Jumaat, Ogos 05, 2016

Kesalahan Bahasa Tetamu Hebat Julai | Jom Cuba Nasib

Assalamu'alaikum. Tata Julai! Hello, Ogos! Sepanjang minggu lepas, saya dan anak didik sibuk buat ulang kaji. Pelajar PT3 akan ada peperiksaan percubaan dan juga peperiksaan lisan. Jadi, pengumuman tetamu hebat bulan ini ala-ala terkena revision kami ;)



KESALAHAN BAHASA TETAMU HEBAT JULAI

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

  1. “Jika kalian berminat, saya boleh tolong belikan beg ini apabila berkunjung ke kedai itu nanti,” kata Yana TKK kepada rakannya.
  2. Mata Siti Yang Menaip terkedip-kedip beberapa kali kerana dimasuki habuk.
  3. Semua pakaian itu telah Scdha Sein gosok sebelum dia tidur malam tadi.
  4. Cik Ash menyapu dedaun-dedaun kering di halaman rumah dengan menggunakan penyapu lidi.
  5. Reruai  Syarikat Jari Manis telah dipilih sebagai reruai paling tercantik di festival itu.
  6. Ikhwan Yusuff tidak membeli apa-apa di kedai cenderamata itu kerana barang-barang di situ mahal-mahal belaka.
  7. Mini telekung pemberian Cik Mimie itu bukan sahaja cantik, malah selesa dipakai.
  8. Siti Nur Zafirah baru sahaja pulang daripada Osaka, Jepun.
  9. “Beta ingin bertolak segera,” titah Sultan Kim Chaa kepada Bendahara Tun Perak.
  10. Adianiez Aida menghantar keretanya untuk diservis di Good Care Pusat Servis.
  11. Oleh kerana terkejut dengan jeritan Huda nhhas, gelas yang dipegang oleh ibu terjatuh ke lantai.
  12. Kuih yang sungguh terenak sekali itu dibuat oleh SalbiahM.


Terima kasih banyak-banyak ye. Yana TKK berjaya rampas takhta daripada Sis JM. Insya-Allah, akan titip sesuatu buat pengomen terbanyak seperti biasa. Cuma lambat atau cepat je. Bergantung kepada kesempatan ruang masa yang ada. 

 

Jom Cuba Nasib Kesalahan Bahasa

Bagi yang rajin nak ulang kaji bersama, boleh cuba jawab kesemua soalan di atas. Format soalan di atas adalah salah satu komponen soalan kertas Bahasa Malaysia PT3. Tetapi kalian tidak perlu gariskan bahagian yang salah sebagaimana dinyatakan di bahagian arahan. Hanya copy  perkataan/frasa/bahagian yang salah dan berikan cadangan jawapan.

Contoh: 
1. berkunjung - mengunjungi
2. Mata - anak mata

Gunakan talian hayat jika perlu. Hehehe carilah anak-anak, adik-adik, anak buah atau anak jiran untuk bantu kalian.

Seperti biasa, ada ganjaran menanti 'calon-calon peperiksaan' yang bijak bestari! ;)

Jom Cuba Nasib Kesalahan Bahasa akan saya buka penyertaannya sehingga hujung minggu ini. Bakal berakhir pada Ahad, 11.59 malam. Banyak masa nak menelaah dan cari jawapan, kan?  

 

Pemenang Wordmaze Tetamu Hebat Jun

Hehehehe I'm building up the suspense ;) Sepatutnya saya umum pemenang dalam entri ini. Ada tiga hadiah buat pemenang Wordmaze Tetamu Hebat Jun yang dapat meneka dengan baik. Rasa-rasa dapat agak tak siapa yang bertuah tu? Kita tunggu lah lagi ye. Tak sempat nak buat entri. Saya akan umum serentak dengan yang ini.

Rabu, Ogos 03, 2016

Magic Mug Bott Dah Sampai - Printcious

Ingat lagi tak entri mengenai magic mug yang saya belikan untuk Bott di Printcious? Magic mug tu saya nak jadikan hadiah bersempena sambutan Friendship Day pada Ahad, 7 Ogos nanti. Boleh baca mengenainya di sini. As a matter of fact, sengaja nak belanja Bott something. Lama tak kasi dia present. Nak tunggu birthday, bulan November jauh lagi.

So, I finalised my order with Printcious on Saturday, 30th June. Rasanya pada sebelah malam. Jika ikut standard penghantaran biasa, produk akan dihantar  dalam tempoh 3 - 5 hari bekerja (untuk lokasi sekitar Semenanjung Malaysia). So, saya target dapat pada hari Khamis atau Jumaatlah akan terima parcel. Tup tup sampai semalam, Selasa (2 Ogos). Whoaaaaa! So fast! Cepat dan efisien. Hadiah yang ditempah sampai beberapa hari sebelum tarikh event yang sebenar. Ada ruang masa untuk saya 'sorok' sekejap dan balut hadiah cantik-cantik.

Isnin, Ogos 01, 2016

Kad DIY Kalis Air

Ini hasil carian blog saya beberapa hari lepas. Apa yang memancing perhatian ialah - cara untuk kad diy kalis air. Sebetulnya, saya tiada entri mengenai kad diy kalis air. Tetapi yesss,...saya memang perlu upgrade kad-kad saya supaya ada feature yang satu ini. Kenapa?