Khamis, Mac 31, 2016

Beraktiviti dengan Anak-anak dalam Rumah

Dengan keadaan cuaca yang panas membahang sekarang ni, kita semua digalakkan untuk buat aktiviti indoor. Tak sesuai dedahkan diri di luar. Boleh dehydrate, boleh 'tangkap' macam-macam penyakit. Jadi, eloklah duduk diam-diam di rumah. Saya sekarang kalau keluar buat urusan, penatnya sampai dua tiga hari huhuhu

Dah duduk memerap di rumah bosan juga kan? Especially the kids yang aktif nak buat itu ini. Mesti mati akal mata blink blink tak tahu nak buat apa. Di bawah ini, ada beberapa aktiviti menarik yang boleh kalian lakukan bersama si cilik - si cilik mestika hati. Apa yang penting, dapat luangkan masa berkualiti bersama-sama. Klik sahaja pada pautan atau gambar di bawah ye.

Kids will definitely love finger printing activity. Ajak mereka hasilkan sesuatu dengan finger prints. Tetapi, ink pad yang digunakan tu mestilah kids-friendly. Tak bahaya pada anak-anak. Semestinya ibu atau bapa kena ada untuk pantau aktiviti ini. Bimbang seandainya ada yang buat finger printing dalam mulut atau di dinding rumah :)

Wall Pockets untuk Poskad

Saya tidak mengumpul poskad. Dulu-dulu masa kecil adalah. Tetapi, lepas pindah rumah, koleksi poskad saya hilang, terus putus angin. Sekarang ni secara tidak langsung, saya ada koleksi poskad. Kiriman rakan-rakan blogger yang study, yang travel, yang pergi melancong ke luar negara. Very thoughtful kan?!

Pada asalnya, saya letakkan kiriman dari seantero dunia ni di Bloggers' Board. Tetapi, semakin sesak panel tu, semakin tak praktikal pula saya rasa. Yelah, dapat tengok coretan kawan-kawan, tak dapat tengok pula gambar poskadnya and vice versa. Memang kena fikirkan sesuatu untuk poskad-poskad saya ni....