Happy Sunday! Hari ni saya sediakan Nasi Liwet Sunda untuk lunch! Kebiasaannya nasi liwet dimakan dengan lauk ayam bakar, sayur asem, tauhu dan tempe goreng. Tetapi, hari ni nasi liwet saya bukan versi yang complete. Akan disajikan dengan ayam goreng sambal hijau (intai resepi mudahnya di sini) dan rendang paru. Yang ini Cekebon order daripada kawan dia. Saya merendang once in a blue moon je ;)
Nasi liwet baru lepas karih. |
Nasi liwet ni sebenarnya lebih kurang macam nasi lemaklah cuma rasanya lebih enhanced sebab kita tambah daun salam, bawang putih dan bawang merah. Aroma nasi ni,...fuhhhhh! Nak cuba? Moh, resepi ada kat bawah ni.
Resepi Nasi Liwet Sunda
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3 cawan beras (lebih kurang 450g)
- 1 kotak santan 200ml (Saya gunakan Ayam Brand yang fat trimmed tu) + dengan air yang menepati sukatan beras
- 4 helai daun salam
- 3 batang serai (diketuk)
- 3 siung bawang putih (mayang)
- 3 biji bawang merah (mayang)
- secubit garam (jangan terlalu banyak kerana kita akan ada rasa masin ikan bilis)
- segenggam ikan bilis (goreng rangup, tumbuk kasar)
Cara penyediaan:
- Cuci beras, masukkan santan dan tambah air.
- Sesetengah cara memerlukan bawang putih, bawang merah, daun salam dan serai ditumis dengan sedikit minyak terlebih dahulu. Barulah dimasukkan ke dalam periuk bersama beras. Tetapi, saya tak tumis. Saya masukkan je semua bahan-bahan tadi (kecuali ikan bilis) ke dalam periuk nasi.
- Karih nasi apabila air dah mula kering. Saya biasanya akan tambah sedikit air supaya nasi lebih gebu, biarkan buat beberapa ketika hingga nasi masak dan betul-betul kering.
- Semasa nak hidangkan nasi, tabur/gaul ikan bilis yang ditumbuk kasar. Kalau tak ada ikan bilis, boleh juga tukar dengan ikan masin/ikan kering.
Nak cari resepi yang sesuai makan dengan nasi liwet? Cuba Semur Ayam dan Sambal Lonte ni :)
Nota Senyum: Sorry, tak ada gambar nasi liwet yang proper. Saya kena gegas keluar selepas ni. Enjoy the rest of your day!