Memaparkan catatan dengan label Syawal 1442. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syawal 1442. Papar semua catatan

Khamis, Mei 13, 2021

Selamat Mencipta Memori Indah Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t.

Salam 1 Syawal. Alhamdulillah, kita masih diberikan nafas, kesihatan dan kesempatan untuk meraikan Syawal 1442 H.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Raikan detik kemenangan kita ini sebaik mungkin. Jangan bermuram durja pada hari baik bulan baik ini. Saya faham kebanyakan kita sedih kerana terpisah dan tidak dapat bersama-sama orang tersayang. 

Be positive!

Jarak hanya membuat jeda pada jasad, bukan pada hubungan.

Biar tidak bersemuka, itu bukan alasan untuk kita membataskan mesra.


Maaf atas salah silap.

Kendatipun kebanyakan antara kita hanya berkenalan dan bersua secara maya, biarpun antara kita jauh dibatasi jarak, saya yakin kesalahan tetap boleh terpahat.

Sabtu, Mei 01, 2021

It’s May! Be A-MAY-ZING!

Assalamualaikum w.b.t.

Salam 1 Mei! Selamat Hari Pekerja!

Selamat beristirahat di hujung minggu.

Saya doakan mudah-mudahan bulan ke-5 2021 bakal melakar hari-hari bermakna buat kita semua. Pejam celik pejam celik, kita sudah menghampiri fasa ketiga Ramadan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi tetamu istimewa ini akan bersama kita. Jadi, jom sama-sama rebut kesempatan yang ada untuk memanfaatkan baki Ramadan yang ada sebaiknya.


Jumaat, April 30, 2021

Rindu Syahdu di Hari Raya



Kini ku di perantauan
di kota indah dan menawan
tapi hati rindu pada kampung halaman
desaku yang telah ditinggalkan.


Ku memohon maaf serta ampun
salamkan kukirim pengganti diri
doa restu ayah serta ibu
menjadi penawar
rindu syahdu di hari raya.


Antara lagu raya sedih yang saya suka. Sangat sangat suka! Selain daripada lagu-lagu raya lama seperti Kepulangan yang Dinanti (Aman Shah), Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Allahyarham Sudirman) dan Pulanglah (Aishah), lagu yang dinyanyikan oleh Nurul ini jadi lagu raya wajib dengar buat saya.