Memaparkan catatan dengan label Setem & Filateli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Setem & Filateli. Papar semua catatan

Sabtu, September 12, 2015

Projek Malam Minggu

Projek malam minggu.
...sambil tonton TV.
...sambil blogwalking.
...sambil kunyah-kunyah kerepek.

Rendam setem

Jumaat, Februari 20, 2015

Susun Setem

Hari ni cuaca panas betul! Dah masuk waktu Maghrib pun suasana masih panas membahang. Tak mengapalah, nanti kalau hujan tak berhenti-henti lain pula jadinya. Saya dah mula jalani perintah berkurung untuk siapkan kerja editing. Deadline by 28 Februari tetapi saya target nak cuba siapkan semuanya hujung minggu ni. Insya-Allah, moga diberi kelapangan oleh Allah.

Dah kepanasan sepanjang hari, buntu tak tahu nak buat apa. Serba tak kena jadinya. Alih-alih, saya masuk bilik kraf. Buat apa? Susun setem =) Baru-baru ni, kawan saya beri beberapa keping setem UK. Sebelum bertemu dengan saya, dia menemankan suaminya ke kedai menjual barang-barang hobi ni. Nampak setem, dia teringat pada saya lalu belikan satu pek. Terima kasih, Fiza. Dah tersusun kemas setem-setem pemberiannya dalam album. Alhamdulillah, bertambah koleksi setem dari luar negara saya :)

Setem baru masuk album ;)

Isnin, Jun 09, 2014

Setem London

Ini koleksi terbaru saya! Cekengah belikan saya setem UK. Setem-setem ni digunakan untuk international postcards. Satu set temanya London Night manakala satu lagi London Day. So, adalah gambar-gambar tarikan utama di London seperti Trafalgar Square, Tower Bridge & Westminster Abbey pada waktu siang dan malam. Arigato gozaimas, Cekengah! Love you!!!

Cantik tak?

Haaa, yang ni close up sikit.

Sabtu, Mei 31, 2014

200 keping!


Apa yang dua ratus keping? Ni haa...last week masa Cekebon & Cekengah pergi London, diorang sempat bercuti beberapa hari di Paris. Semasa di Paris, diorang 'terserempak' dengan 200 keping setem ni. Excited si Cekengah dan Dhila. Mengetahui yang Along diorang ni masihhhh kumpul setem, Dhila terus beli buat ole-ole untuk saya. Thanks so much, Dhila! 

The best part is, dalam banyak-banyak setem ni, satu pun tak ada yang redundant dengan koleksi saya. Kiranya memang stok bersih yang masuk 200 keping :) Kebanyakannya setem-setem dari Hungary, Poland dan Czechoslovakia. Setem London, UK pun ada. Yang itu, Cekengah belikan. Nanti update lain kali. 

Hari ni tak ke mana-mana sebab saya perlu sudahkan tugas editing. So, sebelum tu, layan setem dulu!

Selasa, April 29, 2014

Cantiknyaaaaa!!


"Cuba bau,.." saran petugas di pejabat pos sambil tersenyum. Saya yang masih 'super-duper' terkejut tengok setem bunga mawar berbentuk hati terus hidu setem 'gabak' tu. Wangilah! Bukan main lagi setem ni, siap pakai perfume!


Inilah produk Pos Malaysia, Setem Mawar Siri II. Setem RM5 ni saiznya 8cm X 8cm! Saiz bentuk hati apabila kita dah ceraikan + 5cm. Wangian mawar pada setem tu pun best! (Tapi bagi sesiapa yang tak suka dengan bau bunga ros, anda perlu jauhkan diri dari setem nih. Sentuh pun jangan!)

Cantik kan?
 

Khamis, Februari 27, 2014

Operasi Setem

Hari ni panaslah! Hangat sampai rasa tak selesa nak buat apa. Jadi, inilah aktiviti petang saya. Duduk satu 'spot' diam-diam (kononnya nak meminimakan pergerakan supaya tak bertambah panas) dan 'sort' setem ikut negara sebelum dimasukkan ke dalam album setem. Setem-setem tu pun dah lama saya simpan dalam kotak sebab sebelum ni tak ada masa nak susun cantik-cantik.

Ni tengah asingkan setem dari New Zealand.



Selasa, Januari 15, 2013

Setem Oh Setem

Minggu lepas saya singgah POPULAR kat TESCO Kepong. Seperti biasa saya ke bahagian alat tulis untuk tengok bahan-bahan craft yang dijual. Sambil mata melilau sana sini, saya terpandanglah sesuatu yang memang saya cari dari dulu,... BUKU SETEM BESAR. Punyalah excited! (Hehehe dah tua-tua ni pun nak excited gak,...) Bukan apa, sekarang ni susah nak cari buku setem. Faham-faham sajalah, hobi budak-budak sekarang bukan ke arah itu. Kalau jumpa pun, hanya yang bersaiz kecil. Berapa sangatlah setem boleh muat.

Buku setem lama yang saya miliki dah dimakan ulat buku. Maklumlah buku setem tu sendiri usianya lagi tua daripada saya.

Yang sebelah kiri tu buku setem pak cik saya (Sticker-sticker tu saya lah yang tepek!). Sebelah kanan pula buku setem yang saya beli sendiri masa sekolah rendah.

Dulu, masa saya Darjah 3, pak cik saya wariskan buku setem dia (berserta setem-setemnya sekali) sebab dia dah tak minat kumpul setem lagi. Bermulalah hobi mengumpul setem saya sejak tu. Bila sibuk-sibuk belajar, duduk asrama,... buku-buku setem tu terperap dalam almari je. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak cari balik. Nasib baiklah setem-setem yang ada tak 'tercedera'.

OK. Operasi menyusun koleksi setem bermula!