belah di Lazada, sudah intai-intai promosi 12.12 atau belum? Saya tiadalah teruja sangat hendak berbelanja itu ini. Biasanya, kalau waktu jualan murah, saya banyak beli barang-barang dapur dan keperluan harian sahaja. Oh, tidak lupa … barang-barang untuk kraf, jurnal dan planner saya juga 😂. Seronok apabila dapat tawaran berbaloi yang memang sukar hendak jumpa jika di luar.

Sekarang ini saya tengah rajin memburu si Lazzie. Maskot Lazada yang ceria tu. Pengguna aplikasi Lazada tentu sibuk lakukan perkara yang sama, bukan? Lazzie Hunt bersempena 12.12 menawarkan hadiah utama kereta Nissan Almera.

Selasa, November 30, 2021

Beli Udon dapat Pan Mee

Jualan 11.11 yang lalu saya banyak beli barang dapur dan keperluan rumah untuk stok. Memang kebanyakan barang sudah masuk shopping cart siap-siap. Apabila ada flash sale, potongan harga atau tawaran yang berbaloi, barulah selesaikan pembelian, manfaatkan mana-mana baucar-baucar yang ada.

Khamis, November 11, 2021

Baucar RM3 Lazada dengan harga RM0.10 di TNG eWallet

Assalamualaikum. Salam 11/11. Ada yang masih sakan shopping bersempena dengan jualan 11/11 ini? Berjaya dapat tawaran terbaik tak? Sebut tentang tawaran terbaik, hari ini dan kelmarin saya dapat beli baucar Lazada bernilai RM3 dengan harga RM0.10 sahaja melalui TouchNGo eWallet. Punyalah saya gembira!

Bagi yang menggunakan TNG eWallet, mesti kalian biasa browse bahagian A+ Rewards tu, kan? Haaa ... untuk 11.11, ada banyak tawaran baucar menarik. Kita dapat beli baucar produk tertentu pada nilai harga yang lebih rendah. Misalnya, kita bayar RM5 untuk baucar Secret Recipe yang bernilai RM10 atau bayar RM3.50 untuk baucar Tealive bernilai RM7. Jika ada keinginan beli produk-produk tersebut dalam masa terdekat memang berbaloilah sebab akan nikmati penjimatan. 


Jumaat, Oktober 08, 2021

Nissin Ramen Tokyo Shoyu

Ini entri selongkar pantri. Biasalah apabila cuaca bertukar-tukar, sekejap panas sekejap sejuk ... yang malar tidak bertukar cuma selera dan hala langkah saya sahaja. Laju menapak pergi dapur selongkar pantri tengok apa yang boleh dimakan atau dibuat kunyah-kunyah.

Penemuan saya untuk kali ini - Sepek Nissin Ramen Tokyo Shoyu. Interesting! Ada yang pernah makan tak?

Nissin Ramen Tokyo Shoyu

Khamis, September 23, 2021

Terbeli Quaker Breakfast Pack Sebab Comel

Semasa mencari rolled oats di Lazada, saya jumpa pek promosi Quaker Oats. Lazimnya, disebabkan memang banyak guna oat, saya akan beli loose pack dari kedai menjual peralatan kek dan bakeri. Sekilo rolled oats boleh dapat dalam RM5.70 - RM7.00 (bergantung kepada kedai dan  promosi yang berlangsung). Lebih berbaloi jika dibandingkan dengan oat yang ada jenama. Paling murah sekitar RM8. ++, itu pun dalam 800g. Lagi satu, jika beli produk yang berjenama, saya jarang pertimbangkan Quaker Oats kerana lebih gemar jenama Captain.

Tetapi, Quaker Breakfast Pack ini benar-benar menarik perhatian saya. Didatangkan di dalam kotak comel, ada 800g rolled oats dan hadiah percuma - breakfast cup + heart scoop

Quaker Breakfast Pack

Isnin, Ogos 30, 2021

Habiskan Baucar Lazada Sebelum Tamat Tempoh

Saya ada baucar Lazada bernilai RM50 yang hendak tamat tempoh. Entah bagaimana saya boleh terlepas pandang entah. Tidak pasti saya dapat baucar ini dari mana sebab lazimnya, baucar-baucar yang saya tebus hasil buat online surveys belakangan ini saya terus guna. 

Cepat-cepat buka aplikasi Lazada, lihat apa yang ada di dalam cart. Cart saya memang tidak pernah lengang. 😅 Apabila ada penurunan harga atau flash sale dan barang berkenaan dalam senarai keutamaan saya, barulah saya sempurnakan pembelian.

Setelah puas belek dan saring, inilah produk-produk yang saya beli menggunakan baucar tersebut.


Semua makanan!😄

Sabtu, Julai 24, 2021

Tak Beli Double-Sided Tape, Tapi ...

Ini kisah dua minggu yang lalu. Saya sedang sibuk menguruskan material untuk kelas di bilik kerja. Tiba-tiba Bott masuk tanya kenapa saya beli double sided tape lagi sedangkan masih ada banyak pita tersebut dalam stok barang kraf saya. Ketika itu dia sedang buka bungkusan-bungkusan pembelian online kami yang baru sampai.

Double-sided tape? Pelik. Saya tidak beli sebarang bentuk gam atau pita pelekat pun. Setelah dibuka bungkusan berkenaan betul-betul dan diteliti, ini yang saya terima.

Memang double-sided tape. Tapi, bukan yang baharu. Ini gelung double-sided tape yang telah digunakan.


Di dalam gelungan itu baru barang yang saya beli. 😎

Saya beli satu tiub kecil Advocate Cat Flea & Tick Spot-On Solution untuk Yuri. Yuri pakai ubat kutu ni tiap-tiap bulan untuk perlindungan jangkitan kutu dan earmites. Sebenarnya, dalam simpanan kami ada satu kotak yang mengandungi 3 tiub ubat kutu. Malangnya, simpan punya simpan, sampai tak jumpa letak di mana.

Mujur ada kedai pet online yang jual satu tiub secara berasingan. Jadi, saya belilah satu unit sementara hendak menjejak kotak ubat kutu yang terlampau disimpan itu. 

Kreatif penjual ini, kan? Sedaya upaya lindungi produk yang kecil cenonet dengan menggunakan bahan terpakai. Boleh beri markah lebih di situ. Barang selamat sampai tanpa cela. Dah selamat calit pada tengkuk Yuri pun.

Tuan punya badan tengah terkedang, seronok tinggalkan DNA atas permaidani.

Tengok gelung double-sided tape teringat pada satu cerita yang saya baca sebelum ini. Seorang pelanggan ni beli alat sparepart secara online. Apa yang menariknya, penjual telah bungkus sparepart yang dibeli menggunakan sabut kelapa. Memang kalahlah bubble wrap, inflatable air packaging tu semua. Betul-betul berfikir di luar kotak. 😂

Terhibur saya dapat barang dibungkus unik sebegini. Penjual-penjual macam ni layak untuk dapat ulasan yang baik kerana mereka berusaha cuba untuk pastikan barang sampai kepada kita dalam keadaan sempurna. 

Ada juga segelintir penjual yang bikin panas hati, bungkus produk tanpa ambil sebarang langkah berjaga-jaga. Asal boleh sahaja. 

Saya pernah beli chia seeds. Pek chia seeds diletakkan di dalam sebuah kotak yang dibuat sendiri (ada lubang di sana sini dan tidak dibungkus dengan sebarang plastik tambahan atau bubble wrap). Hendak dijadikan cerita, plastik chia seeds itu sendiri tidak di-seal dengan betul. Bayangkan, menjelang sampai kepada saya produk yang beratnya 250g dah tinggal 80g! Selebihnya, buat jejak dari kedai - fasiliti logistik - kereta adik Ninja - rumah saya.

Bila saya hubungi penjual, hanya sebaris sahaja ayat - So sorry dear. Lepas tu, siap lampirkan dasar tak boleh return atau refund. Saya pun kalau ikutkan memang tak adalah nak bersusah-payah keluar rumah semata-mata nak refund barang. Lagi-lagi chia seeds tu harganya sekitar RM6 - 7. Cuma geram dengan sikap tak bertanggungjawab si penjual. Paling tidak, boleh je dia guna plastik flyer biasa tu. Sekurang-kurangnya, apabila seal plastik chia seeds terbuka, biji-biji chia kekal dalam flyer.

Kalian pula bagaimana? Ada pengalaman menarik (atau yang kurang baik) tak dari segi pembungkusan melalui sebarang pembelian online? Kongsi-kongsilah di sini.










Sabtu, Jun 05, 2021

Borong Yarra Farm Full Cream Milk

Susu antara produk yang sentiasa kena ada di rumah saya. Guna untuk bancuh kopi, buat overnight oat, smoothie, peram yogurt dan juga untuk baking. Saya pagi-pagi kalau tak dapat secawan latte terasa bagai pincang hari yang dilalui hehehe. 

Sewaktu Bott kata susu tinggal satu kotak sahaja yang berbaki, lajulah jari-jemari ini 'bersiar-siar' di Lazada. Waktu susah hendak ke kedai dalam tempoh PKP kena pastikan kelangsungan stok.

Ini pembelian terbaharu saya. Yarra Farm Full Cream Milk. Borong terus 6 kotak. Sekotak (1 liter)  cuma berharga RM4.80. Dapat pula ada baucar penghantaran percuma. Memang pembelian berbaloilah!

Puas hati dengan pembungkusan. Kemas, bubble wrap tebal dan kesemua enam kotak susu sampai dalam keadaan selamat. 👍


UHT vs Pasteur

UHT atau Pasteur? Sebenarnya, saya lebih gemar susu pasteur berbanding susu UHT. Susu pasteur ini biasanya diletakkan di bahagian chiller produk tenusu. Susunya memang perlu sentiasa dalam keadaan sejuk. Jika tidak, akan cepat rosak. 

Selasa, April 27, 2021

Teringin Keropok Belinjau

Dah lama tak makan keropok belinjau. Entah mengapa, tiba-tiba boleh rindu nak makan keropok belinjau cecah sambal macam dekat Dancing Fish. Apa lagi, mulalah aktiviti menjelajah Lazada dan Shopee dilakukan. Cari keropok belinjau. 😂

Kalian biasa makan atau tidak? Sesetengah tempat panggil keropok ini emping belinjo/belinjau atau kerepek belinjau. Ada orang kurang gemar makan keropok belinjau sebab rasanya pahit-pahit. Saya suka hehehe. Pahit-pahit tu yang buat asyik mengulang tak berhenti mengunyah.

Di Lazada, ada jual yang kering (belum goreng), siap bergoreng dan bersira dengan lada. Saya pilih untuk beli dekat satu penjual ni sebab harganya berpatutan dan banyak ulasan baik terutamanya berkenaan pembungkusan. Kalau hendak beli benda fragile seperti keropok ni, kena gigihlah sedikit baca reviews. Tak mahulah kecewa nangis dekat bucu katil apabila keropok yang dibeli sampai ke tangan kita dalam bentuk serpihan kecil pula. 

Alhamdulillah, keropok sampai dalam keadaan selamat. Pembungkusan memang tiptop. Pakai bubble wrap dan kadbod keras untuk lindungi keropok. Tapi, saya lupa pula hendak capture gambar. Sudah dapat, kita gorenglah!

Selasa, Jun 19, 2018

Voucher Shake Shake Lazada

Masa Lazada buat sale sempena raya awal bulan Jun yang lalu, kan ada Shake Shake slots untuk kita rebut peluang menang shopping voucher kan? Selalunya bab-bab begini saya memang kurang bertuah hehehe. Jadi, tak adalah alert sangat dengan waktu untuk shake shake.

Nak dijadikan cerita, ada satu malam, saya buka phone sebab nak sync steps Garmin. Masa tu dah pukul 9 lebih, steps tak cukup 12 000 lagi! Dalam kalut-kalut, terrrbuka aplikasi Lazada. Eh, ada shake shake lah! 

Makanya, sambil struggle menambah steps plus kutuk-kutuk diri sendiri sebab sebelah siangnya tu mengular depan TV, saya pun goncang-goncang phone. Ngam ngam pada pukul 9.30. Goncang dan goncang lagi! Then, pada percubaan ke-4, dapat notifikasi kasih sayang YOU HAVE WON! Yabedabeduuuuuu!



Selasa, November 15, 2016

Guitar String Winder

Satu lagi item yang saya beli menggunakan e-coupon LAZADA (baca mengenainya di sini). Guitar string winder. Apa kegunaan guitar string winder ni? Alat untuk memudahkan kita tukar tali gitar. Jika tidak menggunakan alat ini, akan ada elemen terkial-kial dan puas berpenat lelah memusing pegs ketika membuka dan memasang tali gitar hihihi


Milik saya :)

Jumaat, November 11, 2016

Clear Stamps Beli di LAZADA

Sebelum ini, saya pernah tulis entri mengenai penebusan e-coupoun LAZADA menerusi Woop. Saya ada tiga pembelian yang boleh dibuat menggunakan 3 e-coupon bernilai RM10 setiap satu. Dua daripadanya guna untuk beli aksesori Si Kapok, satu lagi beli barang nak buat kraf :)

Apa yang saya beli?


Hehehe kononnya nak tambah-tambah koleksi. Senang buat kad nanti. Harga termasuk kos penghantaran - RM15. Jadi, dengan e-coupon, saya hanya bayar RM5! Berbaloi-baloi!

Produk ni daripada China. Makan masa seminggu lebih jugalah untuk sampai. Dari segi kualiti, lebih kurang sama dengan clear stamps yang saya biasa beli di POPULAR. Boleh baca mengenainya di sini.

Dah sampai!

Saya suka dengan setiap stamp dalam set ini. Cuma satu je yang 'peheng' sikit - YOU ARE MY HAPPY ;) Maklumlah, kalau beli barang dari sana, kena hati-hati sedikit dengan ejaan dan penggunaan Bahasa Inggerisnya. Setakat satu stamp, saya pejam mata dan terus check out sebab yang selebihnya cantik-cantik.

Bagi yang berminat, bolehlah cari di LAZADA ye. Gunakan kata kunci 'clear stamps' dalam carian kalian. Then, pilihlah mana yang berkenan ikut bajet. Biasanya clear stamps kita boleh dapat semurah RM5 hinggalah ke seratus lebih. Bergantung pada saiz stamps dan kualitinya. Macam yang saya beli di atas, jika dibeli di POPULAR, harganya lebih kurang RM7-8. Jadi, RM15 dengan kos delivery sampai ke depan pintu rumah kira sangat berpatutan.

Haaa,..sempena Online Revolution ni, rebutlah peluang dapatkan barang-barang yang diingini dengan harga hebat! Bukan setakat clear stamps, macam-macam lagi ada! Klik sahaja banner di bawah.


SELAMAT MEMBELI BELAH!

Selasa, Julai 26, 2016

RM150 Hadiah Raya daripada LAZADA

Sebut sahaja LAZADA, mesti dah terfikir tentang shopping kan? ;) Tetapi, kalian familiar tak dengan program affiliate oleh LAZADA? Ada tak yang sertai? Saya dah hampir setahun rasanya joined LAZADA Affiliate ni. Dah merasa dapat payout. Asal rajin push banners dan apa yang kita promote tu kena dengan target audience, adalah komisen apabila orang beli barang melalui link(s) kita.

Berbalik pada topik. Bulan Ramadhan yang lalu, LAZADA Affiliate ada anjurkan beberapa peraduan. Tak silap saya ada 5 contests termasuklah Ramadhan Blogger Contest - 10 Barang Yang Saya Mahu Pada Ramadhan Ini. Saya jarang masuk GA atau peraduan-peraduan sebenarnya. Tetapi, masa baca e-mel LAZADA rasa macam, 'Eh, menariknya! Nak cubalah.' Siap ajak Bott sekali main pilih-pilih, apa 10 barang yang kita nak untuk Ramadhan.