Isnin, Januari 12, 2015

Jom Knock-knock Mereka

Saya sibuk sepanjang minggu lepas. Maklumlah, nak masuk kerja balik. Uruskan pendaftaran kelas tuisyen, siapkan bahan-bahan mengajar, jumpa dengan staff untuk update materials di blog tuisyen. Jadi, blog ini memang terabai sedikit. Ada entri setiap hari, cuma aktiviti membalas komen dan blogwalking terpaksa dibekukan. Sempatlah jengah dua tiga blog, lepas tu mata dah ruyup! Siren Ultraman dah menyala-nyala merah. Sudahnya,...ZzzzzZzzzzz!

Apa yang buat saya terharu, masih ramai yang sudi menjengah blog ni meskipun saya tidak aktif dan berada di luar kawasan ;) Berpinar mata tengok jumlah komen yang ditinggalkan. Bom, pukal, pukat tunda,.. semua complete! Terima kasih banyak-banyak, ye!

Di bawah ini, 12 pengomen terbanyak sepanjang minggu lepas. Saya nak ajak kalian knock knock pintu rumah mereka. Tegur-tegur, kenal-kenal. Jom!

Let's FIKA

Assalamu'alaikum. Happy Monday! Dah pukul sebelas lebih ni. Saya di luar, melunaskan urusan-urusan untuk hari ini. Sempat break untuk fika (fee-ka) sekejap. Well, fika ni sebenarnya satu amalan orang Sweden. Fika bermaksud coffee break. Maknanya kita ambil masa untuk berehat sekejap (normally from work or daily routines) untuk minum kopi, teh atau jus sambil cicip-cicip something sweet. Roti manis ke, pastri ke,...

Ini fika saya untuk hari ni - Hot Cappucino and Inari Cheese Roll.
Jom fika!


Ahad, Januari 11, 2015

8 Perkara yang Perlu Buang Segera

Saya dapati poster mini di bawah sangat sangat menarik! Karen Samansohn, (credit goes to her for sharing this) senaraikan 8 perkara yang perlu dikikis dari diri untuk nikmati hidup yang lebih content, ceria dan bahagia :)

Credit - Karen Salmansohn

Saya paling berkenan dengan nombor 2, 6, 7 & 8. No. 5 tu pun penting kalau nak amalkan cara hidup sihat. Jangan manjakan diri sangat dengan benda-benda manis bergula ni. Senyum manis tak apa :)

  • Berkata 'YA' walaupun hati dan minda memberontak kata 'TIDAK' - Kadangkala kita kena belajar cakap tidak. Jangan asyik menurut demi nak jaga hati atau tunaikan permintaan orang lain. Apabila kita buat perkara yang kita tidak suka/tidak rela, kita akan tertekan....macam mana nak happy?
  • Overthinking - Terlalu berfikir atau terlebih fikir ni boleh jadi penyakit yang makan diri. Over-scrutinizing boleh buat kita risau. Tarik nafas dan bertenang. Ingat, tak semua perkara boleh berada dalam kawalan kita.
  • Kerap merungut - This is very unhealthy. Kalau kita kerap merungut, itu tak kena,..ini tak kena,...kita lupa untuk bersyukur atas nikmat-nikmat lain yang kita peroleh. Cuba bangun setiap pagi dengan tekad untuk lalui 1 hari bebas rungutan. Start counting your blessings and you'll smile from ear to ear =)
  • Takut akan kegagalan - Belum cuba belum tahu. Jangan asyik runsing fikirkan perkara yang negatif. Nanti apa yang mahu kita lakukan awal-awal dah temui jalan buntu.
Macam mana? Bersedia nak buang mana-mana dalam senarai di atas yang ada dalam diri kita? I do. Kita cuba sama-sama ye :)

Have an enjoyable Sunday!