Ahad, Februari 01, 2015

Book Challenge - A Popular Author's First Book



A Popular Author's First Book

Sumber Imej - Goodreads

Tajuk: Bridesmaids
Penulis: Jane Costello
Bahasa: Bahasa Inggeris
Watak-watak: Evie Hart, Jack, Grace, Valentina, Charlotte
Tahun diterbitkan: 2008, Pocket Books

Evie Hart, 27, seorang jurnalis yang ada masalah dengan komitmen terhadap cinta. Evie akan came up dengan pelbagai alasan pelik, cari salah si pasangan hanya untuk putuskan relationship mereka apabila hubungan dah nak ke tahap yang seterusnya. (Kebetulan, Evie memang tak bernasib baik. Teman-teman lelakinya memang gross! )

Pertemuan dengan Jack dan Evie dalam majlis resepsi kawan baiknya, Grace merupakan satu insiden yang amat memalukan. Sungguhpun begitu, Evie yang dalam misi mencari cintanya tertarik pada Jack. Tetapi, Evie mula jauhkan diri once dapat tahu yang Jack merupakan teman Valentina, salah seorang rakannya yang glamour, suka tarik perhatian, self-obsessed dan berlagak diva.

Stok Kunyah-kunyah Ko!

Semalam, kawan saya Z datang, dropped some stuff untuk saya tolong edit. Sambil tu, dia hulur kat saya satu plastik beg putih.

"Apa ni?"

"Stok kunyah-kunyah ko!" 

Saya dengan muka kerang busuk tersengih-sengih buka plastik tu.

Waahhhhhhhh!

Edibee Fruit Chips

Inilah namanya kawan yang bijak! :) Dah tahu nak beri kerja pada saya, siap sediakan stok gatal gigi Ada buah jambu kering, buah mangga kering (yang warna oren dan kuning tu) dan satu lagi buah aprikot kering. Sedap-sedap! Walaupun buah-buahan ni dikering dan dijerukkan jadi chips, rasanya fresh dan nyum nyumm. Takdelah macam sesetengah buah-buahan kering yang dah pahit dan payau. Siap ada aftertaste lagi. Makasih, Z! Sumbangan untuk memastikan kelangsungan stok kunyah-kunyahku amatlah dialu-alukan.

Semangat untuk edit-mengedit - BERKOBAR-KOBAR! 
Happy Sunday! Nikmati hari cuti kalian.

Psst! Sepanjang hari ni, entri-entri yang muncul di tower ini semuanya scheduled post ye.