Sabtu, Mac 15, 2014

Buat Tag Hadiah (Gift Tag) Semudah 1, 2, 3

Hari ini saya nak tunjuk bagaimana untuk buat gift tag@tag hadiah. Kebiasaannya, 'gift tag'/kad bersaiz kecil akan diletakkan pada hadiah pemberian kita kepada seseorang. Tidak kiralah sempena hari keraian istimewa, hari lahir atau tanda ingatan sempena musim perayaan.


Kalian boleh hasilkan sendiri 'gift tag' ini. Sangat mudah dan kos penyediaannya juga murah!

  1. Potong kad atau kertas tebal mengikut ukuran yang kalian kehendaki. Saya biasanya akan gunakan ukuran 11cm X 5.5cm. Kemudian lipat kad kepada dua bahagian supaya ukurannya menjadi 5.5cm X 5.5cm.
  2. Gunakan cap getah kraf (rubber stamp)  yang mempunyai gambar atau kata-kata ucapan menarik (Happy Birthday, Have A Nice Day, Just For You,...apa sajalah) dan cap di atas permukaan atas/hadapan kad.
  3. Hias dengan kemasan lain seperti reben atau 'masking tape'. Siap!

Kad kecil ini boleh dibuat dalam jumlah yang banyak sekaligus sambil isi masa yang terluang. Sesuai juga dilakukan bersama anak-anak. Jadi, kalau nak beri hadiah hari guru atau hadiah hari lahir untuk rakan-rakan, tak perlu susah-susah nak cari 'gift tag' lagi :)

Khamis, Mac 13, 2014

Gulai Lemak Cili Api Ikan Sardin

Niat hati nak makan something yang berkuah, pedas-pedas dan masam-masam. So, buatlah lauk ni. Gulai lomak cili api ikan sardin. Saya tambah beberapa biji tomato, belimbing buluh dan lebih kurang setengah tin kuah tomato sardin nak kasi rasa masam lebih kawwwwww!


Entri resepi lain menggunakan belimbing buluh:



Rabu, Mac 12, 2014

Buat Garlic Bread | Roti Bawang Putih Mudah

Ini aktiviti pagi semalam. Saya buat stok roti bawang putih (garlic bread) untuk family. Jadi, siapa yang lapar, can simply grab one stick, bakar and nom...nom...nom...


Hari sebelumnya, saya beli 2 batang baguette. Untuk buat garlic bread, setiap satunya saya belah kepada 4 bahagian. Setiap bahagian pula saya potong kepada belahan kecil ala-ala garlic bread seperti di Pizza Hut tu. Jika mahu dapatkan potongan yang cantik, guna serrated knife tau. Kemudian, sapukan 'garlic spread' pada belahan roti. Balut dengan kerajang aluminium (aluminium foil) dan simpan dalam freezer. Bila teringin nak makan, keluarkan dan bakar je dalam oven. Senang, bukan?


Resepi Roti Bawang Putih | Garlic Bread

Ada banyak cara buat roti bawang putih. Di bawah ini ada beberapa resepi mudah garlic bread yang biasa saya buat.

Pilihan 1

  • Sebarang roti ikut citarasa
  • Beberapa siung bawang putih (tumbuk hingga hancur/cincang hingga halus)
  • Beberapa sudu besar mentega/marjerin
  • Daun parsley (cincang halus)

Cara penyediaan:
  • Gaul rata bawang putih dengan mentega/marjerin.
  • Sapukan pada roti.
  • Taburkan sedikit daun parsley dan bakar.

Pilihan 2 (Lebih sihat kerana kita guna minyak zaitun)

  • Sebarang roti ikut citarasa
  • Beberapa siung bawang putih (tumbuk hingga hancur/cincang hingga halus)
  • Beberapa sudu besar minyak zaitun
  • Daun parsley (cincang halus)
Cara penyediaannya sama seperti di atas


Pilihan 3(Lebih sihat kerana kita guna minyak zaitun/minyak canola)

  • Sebarang roti ikut citarasa
  • Serbuk bawang putih (boleh dibeli di pasar raya di bahagian rempah)
  • Minyak zaitun atau minyak canola

Cara penyediaan:
  • Sapukan minyak pada kedua-dua belah permukaan roti.
  • Taburkan sedikit serbuk bawang putih.
  • Masak menggunakan non-stick pan hingga warnanya bertukar kekuningan.

Jika sekali-sekala nak tukar selera, boleh taburkan sedikit keju parut atau serbuk keju di atas roti sebelum dibakar. Jadilah Roti Bawang Putih Berkeju.