Assalamu'alaikum,
Bagi yang perasan, di tower saya ini kerap juga saya promosikan tentang 'Lelaki Langit Bumi'. It's actually an online novel yang saya dan team sedang usahakan. Ini kira projek suka-suka-tak-ada-kerja sayalah.
Ada Apa dengan Lelaki Langit Bumi
Saya panggil projek ni Projek Syok Sendiri hehehe 😉. Pada asalnya, sekitar penghujung 2013 - 2015, saya terlibat dengan satu projek research. Research tentang blogger (pengaruh, latar belakang, jenis, dll), muzik (minat, trend semasa, alat muzik), kraf (kraf kertas, DIY) dan macam-macamlah. Sedikit sebanyak contents FAMF Tower sekitar tempoh itu mula dipengaruhi oleh aspek-aspek ini. Somehow, the particular research went with a different direction. So, my team and I were left with all the research findings.