Selasa, Disember 18, 2012

Agar-agar Rambutan


Agar-agar ini pun siaran tertunda :) Baru hari ni berkesempatan nak kongsikan resepinya di sini.


Bahan-bahan:
  • Satu paket agar-agar 25g
  • Air 1.2 liter
  • 200g isi rambutan dikisar bersama 200ml air dan ditapis.
  • 1 senduk gula/ mengikut citarasa - kalau mahu lebih manis, tambahkan gula.
  • 1 cawan isi rambutan/lebih.

Cara-cara:
  1. Rendam agar-agar 30 minit - sejam supaya mudah hancur apabila direbus. Toskan.
  2. Didihkan 1.2 liter air. Masukkan agar-agar tadi. Kacau hingga agar-agar betul-betul hancur.
  3. Masukkan jus rambutan yang dikisar dan gula. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan agar-agar dan sejukkan.

Nota: Masukkan daun pandan dan tukarkan gula kepada gula perang/gula Melaka untuk pelbagaikan rasa :)

Asam Gelugur & Projek Buat Asam Keping

Sebenarnya ini projek dua minggu lepas. Ibu balik kelas agama bawa beberapa biji buah asam gelugur. Itulah kali pertama saya tengok buah tu. Mula-mula ingat pisang kaki hehehe. Bila ibu kata buah ni yang kita buat asam keping, saya lah yang over excited. Time tu juga minta ibu ajar nak buat macam mana.

OK, inilah rupanya buah asam gelugur. Buah yang ibu bawa balik ni besar-besarlah juga saiznya. Menurut Bott, dulu masa di kampung dia biasa tengok mak & nenek buat asam keping, tapi buahnya kecil-kecil.


Selepas buah-buah tu dibersihkan, kita potonglah kepada beberapa bahagian kecil macam kat atas tu. Ha,..dalam gambar tu, Cekebon (my beloved mum) sedang beraksi memotong asam gelugur.


Selesai dipotong, susunlah dalam dulang. Dah boleh jemur! Bila tengok lapisan atas dah mula kering, terbalikkan asam ni supaya bahagian bawahnya pula kena panas. Kena jemur beberapa hari hingga asam betul-betul kering. Yeayyy! Merasa buat asam keping sendiri ;)

Selasa, November 20, 2012

Atasi Masalah Butang 'Home' i-Pad yang Tidak Berfungsi

Baru-baru ni ada masalah sikit dengan i-pad saya. Butang 'home' lambat respond. Kadang-kadang langsung tak berfungsi. Sedihla juga :( Tak sampai setahun guna pun! So, saya pun surveylah di internet. Rupa-rupanya memang ramai juga pengguna i-pad yang hadapi masalah yang sama.

Di bawah ni, saya nak kongsi beberapa tips untuk atasi masalah butang 'Home' ni:

1. 'Restart' i-pad kalian. 'Off' i-pad dengan menekan butang 'Sleep/Wake' untuk beberapa saat sehingga paparan 'Slide to Power Off' muncul. Slide untuk tutup i-pad. Biarkan selama 20-30 saat. Kemudian, tekan semula butang Sleep/Wake untuk 'on' i-pad. Sekiranya masalah masih belum dapat di atasi, cuba cara di bawah pula.

2. Pergi ke Settings --> General --> Accessibility --> Triple-click Home. Sekiranya Triple-click Home berada dalam status 'enable', tukar kepada 'disable'.

3. Buka salah satu daripada aplikasi ini: Messages/Notes/Weather/Contacts. Kemudian, tekan butang 'Home' dan butang 'Sleep/Wake' serentak selama beberapa saat sehinggalah skrin kembali kepada skrin utama.

Jika cara-cara di atas tidak dapat bantu atasi masalah 'Home' button kalian, hubungilah 'Apple Support'.


Selain itu, untuk meminimakan penggunaan 'Home' button,  gunalah 'Multitasking Gestures'. Selalunya jika kita nak besarkan (enlarge) paparan skrin, kita akan gerakkan dua jari (jari ibu dan telunjuk ke luar) kan? Untuk tutup sebarang aplikasi, kita guna the opposite concept. Tak perlu guna 'Home' button lagi. Gunakan kelima-lima jari, letakkan ke atas skrin dan gerakkan kelima-lima jari  ke dalam seolah-olah buat gesture mencubit/menjemput sesuatu. Applikasi akan mengecil dan kembali ke home page/skrin utama. Pastikan Multitasking Gestures dalam mode 'On'. Pergi ke Settings --> General --> Multitasking Gestures --- ON. Mudah kan?

Selamat Mencuba!