Isnin, Januari 04, 2016

Tetamu Hebat Disember 2015

Assalamu'alaikum,
Selamat Memulakan Minggu Baru untuk 2016!
Selamat Kembali Bertugas
Selamat Kembali ke Sekolah!


Ada lagi urusan 2015 tak langsai. My Tetamu Hebat untuk bulan terakhir 2015. Sebenarnya nak buat entri ni beberapa hari lepas lagi tetapi tak dan. Sempat printscreen nama-nama pengomen tegar dan lepas tu terus sibuk dengan kerja-kerja lain ;)

Hari ni mengemas bilik kraf. Update inventori lah konon-kononnya. Nak sediakan ruang untuk barang-barang baru yang bakal masuk. Antara yang jenuh nak kemas ialah koleksi kertas dan pen-pen saya. Oh, lepas tu jumpa pen Monami yang baru saya beli. Tak cuba pun lagi dakwatnya. Oleh itu, saya guna nama tetamu hebatlah untuk 'cuba try test' pen ;)

Tutorial Kraf Kertas - Hiasan Kraf Menggunakan Corner Punch

Untuk lebih memahami entri ini, jemput baca entri Tutorial Kraf - Cara Menggunakan 'Corner Punch' terlebih dahulu.

Memang secara asasnya, corner punch digunakan untuk hasilkan kemasan pada bucu (corner) kertas. Ada pelbagai bentuk, jenis dan design. Corner punches dalam koleksi saya kebanyakannya seperti gambar di bawah. Plat putih boleh dibuka so that kita boleh fully utilize corner punch tersebut. Once plat dah ditanggalkan, satu punch jadi banyak fungsi  ;)

Corner Punch