Memaparkan catatan dengan label Resepi Biskut Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Biskut Raya. Papar semua catatan

Khamis, September 29, 2022

Tart Nanas Keju Cheddar

Assalamualaikum. Hujung minggu lepas saya buat kuih tart nanas. Versi yang dohnya letak keju. Biar lemak berganda rasanya. Sudah lama teringin hendak makan tart nanas berkeju. Kebetulan beberapa hari sebelum itu ada singgah kedai jual bahan buat kuih dan kek. Saya beli sekali jem nanas satu pek kecil.


Tart nanas berkeju

Jumaat, Mac 25, 2022

Makarun Kelapa Makan Ulang-ulang

Assalamualaikum.

Ada tidak dalam kalangan kalian yang suka makan makarun kelapa (coconut macaroons)? Dua bahan asas makarun kelapa ialah putih telur dan kelapa parut. Saya sebenarnya suka sangat rasa makarun ini berbanding makarun berwarna-warni yang ada inti manis di tengah-tengah tu. 

Hendak membuatnya pun tidaklah sesukar mana cuma setiap kali teringin hendak makan makarun kelapa, mesti stok kelapa kering tiada di rumah. Maka, kerap tertangguhlah hasrat itu.

Ini makarun kelapa saya.

Makarun kelapa

Isnin, Julai 19, 2021

Biskut Jawatis untuk Raya

Petang semalam, tengah bosan-bosan duduk rumah, tiba-tiba terasa hendak buat biskut raya. Biskut raya yang mudah-mudah sahaja. Bolehlah nanti feel raya lebih sedikit. Setakat kami berdua memang tak rancang nak masak-masak sangat untuk Aidiladha. Cekebon dah cakap nanti ada orang hantar santapan raya untuk anaknya yang terpisah daerah ini. Nenek jiran sebelah rumah saya pun dah pesan awal-awal jangan masak pagi raya, lauk raya dia sponsor

Makanya, kita bakar kuih jelah untuk raya. 

Pergi pantri intai bahan-bahan kering. Si Bott baru kemas bahan baking saya. Seronok sedikit nak bersilat di dapur. Nampak apa yang ada apa yang tak ada untuk buat kuih.


Lihat: Cara Mengurus Stok Barang Dapur dan Baking


Biskut Jawatis

Rabu, April 07, 2021

Resepi Bangkit Cheese Lemak dan Gebu

Jika ditanya pada saya apakah kuih raya kegemaran saya, saya akan jawab kuit tart nanas dan bangkit keju (bangkit cheese). Saya punya suka sampai gigih cuba belajar buat sendiri. Sebab beli rasa tak puas. Kalau buat tu, dapatlah banyak sedikit untuk dimakan berulang-ulang. Saya memang sejak kenal kuih bangkit keju, dah tak berpaling dah! Suka benar akan rasanya yang lemak-lemak, teksturnya yang gebu, lembut dan cair di mulut. Bulan bukan raya pun saya mahu makan bangkit keju. 😁

Inilah kuih bangkit keju saya. Buat satu adunan sahaja konon-kononnya biskut kunyah-kunyah pra-Ramadan.

Ahad, Jun 19, 2016

Resepi Biskut Cornflakes Kopi

Asalnya, ini resepi biskut cornflakes SOS saya. Kenapa SOS? Kalau tiba-tiba saya atau Bott craving nak makan biskut, memang saya akan bake biskut cornflakes ni. Sebab resepinya senang! Diulangi ... senang banget! Tak perlu pakai mixer, tak perlu masukkan telur. Kacau-kacau begitu sahaja, bakar ... siap!

Cuma baru-baru ni, saya melayankan Cekebon buat projek Ramadannya dengan serbuk kopi. Adalah lebihan stok serbuk kopi. Jadi, saya masukkan sedikit dalam adunan. Fuhhh! Aromanya masa dibakar ... asyikkk! Berebut-rebut satu rumah makan.


Resepi Biskut Cornflakes Kopi

(Ini adunan kecil. Jika hendak buat banyak, gandakan adunan.)

Khamis, Mei 05, 2016

Biskut Sarang Semut (Resepi Mudah)

Musim teringin makan biskut raya dah sampai! Kalau kalian juga teringin hendak buat biskut sarang semut yang cair di mulut, cukup lemak manisnya, teruskan membaca entri ini. Saya kongsikan resepi biskut sarang semut yang sedap. 

Rasanya dah lama benar dapur ni tak berbau wangi dek kerana membakar cookies. Tapi, saya buat ini bukan biskut raya tau. Biskut untuk dikunyah-kunyah semasa gatal gigi.

Biskut Sarang Semut

Dulu masa kecil, saya tak pandai makan biskut sarang semut ni. Yalah, time kecik-kecik taste-buds cenderung ke arah biskut coklat je. Dah tua nilah jadi penggemar biskut sarang semut tegar. Mudah sangat nak buat. Cuma sewaktu sagat adunan tu je yang agak remeh sikit.

Apa yang menariknya, once kita dah ada resepi asas biskut ni, kita boleh pelbagaikan lagi rasanya. Buat biskut sarang semut Milo ke … sarang semut Horlicks ke. Yang dalam gambar di atas tu, biskut sarang semut tradisional. Asli! Rasanya lemak berkrim. Teksturnya rapuh, lembut mencair di mulut.


Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A

250g mentega
100g gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan B (ayak)

250g tepung gandum
100g tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard

Bahan Hiasan

Coklat Urai (Chocolate Rice)
Thousands & Hundreds (Manik gula kecil yang berwarna-warni tu)

Kelongsong kertas no. 1 secukupnya.


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Pukul gula mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan kuning telur diikuti dengan esen vanila.
  2. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit. Kaup balik hingga mula membentuk doh. 
  3. Kepal-kepalkan doh kepada beberapa bahagian.
  4. Sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit.
  5. Sagat doh menggunakan pemarut. Gunakan garpu atau sudu kecil untuk isi doh yang telah diparut ke dalam kelongsong kertas. Susun dalam dulang pembakar.
  6. Taburkan coklat urai dan thousands & hundreds.
  7. Bakar dalam oven (yang telah dipanaskan pada suhu 180'C) selama 18-25 minit.

Selamat Mencuba!

Rabu, September 23, 2015

Coffee Chips Cookies | Biskut Cip Kopi

Biskut rayalah kononnya. Lebih kepada stok untuk kunyah-kunyah. Mula-mula, saya ingat nak buat tat nanas. Cekebon kesayangan dah layang hint beberapa kali dah teringin nak makan kuih tat. Jem nanas pun ada dalam peti ais. Tapi rasa malas pula nak main terap-terap. Buat drop cookies ok jugak. Kita main sudu-sudu je adunannya. Tengok barang-barang baking, ada cip kopi yang saya tak gunakan lagi. Buat biskut cip kopi lah! Kuih tat nanti ye, Bon :)

Biskut Cip Kopi

Rabu, Julai 15, 2015

Biskut Cornflakes Easy Peasy Crunchy

Biskut cornflakes ni biskut ketiga yang dibakar untuk Syawal. Sebelum ni dah buat Tat Nanas Cheddar (resepi di sini) dan biskut Oreo Chocolate Chips (resepi di sini).

Resepi yang saya nak kongsi ni sangat mudah! Tak guna telur pun. 


Resepi Biskut Cornflakes Easy Peasy Crunchy

Bahan-bahan:
  • 250 gram mentega
  • 1/2 cawan gula castor
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 200 gram cornflakes (ramas kasar)
  • 100 gram sultana
  • 1 sudu teh esen vanila

Isnin, Julai 13, 2015

Resepi Tart Nanas Cheddar

Kuih raya pertama yang saya buat untuk tahun ni. Mula-mula ingat tak nak buat. Cekengah rajin beli yang tunjuk-tunjuk dekat office. Then, dapat dari jiran dan kawan-kawan sebalang dua. Cukuplah tu. Tetapi, memandangkan tahun ni Cekebon semangat berkobar-kobar dan mood excited lebih sikit nak raya, (Alhamdulillah, tahap kesihatannya baik sepanjang Ramadhan ni), buat jugalah dua tiga jenis.

Memandangkan dah ada tart nanas gulung yang orang beri, saya buat tart tekap bunga. Ikut tekak sendiri. Hahaha! Personally, saya suka tart bunga begini kerana rasa jem yang dibakar, keras-keras sticky...sedap! Memang dari kecil kalau raya, saya cari tart bunga. Lagipun, dulu-dulu mana ada taet gulung, tart kelopak, tart jongkong, tart sekundang bagai.

...dan yang lebih yummy ... kita tambah keju Cheddar pada dohnya. Sewaktu dibakar, wangi semerbak satu rumah!

Isnin, November 24, 2014

Resepi Biskut Kopi Yumm Yumm!

Nak makan cookies perasa kopi yang sedap? Cuba resepi di bawah. Kita gunakan instant coffee (Nescafe ke,...Indocafe ke...terpulang).

Bersedia untuk dibakar!

Bahan-bahan:
  • 180g mentega/marjerin
  • 210 gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh Nescafe/Indocafe
  • 365g tepung naik sendiri

Cara penyediaan:
  1. Pukul mentega/marjerin dengan gula hingga gebu. Kemudian, masukkan kuning telur. Pukul lagi.
  2. Masukkan esen vanila dan Nescafe/Indocafe. Gaul hingga semuanya sekata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang boleh diterap. Agak-agak penggunaan tepung. Jika rasa doh biskut dah cantik dan lembut untuk diterap, tak perlu guna semua. Jika doh agak kering dan berderai, tambahkan sedikit mentaga/marjerin.
  4. Gunakan rolling pin untuk leperkan doh. Terap menggunakan acuan kuih. Susun atas dulang pembakar yang telah dilengser.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit. (Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu ye.)

Senang je kan? Biskutnya pun rangup. Rasa kopi just nice. Sedap makan begitu sahaja. Tetapi, kalau rajin boleh upgrade biskut kopi ni jadi biskut mocha pula :)

Mocha Cookies

Saya suka gunakan brown chocolate (compared to dark chocolate) untuk resepi ini. Agak-agaklah coklatnya nak digunakan banyak mana. Timbang. Cairkan coklat (guna teknik double boiler) dengan sedikit cocoa butter. Berapa banyak nak guna? 10% daripada jumlah berat coklat tadi. Jika coklat yang digunakan 300g, cocoa butter hanya 30g. Celup biskut dan taburkan dengan sedikit hiasan/gula manik/coklat urai.

Oh, boleh juga tambah 100g cornflakes yang dikisar halur ke dalam adunan untuk tekstur yang lebih crunchy :)

Selamat Mencuba!



Sabtu, Julai 12, 2014

Resepi Biskut Raya - Biskut Oreo Coklat Cip


Nak cuba tak biskut rangup dan yummy nih? Ini antara biskut kegemaran saya. Tak perlu tunggu raya. Buat untuk makan hari-hari biasa pun, cepat je balang biskut lengang! Drop cookies. Tak payah nak bentuk-bentuk atau terap. OK, ambil resepi ni :)

Resepi Biskut Oreo Coklat Cip

Bahan A
150g mentega
150g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
180g tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
(Ayak, kemudian masukkan 1/2 sudu teh garam halus)

Bahan C
100g coklat putih (parut halus)
160g coklat cip
100g biskut oreo (boleh beli yang telah sedia dihancurkan/hancurkan sendiri)
80g cornflakes (kisar halus)

Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar 170 - 175 darjah celcius.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sekata. Kemudian, masukkan pula esen vanila. 
  3. Setelah adunan menjadi gebu dan warna bertukar pucat, masukkan Bahan B. Gaul rata.
  4. Masukkan parutan coklat putih, coklat cip, biskut oreo dan cornflakes. Gaul hingga semua bahan menjadi sekata.
  5. Ambil satu sudu teh adunan dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilengser. Jarakkan sedikit kedudukan doh biskut kerana biskut akan mengembang.
  6. Bakar selama 12 - 15 minit (bergantung pada ketuhar masing-masing)
 Selamat Mencuba!

Resepi Kelongsong Tart (Tart Shells) untuk Tart Keju dan Tart Buah

Dulu saya suka sangat buat tart keju. Tak kiralah tart keju yang plain atau yang ada blueberry filling. Sekarang ni dah tua ...malas nak buat semua tu. Tetapi, hari ini saya hendak kongsi resepi kelongsong tart (tart shells) yang biasa saya gunakan. Bagi saya, kelongsong tart pun mainkan peranan utama dalam memastikan kuih tart enak dimakan. Kalau inti atau filling keju sedap berlemak, tetapi kelongsongnya macam so so sahaja ... hilang kenikmatan makan tart keju heheheh. 

Saya suka kelongsong tart yang rangup. Barulah kunyahan kita tu lebih enak... ada elemen lembut, ada crunchy.... baru puas hati! Okey, jom tengok resepi!


Resepi Kelongsong Tart (Tart Shells)


Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A

  • 200gm butter
  • 100gm gula aising
  • 1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
  • 1 biji telur

Bahan C
  • 420gm tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung

Cara - cara penyediaan:

  1. Putar Bahan A sehingga lembut. Masukkan Bahan B dan putar lagi sehingga gebu. Kemudian, masukkan C dan gaul sebati hingga menjadi doh. Rehatkan doh dalam peti sejuk selama 2 jam.
  2. Ambil sedikit adunan. Tekan adunan ke dalam acuan tart. Buang lebihan adunan supaya kelongsong terbentuk lebih kemas. Cucuk dasar kelongsong dengan garfu agar tidak menggelembung ketika dibakar. 
  3. Bakar pada 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit atau hingga keperang-perangan.

Setelah siap dibakar, bolehlah diisi dengan 'filling' keju atau krim. Tetapi, pastikan kelongsong tat sudah betul-betul sejuk. Kelongsong tat ini boleh disediakan terlebih dahulu dan disimpan di dalam bekas kedap udara. Untuk tahan lebih lama, simpan di dalam peti sejuk.


Selamat mencuba! Nanti jangan lupa kongsi pandangan kalian mengenai hasil kelongsong tart ini dengan saya ya. Haa ... bagi yang sudah mahir buat kelongsong tart, marilah cuba buat salah satu resepi tart kegemaran saya -  Tart Badam Rasberi.

Ahad, Julai 06, 2014

Tips Berguna - Cara untuk Bahagi Dua Sukatan Resepi yang Menggunakan Cawan dan Sudu

Hmmm,..sekarang ni mesti dah ada yang mula buat biskut raya. Cuba resepi ini,..cuba resepi itu. Bagi yang nak cuba resepi baru, jangan terus buat satu adunan. Mana tahu kalau tak menjadi,..bantat ke,...rasa tak sedap ke,..atau adalah yang tidak kena, tidaklah kita membazir bahan-bahan kita.

Apa yang saya nak kongsikan hari ini ialah panduan berguna untuk bahagi dua (setengah) resepi yang menggunakan sukatan cawan dan sudu. Kalau ikut gram, senang je kita nak kira, kan. Tetapi, macam mana nak bahagikan 1/3 cawan tepung? Rujuk rajah di bawah ye.


Semoga jadual ini dapat membantu! :)



Sabtu, Jun 21, 2014

Resepi Biskut Raya - Tart Beri Biru Berkeju



Blueberry Cheese Tart saya :)


Resepi Biskut Tart Beri Biru Berkeju

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 200g mentega/marjerin
  • 1 biji telur
  • 100g susu tepung
  • 50g tepung jagung
  • 300g tepung gandum
  • 50g serbuk keju parmesan
  • 50g gula ising
  • 250g jem beri biru (boleh dapatkan di kedai menjual bahan-bahan kek)
  • sebarang jenis manik hiasan
  • acuan tat bunga

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Gentel/bentuk jem beri biru menjadi bebola kecil.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Masukkan serbuk keju. Gaul rata. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan telur. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh diterap.
  5. Terap tat menggunakan acuan tat pilihan. Susun di atas dulang pembakar yang telah dilengser.
  6. Ambil jem yang telah digentel bulat. Letakkan di atas permukaan. Tekan sedikit untuk leperkan jem biar memenuhi ruang tengah tat.
  7. Tabur manik hiasan.
  8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 20 ke 25 minit. (Oh, jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu!)



Sabtu, Julai 21, 2012

Resepi Biskut Cornflakes (Mudah & Ringkas)

Nak makan biskut cornflakes yang rangup dan mudah disediakan? Cuba resepi di bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A (Ayak):
  • 150g tepung gandum
  •  210gm tepung jagung
  •  1/2 sudu teh 'baking powder'

Bahan B:
  • 250g mentega
  • 180g gula halus
  • 2 biji telur kuning
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 180gm cornflakes (diramas sedikit sehingga menjadi serpihan kecil dan kasar)

Cara-cara: 
  1. Krimkan mentega dan gula hingga menjadi ringan dan 'fluffy'. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul hingga semuanya sebati. 
  2.  Masukkan Bahan A yang telah diayak. 
  3. Masukkan cornflakes dan gaul adunan hingga sekata dan menjadi doh yang lembut.
  4. Bentukkan doh bulat-bulat dan letakkan atas 'baking tray' yang telah digris dengan mentega atau shortening. Jika mahu lebih cantik, tekan sedikit permukaan doh dengan garpu.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 hingga 23 minit. (Bergantung pada saiz biskut anda)


Biskut ni memang simple, rangup dan sekali makan nak makan lagi...lagi...dan lagi! Bolehlah ajak anak-anak tolong buat biskut ni untuk raya :)

 Mahu resepi lain berasaskan cornflakes? Cuba Resepi Chewy Flakes.

Ahad, Julai 01, 2012

Oat & Oreo Cookies

Sekarang ni aku memang suka sangat buat cookies. Kali ni cuba buat biskut oat pula. Bagi yang suka kunyah-kunyah tu, boleh cuba biskut ni. Tak guna telur, tak guna mentega dan kandungan utama biskut ni -- OAT. Jadi, ala-ala biskut sihat gitu :)


Resepi Biskut Oat Mudah

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung
  • 200g margerin
  • 4 cawan oat
  • 3/4 cawan gula aising
  • kuning telur secukupnya untuk sapuan atas biskut sebelum dibakar
  • 1 cawan kacang gajus (yang telah dibelah menjadi separuh)

Cara-cara:
  1. Pukul margerin dan gula aising.
  2. Kemudian, masukkan oat. Gaul rata hingga membentuk doh yang boleh diterap. 
  3. Uli sedikit doh sehingga menjadi leper. Terap menggunakan acuan biskut pilihan anda.
  4. Sapukan sedikit kuning telur dan letakkan gajus di atasnya.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 - 25 minit.

Kitorang sekeluarga suka sangat biskut ini. Biskut ni masa tengah bakar dalam oven wangi baunya. Rasanya pun sedap dan lemak. Teksturnya agak padat dan bukan jenis biskut rangup sebab banyak kandungan oat.  Untuk batch biskut dalam gambar di atas tu, aku tambah sedikit biskut Oreo yang dihancurkan. Maka, terciptalah Oat & Oreo yang Nyummmmm Nyummmmm!

Jumaat, Ogos 26, 2011

Resepi Biskut Badam Lemak

Resepi Biskut Badam Lemak | Resepi ini sebenarnya sudah lama ada dalam simpanan koleksi resepi kuih raya. Sebelum ini memang tidak pernah sempat untuk cuba. Jadi, untuk raya tahun ini, kebetulan saya ada lebihan tepung biskut Marie di rumah, saya buatlah satu adunan. Sedap sangat! Rasa lemak biskut Marie tu yang menjadikan biskut ini lebih sedap. Rangup pun rangup. Ditambah pula dengan aroma parutan kulit lemon... memang pasti makan berulang-ulang punyalah!


Bersiap sedia tunggu giliran untuk masuk oven.


Resepi Biskut Badam Lemak

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A

  • 150g mentega
  • 120g gula icing
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan B

  • 60g serbuk badam
  • 60g tepung biskut marie
  • 200g tepung naik sendiri
  • 20-25g almond nibs/badam kisar
  • 1 sudu besar parutan kulit lemon

Bahan C

  • Putih telur
  • badam cincang (almond slivers)
  • Gula Hiasan - Hundreds and Thousands


Cara-cara :
  1. Krimkan bahan A hingga gebu dan berkrim.  Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh diterap.
  2. Terap dengan acuan. Susunkan di atas dulang pembakar. Sapu sedikit putih telur di atas permukaan biskut. Letakkan badam cincang dan taburkan sedikit hundreds and thousands.
  3. Bakar biskut pada suhu 160 darjah celcius selama 20-25 minit.


Semasa bakar biskut, semerbak bau lemon memenuhi ruang dapur. Selamat mencuba! Oh, sorry tak sempat ambil gambar biskut apabila dah siap. Tergesa-gesa nak masukkan dalam balang untuk bawa balik kampung. 

Khamis, Ogos 11, 2011

Resepi Biskut Raya - Chewy Flakes Cookies

Bagi siapa-siapa yang tengah sibuk mencari resepi untuk kuih raya, boleh cuba yang ini. Mudah, ringkas dan anak-anak mesti suka! 


Cuma kena ada baking tray atau muffin tray yang ada lubang-lubang kecil untuk tekan kuih tu agar dapat bentuk sebelum dibakar.


Chewy flakes cookies



Bahan-bahannya:

A
70g gula halus
90g mentega

B
120g oat segera 
150g cornflakes
4 sudu besar madu/golden syrup
35g kismis hitam/kuning (ikut citarasa)

Cara-cara:
  1. Krimkan bahan A.
  2. Ramas oat segera dan cornflakes hingga hancur. Masukkan ke bahan A tadi.
  3. Masukkan madu/golden syrup dan kismis. Gaul hingga sebati.
  4. Bulat-bulatkan adunan dan tekan ke dalam baking tray. Mampat/padatkan. Oh, sebelum tu jangan lupa sapu tray dengan sedikit shortening atau mentega supaya tidak melekat :)
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius untuk 12 - 15 minit.


Nak lebih enak? Cairkan sedikit brown/dark chocolate dan 'drizzle' atas cookies ni.

Rabu, Jun 22, 2011

Resepi Tart Badam Rasberi

Sebenarnya, saya tidak rancang pun untuk buat biskut. Biskut saya ini namanya Tart Badam Rasberi. Semalam, sewaktu kebosanan duduk seorang diri di rumah, saya masuk pantri untuk kemas bahan-bahan buat kuih dan biskut. Sudah agak lama tidak kemas stok tepung, gula, oat, serbuk koko dan macam-macam lagilah. Kena periksa juga mana tahu ada yang sudah sampai tarikh luputnya.  

Sedang kemas-kemas tepung, terjumpa serbuk badam. Pada mulanya, saya ingat hendak buat kek oren badam tetapi selera tu tidak rasa macam nak makan kek pula. Kebetulan di dalam peti sejuk masih ada kelongsong kuih tat - lebihan buat tart keju. Jadi, alang-alang bahan dah ada, bertukanglah sekejap di dapur olah resepi biskut ikut apa yang ada.


Tat Badam Rasberi di atas redai :)

Sedia untuk dimakan!


Oh, saya akan kongsikan resepinya nanti. Kena cari resepi buat kelongsong tu dulu, tidak ingat di mana aku letak. Selamat jamu mata dahulu!


Kemas kini 9/8/2011

Okey, ini resepinya:

Resepi Tart Badam Rasberi

Kelongsong Tart

Bahan A

  • 200gm butter
  • 100gm gula aising
  • 1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B

  • 1 biji telur


Bahan C

  • 420gm tepung
  • 1 sudu besar susu tepung

Cara - caranya:

  1. Putar A hingga lembut. Masukkan B dan putar lagi sehingga gebu. Kemudian, masukkan C dan gaul sebati. 
  2. Tekan adunan ke dalam acuan tart. Cucuk dasar kelongsong dengan garfu supaya tidak menggelembung ketika dibakar. 
  3. Bakar pada 180 darjah celcius selama 15 minit atau hingga keperang-perangan.



Inti Rasberi

  • 100g mentega
  • 100g gula
  • 100g serbuk badam
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • jem rasberi secukupnya


Cara - caranya:
  1. Gaulkan semua bahan-bahan di atas (kecuali jem rasberi) sehingga sebati.
  2. Sediakan kelongsong tat, masukkan jem rasberi ke dalam kelongsong. 
  3. Masukkan bahan-bahan yang digaul sebati tadi secukupnya hingga menutupi jem rasberi dan permukaan atas kelongsong tat.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit.


Selamat mencuba!