Ahad, Mei 11, 2014

Fridge Magnet dengan Sticky Notes

Ini 'fridge magnet with sticky notes' (kertas Post-It) yang saya buat untuk dua member kamceng Cekebon. Insya-Allah, esok atau lusa saya akan buat tutorial tunjukkan cara buat 'fridge magnet' yang ini. Masih gunakan 'magnet sheet' tetapi ada beberapa bahan tambahan.

Fridge magnet with sticky notes

Sementara itu, boleh cuba tengok Tutorial Photo Fridge Magnet untuk hasilkan 'fridge magnet' menggunakan gambar pilihan seperti di bawah.

Photo Fridge Magnet

Selamat Memulakan Minggu Baharu!


Sabtu, Mei 10, 2014

Kenapa Panggil Cekebon?

"Cekebon?! Kenapa panggil mak kau Cekebon?"

Bukan sekali dua saya ditanya sedemikian. Ramai kenalan yang pelik apabila melihat saya membahasakan ibu saya 'Cekebon'. Panjang cerita asal usul julukan 'Cekebon' ni. Memang dah lama saya panggil ibu begitu. 'Cekebon'. Kadang-kadang 'Bon'.

Asalnya sejak kecil lagi, kami tiga beradik panggil Cekebon - Ibu. Tapi biasalah, masa kecil-kecil, umur pun jarak setahun dua je,...jadi isu siblings rivalry tu memang perkara biasa. Tak pasti idea siapa, antara kami mengusulkan untuk memanggil ibu dengan panggilan lain. Kononnya nak kelainan, asyik panggil ibu je. Dengar rakan-rakan di sekolah ada yang panggil mama, umi, mummy. Teringin jugak!

So, setiap seorang came up dengan satu panggilan sendiri dan tengok panggilan mana yang paling 'lekat' dan boleh diterima oleh ibu. Saya yang pada masa itu suka tengok cerita melayu hitam putih tentang raja-raja dan istana memilih BONDA. Angah pilih Bubuhela (ahaks memang tak lekatlah! Ini pengaruh lagu kumpulan A to Z.) Uje, saya tak dapat recall nama apa. At the end of the day, kemenangan mudah di pihak saya!

Rententan daripada permainan-damba-kasih kami bertiga, panggilan 'Bonda' semakin biasa meniti di bibir kami tiga beradik. Semasa di Tingatan Empat, saya bersekolah di sekolah yang sama ibu mengajar (sebelum pindah ke sekolah lain). Bayangkan, dek kerana saya membahasakan ibu dengan panggilan 'Bonda', kawan-kawan dan pelajar lain (termasuk Ketua Pengawas ye) turut terikut-ikut memanggil ibu sedemikian. Sampai ada segelintir guru yang jadikan perkara ini sebagai isu besar- 'Bonda' bukan panggilan yang betul untuk seorang guru hehehe....cerita lama.

Nama 'Cekebon' muncul dalam tahun-tahun pertama saya di IPT. Asalnya saya panggil 'Bon'. Kebetulan masa tu ibu tak dengar, spontan saya panjangkan jadi CEKEBON. Rasa sedap pulak! Manja-manja gitu. Maka, kekallah panggilan 'Cekebon' tu sehingga ke hari ini. Eksklusif pula tu. Hehehe,...itulah cerita di sebalik nama.

My dearest Cekebon,
SELAMAT HARI IBU!