Selasa, Januari 15, 2013

Setem Oh Setem

Minggu lepas saya singgah POPULAR kat TESCO Kepong. Seperti biasa saya ke bahagian alat tulis untuk tengok bahan-bahan craft yang dijual. Sambil mata melilau sana sini, saya terpandanglah sesuatu yang memang saya cari dari dulu,... BUKU SETEM BESAR. Punyalah excited! (Hehehe dah tua-tua ni pun nak excited gak,...) Bukan apa, sekarang ni susah nak cari buku setem. Faham-faham sajalah, hobi budak-budak sekarang bukan ke arah itu. Kalau jumpa pun, hanya yang bersaiz kecil. Berapa sangatlah setem boleh muat.

Buku setem lama yang saya miliki dah dimakan ulat buku. Maklumlah buku setem tu sendiri usianya lagi tua daripada saya.

Yang sebelah kiri tu buku setem pak cik saya (Sticker-sticker tu saya lah yang tepek!). Sebelah kanan pula buku setem yang saya beli sendiri masa sekolah rendah.

Dulu, masa saya Darjah 3, pak cik saya wariskan buku setem dia (berserta setem-setemnya sekali) sebab dia dah tak minat kumpul setem lagi. Bermulalah hobi mengumpul setem saya sejak tu. Bila sibuk-sibuk belajar, duduk asrama,... buku-buku setem tu terperap dalam almari je. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak cari balik. Nasib baiklah setem-setem yang ada tak 'tercedera'.

OK. Operasi menyusun koleksi setem bermula!

Selasa, Disember 18, 2012

Corner Punch untuk Kraf Kertas

Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang Corner Punch untuk aktiviti kraf kertas seperti membuat kad ucapan (card making), hias scrapbook atau hias planner dan jurnal. Fungsi corner punch ini adalah untuk menghasilkan kemasan melengkung pada hujung kertas/kad/projek kraf kita. Alat ini datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Harganya juga berbeza-beza mengikut jenis dan jenama.

Corner punch

Ini corner punch milik saya. Khusus untuk buat lengkungan yang bersaiz kecil. Saya juga ada satu lagi untuk buat lengkungan yang lebih besar. Saya suka gunakan kedua-duanya untuk buat kad atau buku nota. Adalah kelainan sedikit berbanding bucu tajam bersegi biasa.

Berikut ada beberapa contoh corner punch yang lain. Alat ini turut dikenali dengan nama corner rounder.
Corner rounder

Fungsi tetap sama. Untuk hasilkan lengkungan pada bucu kad atau kertas.


Fiskars corner punch

Corner punch jenama Fiskars. Tahan lama. Kesan potongan yang cantik dan kemas. Tetapi harga agak pricey.