Memaparkan catatan dengan label Resepi Oat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Oat. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 23, 2021

Resepi Lempeng Oat dan Pisang

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin kongsi resepi sihat lempeng oat dan pisang. Lebih kurang seperti lempeng pisang biasa tetapi lempeng yang ini versi rendah kalori kerana kita guna oat. Bagi yang tercari-cari idea bagaimana untuk memasukkan oat dalam hidangan atau menu harian anda, lempeng oat dan pisang ini sesuai untuk sarapan atau minum petang. Bukan sahaja mudah disediakan, malah lempeng ini berkhasiat dan mengenyangkan.


Lempeng Oat dan Pisang

Resepi Lempeng Oat dan Pisang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji pisang bersaiz besar (+/- 280 - 300g). Jika guna pisang yang bersaiz sederhana atau kecil, tambah bilangan pisang. Lebih masak pisang lebih baik kerana kita akan peroleh manis daripada pisang ini.
  • 2 biji telur
  • 1 cawan rolled oats
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 2 - 3 sudu besar susu (optional)
  • secubit garam
  • sedikit minyak kelapa, minyak sayuran atau mentega untuk lengser kuali leper

Rabu, Jun 16, 2021

Baked Oat - Resepi Viral TikTok

Sebenarnya, sejak mula-mula resepi baked oat ini viral di Tik Tok, saya hendak cuba buat. Teringin juga mahu pelbagaikan hidangan oat selain dibuat bubur dan overnight oat. Masalahnyasetiap kali beli pisang, pisang habis dahulu sebelum sempat jadi apa-apa juadah.

Baru-baru ini, beli sesisir pisang terus saya asingkan siap-siap. Enggan pisang berbuah dua kali hahaha 😂Alhamdulillah, dapat pun cuba resepi ini. Saya dan Bott menikmati baked oat untuk sarapan pagi.

Resepi Baked Oat

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 cawan rolled oat
  • 1 biji pisang
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu besar madu asli
  • 3 sudu besar susu
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik 
  • secubit garam
  • coklat cip dan hirisan pisang secukupnya sesuai selera

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Kisar semua bahan di dalam pengisar selama beberapa minit sehingga sekata.
  2. Tuangkan ke dalam ramekin, dulang mufin atau cawan kertas.
  3. Bakar di dalam ketuhar pembakar (oven) atau air fryer pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 18 minit atau sehingga benar-benar masak. Ambil lidi dan cucuk ke bahagian tengah kek. Jika lidi keluar dalam keadaan bersih, dah masaklah tu. Jika ada kesan bater, tambah lagi beberapa minit. 
  4. Sedia untuk dihidangkan.


Memandangkan kita guna oat, tidak digalakkan untuk bakar hidangan ini terlalu lama. Seelok-eloknya bawah 20 minit kerana dikhuatiri oat akan jadi terlebih kenyal atau keras.


Ini rupa setelah bahan-bahan dikisar. Saya guna pengisar smoothie je. 


Isi dalam paper cup. Beria-ia punggah barang cari ramekin, tak jumpa pula. Saya tambah hirisan pisang dan taburan cip coklat. Selain itu, boleh letak kekacang seperti gajus dan badam, kismis, beri biru atau beri goji. Satu adunan ini dapat 3 cawan. Kalau pakai ramekin dapat dua.

RASANYA? Sedap! Saya suka. Seolah-olah kita dapat makan kek untuk sarapan tetapi yang bagusnya, kek versi lebih sihat. Cuma disebabkan kita pakai tepung oat, teksturnya tidaklah ringan gebu gebas. Agak dense sedikit.

Ini cuma salah satu variasi resepi baked oat yang ada di luar sana. Ada banyak versi lain dengan cara olahan yang berbeza. Selamat mencuba! 


Rabu, Januari 20, 2021

Resepi Air Fryer - Biskut Oat Tiga Bahan

Hari ini saya ingin kongsi resepi biskut oat kegemaran saya yang disediakan menggunakan air fryer. Resepi ini versi sihat dan rendah kalori. Boleh dijadikan sarapan ringkas malah sesuai sangat sebagai snek buat yang suka mengunyah macam saya.

Apa yang menarik ialah biskut ini hanya menggunakan 3 bahan. Ya, 3 bahan. Bagi yang mengamalkan diet eat clean, ketiga-tiga bahannya lulus untuk kalian 👍🏼. Okey, mari kita tengok apa tiga bahan yang saya maksudkan.


Resepi Biskut Oat Sihat 3 Bahan

Biskut Oat Rendah Kalori

Selasa, Mei 23, 2017

Resepi Overnight Oat - Avokado dan Chia Seed

Satu lagi resepi OO kegemaran saya. Guna avokado. Sorry gambar kabur. Snap kat dapur depan peti sejuk 😅 Masa ni tergesa-gesa nak meninggalkan rumah.

My avocado and chia seeds OO. For this version, saya suka lebihkan susu.

Isnin, Mac 20, 2017

Resepi Overnight Oat - Strawberry and Peanut Butter

Assalamu'alaikum,

Selamat Hari Isnin! Selamat kembali bekerja dan mulakan minggu baru.

Saya cuti hari ni. Paksa diri untuk jengah tower sekejap. 
Lama terbiar sepi.


Hari ini nak kongsi satu resepi overnight oat (OO). Memang sekarang, saya lebih gemar makan OO untuk sarapan. Dulu-dulu, saya buat oat dengan air panas dan susu. Tabur kismis dan sedikit serbuk kayu manis. Sekarang, semua nak mudah, nak cepat,..jadi OO menjadi pilihan. Malam sebelum tidur, masukkan bahan-bahan dalam botol/bekas/mason jar,...esoknya bangun pagi, buka peti sejuk dah ada OO sedia untuk dimakan.

Resepi pertama OO yang ingin saya kongsi - Strawberry and Peanut Butter 


Khamis, November 26, 2015

Resepi Kepingan Oat dan Cornflakes

Ingat lagi Projek Oven saya lebih kurang dua minggu lepas? Hari ini saya kongsi resepi kepingan Oat & Cornflakes ye.

Stok kunyah-kunyah yang ala-ala sihat gitu ;)

Isnin, Januari 26, 2015

Resepi Butter Prawn with Oat


Udang Mentega dengan Oat
Baru-baru ini, kawan baik Cekebon beri udang galah dari Sarawak. Jauh datangnya! Mula-mula ingat nak buat kari udang macam dalam blog Sis Deanna. Tapi, kat rumah ni yang suka makan kari saya seorang je...nanti orang lain tak berpeluang nak enjoy udang sihat-sihat dan segar. So, saya buatlah butter prawn. Kebetulan, semua bahan pun ada :)


Resepi Butter Prawn with Oat

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 6 sudu oat (Saya suka oat banyak!) - sangai sehingga warnanya bertukar keperangan
  • Beberapa tangkai daun kari
  • 2 sudu mentega
  • 8 - 10 ekor udang galah (Lebih pun tak apa. Ikut sukalah.) Bersihkan, buang apa yang patut.
  • 2 - 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • secubit garam
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:
  1. Gaul sekata tepung jagung, lada sulah dan garam. Panaskan minyak. Salut udang dengan saduran tepung yang nipis. Goreng hingga udang masak. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak gorengan tadi dari kuali.
  2. Masukkan pula mentega. Panaskan hingga cair tetapi hati-hati jangan sampai mentega tu terbakar pula. Setelah itu masukkan daun kari dan tumis daun kari sehingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan udang dan oat. Gaul semuanya hingga sekata. Kalau kurang masin, boleh perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidang.

Senang kan? Kalau nak pedas, masa tumis daun kari dengan mentega tu bolehlah masukkan potongan cili api. Bagi yang nak rasa manis-manis sikit boleh masukkan sedikit gula. 


Ahad, Julai 01, 2012

Oat & Oreo Cookies

Sekarang ni aku memang suka sangat buat cookies. Kali ni cuba buat biskut oat pula. Bagi yang suka kunyah-kunyah tu, boleh cuba biskut ni. Tak guna telur, tak guna mentega dan kandungan utama biskut ni -- OAT. Jadi, ala-ala biskut sihat gitu :)


Resepi Biskut Oat Mudah

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung
  • 200g margerin
  • 4 cawan oat
  • 3/4 cawan gula aising
  • kuning telur secukupnya untuk sapuan atas biskut sebelum dibakar
  • 1 cawan kacang gajus (yang telah dibelah menjadi separuh)

Cara-cara:
  1. Pukul margerin dan gula aising.
  2. Kemudian, masukkan oat. Gaul rata hingga membentuk doh yang boleh diterap. 
  3. Uli sedikit doh sehingga menjadi leper. Terap menggunakan acuan biskut pilihan anda.
  4. Sapukan sedikit kuning telur dan letakkan gajus di atasnya.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 - 25 minit.

Kitorang sekeluarga suka sangat biskut ini. Biskut ni masa tengah bakar dalam oven wangi baunya. Rasanya pun sedap dan lemak. Teksturnya agak padat dan bukan jenis biskut rangup sebab banyak kandungan oat.  Untuk batch biskut dalam gambar di atas tu, aku tambah sedikit biskut Oreo yang dihancurkan. Maka, terciptalah Oat & Oreo yang Nyummmmm Nyummmmm!

Khamis, Ogos 11, 2011

Resepi Biskut Raya - Chewy Flakes Cookies

Bagi siapa-siapa yang tengah sibuk mencari resepi untuk kuih raya, boleh cuba yang ini. Mudah, ringkas dan anak-anak mesti suka! 


Cuma kena ada baking tray atau muffin tray yang ada lubang-lubang kecil untuk tekan kuih tu agar dapat bentuk sebelum dibakar.


Chewy flakes cookies



Bahan-bahannya:

A
70g gula halus
90g mentega

B
120g oat segera 
150g cornflakes
4 sudu besar madu/golden syrup
35g kismis hitam/kuning (ikut citarasa)

Cara-cara:
  1. Krimkan bahan A.
  2. Ramas oat segera dan cornflakes hingga hancur. Masukkan ke bahan A tadi.
  3. Masukkan madu/golden syrup dan kismis. Gaul hingga sebati.
  4. Bulat-bulatkan adunan dan tekan ke dalam baking tray. Mampat/padatkan. Oh, sebelum tu jangan lupa sapu tray dengan sedikit shortening atau mentega supaya tidak melekat :)
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius untuk 12 - 15 minit.


Nak lebih enak? Cairkan sedikit brown/dark chocolate dan 'drizzle' atas cookies ni.