Khamis, Disember 11, 2014

Resepi Mashed Cauliflower @ Kubis Bunga Lenyek

OK, inilah resepi kubis bunga lenyek @ mashed cauliflower yang saya janjikan. Dah puas fikir-fikir, teka-teka dalam Jom Cuba Nasib minggu lepas, meh cuba buat pula :)

Saya dah beberapa kali dengar tentang mashed cauliflower. Tak pernah cuba sehinggalah minggu lepas. Pernah baca yang rasanya memang seperti mashed potato but of course lebih sihatlah sebab tukar kentang tu kepada kubis bunga. Dish ni sesuai sangat untuk ajar anak-anak supaya makan sayur. 

Rabu, Disember 10, 2014

Terima Kasih Tertunggak, Budak

Haaa,..inilah antara tanda-tanda dah makin berusia. Lupa je selalu! Suka hati je kan blame faktor usia. Terima kasih tertunggak ini (kononnya ala-ala belated,..overdue gitu) ditujukan khas buat Hikayat Seorang Budak. Kenapa? 

Sebab ni,..

Budak buatkan 'name tag' ni kerana saya jadi salah seorang top commentators di blognya untuk bulan November. Kalau perasan, dari awal bulan lagi saya dah letakkan di sidebar, tapi ucapan terima kasihnya lambat pula menyusul ;) Maaf ye, budak.

Cantikkan? Meriah warna-warnanya. Sekali pandang macam bendera Malaysia,..dua kali pandang dah meriah macam Legoland! Apapun, terima kasih banyak-banyak, budak. Really appreciate it. Nak buat semua ni perlukan efford juga kan. Mmmuuuahhhhh! Cayang sikit!

Psst! Siapa-siapa yang belum kenal dengan Budak ni, jemputlah singgah blog Hikayat Seorang Budak. Kita blogwalking ramai-ramai.


Selasa, Disember 09, 2014

Yang Betul-betul Kuat,..

Assalamu'alaikum! Selamat Pagi =)

Saya di luar sekarang ni. Buat urusan itu ini. Tengah menunggu. 'Seronoknyaaaa' :(
Oh, came across this quote that I think is worth sharing.


The strongest people 
are not
those who show
strength in front of us
but those who
win battles 
we know nothing about.


Betul kan? Orang yang betul-betul kuat ialah orang yang berjaya atasi cabaran/kekangan/dugaan/masalah-masalahnya dengan senyap,..dengan sendiri,...bilamana orang lain tak tahu langsung apa yang dia lalui. Moga saya boleh jadi 'orang kuat' itu  :)