Sabtu, Februari 13, 2010

Aku dan Beg Guna Semula

Semalam aku pergi shopping dekat Tesco Mutiara Damansara. Barang dapur+keperluan harian banyak nak kena beli. Last week dapat kupon diskaun Clubcard RM15. Bolehla guna! :D Seperti biasa time sampai kat kaunter pembayaran, mata aku mesti tertarik kat beg-beg guna semula Tesco. Aku dah ada satu sebelum ni [Entri Aku & Beg Tesco]. Masih tahan sampai sekarang sebab beg tu diperbuat daripada tali jut...alah senang cakap dari guni ;) macam - macam benda dah aku angkut guna beg tu.

Memandangkan beg tu dah mula lusuh, (alasan untuk cari beg baru sebenarnya hehehe) aku pilih satu lagi design beg kumbang yang aku dah berkenan sejak dulu, cuma selama ini menahan diri untuk tidak beli - 'membeli ikut keperluanlah' kononnya. Sebelum ni, aku dah beli beg Tesco yang Rizalman designed but then aku bagi souvenier kat kawan sebagai langkah pertama nak encourage dia minimakan penggunaan plastik.

So, tadaaaaaaa!!! Inilah beg guna semula aku yang baru!

Comelkan? Aku suka sangat dekat kumbang-kumbang yang merayap tuh.

Kat bawah ni pula beg guna semula lain yang ada dalam 'koleksi' aku sekarang :)


Well, this is the least that I can do to protect the environment. Walaupun ada sesetengah pihak yang akan claim kata usaha-usaha kecil sebegini tidak akan membawa apa-apa perubahan,..aku tetap positif. Kalau 1 hari 10 orang mula kurangkan penggunaan plastik,...lama-lama berjaya juga kan kita kurangkan sampah. In other words, selamatkan alam sekitar (walaupun bunyinya terlalu hampir dengan elemen superhero). Tak tahanlah, sekarang ni cuaca panas sangat!!!!

Rabu, Februari 10, 2010

Pergi Jauh Dariku!!

Semalam bangun tidur dah rasa lain macam. Tekak rasa kering dan berpasir. Bengkak pun ada. Hidung pulak dah mula block. Aiseyyyy,...nak kena flu ke aku nih?! Aku cukup alah dengan virus yang satu ni. Kalau kena selesema rasa macam nak lumpuh operasi satu badan! Sakit kepala lah...peninglah,...bayanglah,...Orang lain kalau selesema boleh buat macam-macam, aku OUT terus! Janganlah ajak aku berfikir kalau dalam situasi 'running nose' ni. Memang takkan jadi apa-apa :(

Mujurlah housemate aku dengan murah hatinya buatkan aku teh panas. Siap letak mint lagi. Rasa lega sikit. Terima kasih, beb. I owe u a lottttt! Kebetulan tiada tuntutan kerja, so aku rehatlah sepanjang hari. By petang dah rasa okay sikit dah.

Nak dijadikan cerita, malam tadi aku balik kena hujan pulak. So, memang rezeki nak sakit,...aku mulakan pagi dengan Aaaaacccccchoooooo! Heheh pening-pening mula sampai, temperature mula naik. Terus aku selongkar kotak ubat aku. Dua bulan lepas ibu ada beri aku ubat selesema - Rhinocort Aqua. Bukan pil, but nasal spray. Hari ni ada a few things nak kena uruskan. So, makan ubat yang boleh ajak aku tidur adalah sesuatu yang sangat-sangat perlu dielakkan. Aku pun pakailah ubat tu. Syoooohhhhh! Pegi jauh-jauh flu! Jangan singgah kat badan aku lama-lama!


Alhamdulillah, dengan izin Allah, masa aku tulis entri ni, aku dah okay 90 % :) Syukur banyak-banyak! Kiranya aku serasilah dengan nasal spray nih. So, kalau korang nak ubat flu yang tak mengantuk, (especially yang tak tahan makan pil tu) boleh cuba Rhinocort ni. Harga sila rujuk pada farmasi atau klinik berdekatan eh. Aku nya sponsored by Cekebon.

Selasa, Disember 29, 2009

Resepi Salad Cili Hijau Tumis Mudah

Semalam Bott excited cerita dekat aku yang pokok cili hijau rumah jiran sebelah dah membuahkan hasil. Mewah jugak! Aku punyalah seronok pergi tengok cili 'life' dekat pokok. Aku suka kalau tengok rumah yang ada tanam daun kari, serai, lengkuas, cili dan macam-macamlah. Senang bila nak masak! Lagi seronok kalau ada tanam herba sedikit sebanyak!

Cili hijau sihat-sihat!
Sedia untuk dipetik.


Aku selalu main tunjuk dan beli dekat pasaraya je. Nama nak tanam sendiri, manalah area rumah aku tu ada tanah. Lagipun, belum tentu lagi aku ni 'green fingers'. Secara automatik, minat nak tanam-tanam ni luput begitu sahaja. Borak-borak masa makan dengan nenek, nenek beritahu yang pokok cili hijau tu pokok nenek. Yelah, duduk kat kampung ni mana pakai pagar-pagar. Bila pokok tu dah dekat sempadan antara rumah nenek dengan jiran sebelah, kitorang buat 'jangkaan selamat' yang pokok tu bukan nenek punya.

Dah tahu pokok tu nenek punya, apa lagi! Tak payah tunggu lama, aku dan Bott pergi petik cili-cili yang dah masak. Aku memang suka cili hijau. Selalu kalau buat ayam goreng kunyit atau ikan goreng, aku akan potong cili hijau dan tumis dengan bawang yang dah dipotong bulat-bulat. Hidangkan sekali dengan ayam goreng kunyit. Buat lauk masak taucu atau masukkan hirisannya dalam sandwich pun sedap!

Operasi memetik cili.

Di bawah ini ada satu resepi mudah yang aku biasa buat tetapi maaf tidak dapat nak sertakan gambar.

Resepi Salad Cili Hijau Tumis Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Cili hijau secukupnya (10-12 batang)
  • Lobak merah (dipotong halus-halus memanjang)
  • 2 sudu minyak zaitun atau kalau nak ubah cita rasa boleh letak minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam
  • 3 - 4 ulas bawang putih dicincang halus

Cara-caranya:

  1. Mula-mula cili hijau dipotong serong. Keluarkan biji cili.
  2. Kemudian, panaskan minyak, tumis bawang putih yang dicincang halus.
  3. Masukkan cili hijau tadi dan tumis seketika sebelum masukkan lobak merah.
  4. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.

Senang, bukan? Sedap! Jangan bimbang, salad cili hijau ini tidak pedas. Lagipun, kita dah buang biji kan... Selamat mencuba!