Jumaat, Mei 29, 2015

Pisang Goreng Kayu Manis

Ini santapan minum petang semalam. Dalam peti sejuk ada satu plastik pisang goreng yang tak berusik. Kat rumah ni yang hantu makan pisang dan apa-apa yang berasaskan pisang saya seorang je. Cekebon tak boleh makan pisang sebab on low potassium diet.

Pisang goreng ni pisang tanduk dan dihiris memanjang nipis-nipis. Bayangkanlah teksturnya apabila dah bermalam dalam peti sejuk. Saya pun ambil pisau, kerat kepada beberapa bahagian kecil dan goreng semula pisang tu guna minyak canola. Setelah angkat dan tuskan minyaknya, saya taburkan dengan serbuk kayu manis. Gaulkan hingga sekata.

Pisang Goreng Kayu Manis

Verdict: Dap dap dap! Aroma kayu manis tu membangkitkan lagi selera. Gabungan rasa lemak manis pisang dan kayu manis menjadi. Not bad!  Kena dengan tekak saya :D

Credit

Hikhikhik tak adalah eksperimen mana. Setakat tambah perasa je. Anyway, selamat berhujung minggu! Selamat Cuti Sekolah!


Khamis, Mei 28, 2015

Lay? Lie? Mana satu nih?

Inilah antara kelemahan saya. Selalu keliru apabila nak guna 'lay' dan 'lie'. Bertambah-tambah confuse masa nak determine mana satu past tense. Haaa, mari kita study sama-sama.

Credit

  1. Lay - to set down, hidang atau meletakkan sesuatu objek. Past tense untuk lay - laid.
  2. Lie - to rest or recline, berbaring atau bersandar. Jadi, kalau kita nak berbaring, kita guna lie down, untuk past tense - lay down.

Understand?