Memaparkan catatan dengan label Scrapbook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Scrapbook. Papar semua catatan

Khamis, November 12, 2020

Hiasan untuk Junk Journal

Sepanjang PKPB ini kebanyakan masa saya memang banyak dihabiskan dalam bilik kraf. Ada masa terluang sahaja masuk bilik kraf, buat embellishments, buat kad, tulis jurnal. Baiklah mengurung diri buat something crafty daripada dok menambah langkah ke dapur, buka almari, buka peti sejuk!

Sekarang ini saya sibuk buat hiasan untuk junk journal.  Jika kurang jelas apa itu junk journal, boleh lihat entri-entri saya sebelum ini. Selain untuk koleksi sendiri, adalah saya buat lebih sedikit untuk dijual di Carousell. Tetapi, sekarang ini sebab pergerakan terbatas hendak ke pejabat pos buat urusan pengeposan, semua transaksi saya di sana saya tangguhkan buat sementara waktu.

Kita buat je dulu, kemudian barulah masuk listing

Ini lebih kurang set junk journal untuk pemula. Terdapat hiasan-hiasan untuk ditampal pada halaman junk journal, tag, tali dan adhesive diamentes untuk menambahkan seri layout atau spread kita. Guna untuk scrapbooking pun cantik!


Rabu, Oktober 21, 2020

Buat Coffee Dyed Paper untuk Jurnal

Assalamu'alaikum. Hari ini entri kraf. Saya ingin kongsi cara saya buat coffee dyed paper. Dalam bahasa mudahnya kertas celup kopi hahahah. Kertas ini saya gunakan untuk buat junk journal. Tekstur  kertas yang dah berkedut sana sini dengan kesan kopi yang tidak seragam bersesuaian sangat dengan konsep junk journal.

Ingin tahu apa itu junk journal, boleh baca di sini.

Inilah antara kertas dengan kesan kopi yang saya dah buat. Selalunya saya akan guna kertas kosong tanpa garis. Kadang-kadang, saya celup juga kertas petak atau bergaris satu. Tengok apa yang adalah.

Ini pula contoh kertas yang sudah dimasukkan ke dalam jurnal. Nampak macam kitab kuning lama, kan? Hehehe itulah yang mahal.


Ada banyak cara untuk buat kertas dengan kesan kopi ini. Bergantung pada ruang yang kalian ada, masa dan bahan-bahan. Apa yang penting ialah serbuk kopi. Serbuk kopi yang saya maksudkan di sini ialah instant coffee powder. Yang mudah larut seperti Nescafe, IndoCafe ... apa-apalah. Janganlah pula guna kopi premium untuk celup kertas kalian. Sayangggggg. 

Cara pertama
Isikan air panas (tidak perlu terlalu panas, cukup untuk larutkan kopi sahaja) di dalam bekas yang boleh muatkan kertas. Masukkan serbuk kopi secukupnya, ikut tahap kepekatan yang kalian inginkan. Setelah itu, celup kertas ke dalam bancuhan kopi, biarkan seketika. Angkat dan keringkan. Kaedah ini agak makan ruang kerana kertas-kertas perlu dikeringkan di atas permukaan yang rata.


Cara Kedua
Buat bancuhan kopi seperti dalam cara pertama. Celupkan kertas dan bakar dalam oven sehingga sehingga kertas kering. Tidak perlu tinggi sangat suhunya. Ini kena bereksperimentasi. Berapa suhu berapa lama bergantung kepada oven masing-masing. Sesudah siap dibakar, anginkan seketika kertas sebelum disimpan. 


Saya lebih gemar guna cara yang kedua. Saya tidak perlu ruang yang banyak, kertas cepat kering dan saya boleh tindan semua sekaligus. Cuma kerja kita asyik ulang-alik ke oven sahajalah. Biasanya untuk sehelai kertas saya akan bakar sekitar 3 minit. Tersengih-sengih macam orang psiko intai oven sebab masa ini seluruh dapur saya akan dipenuhi aroma kopi. Kertas kopi dapat, bau kopi pun dapat! 


Isnin, April 09, 2018

Planner Accessories Lagi,..


Saya memang suka pakai planner. Jenis yang kena jot down tasks atau reminder in one book. Kalau tidak, akan lupa dan tunggang-langgang jadual saya. Tetapi, sebelum ini tak adalah rajin sangat untuk hias planner, buat spread/layout setiap hari seperti yang planner addicts buat tu.

Tahun ni terjebak! Awal tahun 2018, si Bott belikan saya planner. Memandangkan stok barang kraf (washi tapes, stickers, clear stamps dll) memang sedia ada,.. dan accessible (sebab tahun ni saya berjaya kemas barang-barang kraf saya supaya semuanya mudah capai, mudah nampak dan mudah jumpa), so minat untuk hias planner cantik-cantik tu datanglah. 

Jadi, sekarang tiap-tiap minggu, saya akan luangkan masa buat weekly planner spread. Hias ikut tema sebelum ditulis dengan catatan-catatan penting. Saya ada kongsi beberapa planner layout di Instagram @faidamf.

Baru-baru ini, singgah Tesco nak cari kertas A4. Ternampak pula planner accessories ni dekat bahagian reduced to clear. Harga dari RM6.90 jadi RM3. Apa lagi,..saya pun grab la 1 pek. Boleh buat tepek-tepek pada planner nanti.

Isnin, Januari 01, 2018

Satu Satu Satu Lapan | 2018

Assalamu'alaikum,
Hari ini satu satu satu lapan.
Hari pertama untuk bulan pertama cerita 2018 kita.
Selamat Tahun Baru!
Happy 2018!

Kredit

Isnin, Oktober 24, 2016

Siapkan Syawal Scrapbook

Belakangan ni, saya lebih gemar buat scrap page (untuk scrapbook) apabila ada masa terluang. Sibuk-sibuk  mengemas barang di bilik kraf, nampak kertas dan embellishments yang cantik, terus rasa nak buat scrap page. Lagipun, banyak projek scrapbook saya yang tertunda :)

Kali ini nak mulakan projek scrapbook Syawal saya. Satu page pun tak buat lagi. Saya ada banyak lebihan kertas skrap dan nak gunakan lebihan-lebihan kertas tu untuk buat potongan berbentuk bulat dan scallop. Lagipun, inilah peluang saya nak main-main dengan Diamond Press Tool saya. Boleh baca mengenainya di sini.

Sebab masa saya agak terhad, saya pilih layout yang simple. Putih sebagai latar dengan susunan bentuk bulat dan scallop di atasnya. Kemudian, barulah ditambah dengan gambar dan hiasan kraf yang sesuai. Something simple but nice.

Selasa, Oktober 28, 2014

Cork Boards Sudah Tiba!!!

Ingat tak entri saya sebelum ini tentang poskad dari Jerman? Sudi-sudikanlah baca di sini. Disebabkan poskad titipan Aisya yang sangat thoughtful tu, saya dapat idea nak buat board khas,...ala-ala notice board khusus untuk letak kad/kad nama/penanda buku/fridge magnets dan tanda-tanda ingatan lain daripada teman-teman dunia blogging.

Hari ni, cork boards yang saya nak gunakan untuk projek board saya dah sampai! Minta tolong kawan belikan. Dua tiga minggu ni agak sibuk, tak sempat ke kedai jual peralatan kraf. 

Tattadaaaaaa!

Cork Boards
Ada empat keping semuanya. Tetapi, saya tak bercadang nak hias board ni dalam jangka masa terdekat! Insya-Allah, apabila sudah ada progress, saya akan update :)


Psst! Sempat lagi cuba nasib --> 'Bila Masih di Langit' Saya sediakan hadiah untuk anda :)


Jumaat, Oktober 17, 2014

Buku Skrap Mini yang Comel!

Baru-baru ni pergi DAISO. Tengok apa saya jumpa!


Mini scrapbook! Saiznya 17cm x 17cm. Spiral binding. Cover luarnya keras. Lembaran halamannya guna cardstock yang agak berkualiti. Tinggal nak masukkan contents dan hias apa yang patut. Terus saya rembat beberapa buah. Bagi saya, buku skrap mini seperti ini sesuai untuk buat Travel Scrapbook. Maknanya 1 destinasi percutian, 1 buku. Buatlah beberapa buah. Ala ala set buku cerita percutian kalian. Then, boleh susun cantik-cantik bersama koleksi album keluarga. 

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan scrapbooking, buku mini ini amat convenient dan sesuai untuk kalian. Tak adalah pening kepala fikir macam mana nak hias satu muka surat besar. RM5 untuk buku skrap ini? Sangat berbaloi-baloi!


Psst! Saya tak sempat blogwalking dua tiga hari ini. Ada beberapa urusan penting yang perlu diselesaikan. Maaf ya. Insya-Allah, akan gagahkan diri curi-curi masa untuk datang berkunjung dan tinggal jejak once semuanya selesai :)


Sabtu, Julai 05, 2014

Aktiviti Before Sahur - Azam Ramadhan Si Farrah

Pagi ni bangun terlebih awal untuk sahur. So, sambil kelip-kelip mata tunggu time sahur, saya siapkan scrap page saya. Dah tiga suku siap sebenarnya, alih-alih saya biarkan terbengkalai. Sibuk puasa lah kononnya!


This scrap page is all about my Ramadhan routines & aims :) Semoga Ramadhan tahun ini lebih sempurna dan bermakna buat kita semua. Aminnnn.

Album untuk Scrapbook | Scrap Pages

Dah lama blog ni tiada entri kraf. Sejak masuk bulan puasa ni, memang bilik kraf saya hening & terabai. Baru hari ni, sementara nak menunggu sahur baru sempat nak jenguk. Kemas sikit-sikit apa yang patut. Beberapa hari sebelum Ramadhan saya ada shopping barang-barang dan peralatan nak buat kraf. Benda-benda tu masih ada dalam plastik lagi :) 

Hmm ... antara stok baharu yang buat saya tersenyum ialah Album DIY ni. Sangat sesuai untuk masukkan scrap pages yang saya dah buat. Bahagian dalam album macam clear holder tetapi saiznya lebih besar. Tak perlu susah-susah nak pergi bind scrap pages. Dah siap, masukkan je dalam album ni.

DIY Album - Saya berkenan dengan corak rekaan dan warnanya :)


Dah ada scrap album baru, semakin berkobar-kobarlah semangat nak buat scrap page. Ada 1 scrap page yang saya hasilkan sempena Ramadhan. Haa ... page itulah yang bakal rasmikan album ini nanti.