Jumaat, Januari 30, 2015

Cekodok Roti CT Humairah

Dalam entri Resepi Cucur Roti Berkeju saya, Dik CT (Siti Yang Menaip) ada kongsikan version cucur rotinya.

Komen CT :)

Baca tang rangup macam kulit aiskrim tu sungguh menggoda, OK. Jadi, bila ada lebihan roti, memang Cekodok CT ni lah yang pertama sekali terlintas di kepala. Saya gunakan susu rendah lemak, marjerin instead of butter,...dan selepas blend roti tu saya tambah sedikit carikan-carikan roti untuk bagi tekstur pada bater. Perasakan dengan garam. Goreng!

Tattadaaaaaaa! 

Selasa, Januari 27, 2015

Resepi Mudah - Lobak Merah Rosemary

Lobak Merah Rosemary

Bagi siapa-siapa yang tak ada idea nak prepare hidangan sayur, boleh cuba resepi simple ni. Lobak merah dihiris memanjang, 2 - 3 ulas bawang putih dicincang halus (Jangan ikut macam akak yang malas ni. Bawang putih tu dah besar saiz sebiji dadu hihihi).

Panaskan sedikit minyak zaitun (minyak masak biasa pun boleh,..nak guna marjerin atau mentega pun boleh), tumis bawang putih. Kemudian, masukkan beberapa tangkai daun rosemary sebelum kita masukkan lobak. Gaul sekata. Perasakan dengan garam. Biarkan seketika atas dapur. Dah boleh angkat dan dihidangkan. Saya suka lobak yang crunchy, jadi tak masak lama sangat. Kalau mahu, tambahkan sedikit air dan masaklah lebih lama untuk lembutkan lobak tu.

Selamat Mencuba!


Psttt! Guna resepi yang sama, hidangan lobak ni boleh juga disediakan dengan kaedah panggang/bakar di dalam oven. Sedap gak!


Isnin, Januari 26, 2015

Resepi Butter Prawn with Oat


Udang Mentega dengan Oat
Baru-baru ini, kawan baik Cekebon beri udang galah dari Sarawak. Jauh datangnya! Mula-mula ingat nak buat kari udang macam dalam blog Sis Deanna. Tapi, kat rumah ni yang suka makan kari saya seorang je...nanti orang lain tak berpeluang nak enjoy udang sihat-sihat dan segar. So, saya buatlah butter prawn. Kebetulan, semua bahan pun ada :)


Resepi Butter Prawn with Oat

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 6 sudu oat (Saya suka oat banyak!) - sangai sehingga warnanya bertukar keperangan
  • Beberapa tangkai daun kari
  • 2 sudu mentega
  • 8 - 10 ekor udang galah (Lebih pun tak apa. Ikut sukalah.) Bersihkan, buang apa yang patut.
  • 2 - 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • secubit garam
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:
  1. Gaul sekata tepung jagung, lada sulah dan garam. Panaskan minyak. Salut udang dengan saduran tepung yang nipis. Goreng hingga udang masak. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak gorengan tadi dari kuali.
  2. Masukkan pula mentega. Panaskan hingga cair tetapi hati-hati jangan sampai mentega tu terbakar pula. Setelah itu masukkan daun kari dan tumis daun kari sehingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan udang dan oat. Gaul semuanya hingga sekata. Kalau kurang masin, boleh perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidang.

Senang kan? Kalau nak pedas, masa tumis daun kari dengan mentega tu bolehlah masukkan potongan cili api. Bagi yang nak rasa manis-manis sikit boleh masukkan sedikit gula.